Chatuchak Weekend Market Pasar Hujung Minggu Terbesar Di Thailand


[Catatan Trip ke Bangkok - Hari Keempat | Sabtu, 1 Julai 2023]
Pukul 8.30 pagi kami bergerak dari hotel KC Place ke Chatuchak Weekend Market dengan menaiki tren. Kami ikut saja panduan perjalanan di aplikasi Google Maps seperti berikut :Naik tren ARL di stesen Ratchaprarop → stesen pertukaran Phaya Thai (naik tren BTS) → turun stesen Mo Chit → jalan kaki 450 meter ke Chatuchak Weekend Market | Kos 70 Baht / seorang / sehala.Sebelum meneruskan perjalanan, kami keluar dari stesen Phaya Thai untuk menikmati sarapan di Rotinis yang terletak di Lorong Phetchaburi 7. Perut dah kenyang, barulah seronok nak berjalan.

CHATUCHAK WEEKEND MARKETChatuchak Weekend Market is home to a whopping 15,000 stalls spanning 30 sections and is the world's largest weekend market. At this colossal market, scout for local delicacies, clothing, second-hand merchandise, home decor, handicrafts, antiques, and even plants.Gate 18Pukul 10.20 pagi, kami tiba di lokasi pasar Chatuchak. Kami ikut saja langkah kaki orang ramai menuju pintu masuk di Gate 18. 
Beginilah suasana di pasar Chatuchak. Sebuah kawasan dengan deretan bangunan kedai. Dalam bangunan tu ada lagi lorong-lorong kedai tau. Jadinya tempat ni memang sangat luas dan sangat banyak kedai

Entrance 2 - sudut pandang dari luar pasar.Ada 3 pintu masuk utama di sini. Tapi tadi kami masuk ikut Gate 18, melalui celah deretan kedai iaitu kedudukan paling hampir dengan stesen BTS Mo Chit

Peta kawasan pasar Chatuchak. Klik foto untuk paparan lebih jelas.Bagi mengelakkan sesat sewaktu menjelajah pasar Chatuchak, eloklah kita ada peta kawasan pasar ini. Boleh dapatkan peta secara percuma dari kaunter informasi di Entrance 3, atau boleh terus rujuk papan tanda peta yang tersedia di dalam kawasan pasar

Kedai-kedai di sini dibahagikan mengikut bahagian. Ada bahagian barang antik, lukisan, pakaian, kraf tangan dan lain-lain. Jadinya kita boleh terus menuju ke bahagian yang kita suka, boleh jimat masa dan tenaga tanpa perlu menjelajah keseluruhan kawasan. 
Terdapat papan tanda nombor bahagian (section) dan lorong (soi) di setiap laluan yang kita masuk

Suasana di dalam lorong yang menempatkan kedai di kanan dan kiri laluan. Sesak

Pun begitu, ada juga lorong yang tak begitu meriah dengan kehadiran pengunjung. Sama ada sebab banyak kedai tak beroperasi atau produk yang ditawarkan bukan barang kesukaan ramai

Saya tak suka sesak, jadi pada kebanyakkan masa saya akan menjelajah ke lorong yang tak ramai orang. Antaranya lorong yang menempatkan arca dan lukisan. Saya memang suka lukisan tema alam semulajadi, tapi tidaklah membeli. Sekadar memasang impian dengan Encik Suami “Kalau kita duduk rumah tetap, nak letak lukisan macam gini lah…”

Membelek pashmina. Ada macam-macam jenis material dan pilihan corak

Berkenan saya tengok barang-barang di kedai ni. Tapi berkenan tak mesti kena memiliki kan. Banyak lagi barang lain yang menarik perhatian saya - selipar corak comel, beg tote boleh letak tulisan/gambar pilihan dan pinggan mangkuk cantik

Pukul 1.15 petang, baru lepas hujan.Ini pula kawasan yang menempatkan deretan gerai makanan/minuman. Ada lagi di bahagian belakang. Tapi kami tak pergi tengok pun, tak larat dah

Kita Muslim tak bolehlah nak makan sebarangan, kena cari dan pilih yang halal. Antara tempat makan halal yang kami jumpa terletak di Section 2, Soi 21. Selain itu, ruang solat dan tandas pun ada disediakan. Saya tak pasti berkenaan lokasinya, jadinya tak dapat kongsikan di sini

Sepanjang di sini, kami makan dan gunakan tandas di pusat membeli-belah Mixt Chatuchak. Bangunannya terletak bersebelahan je dengan pasar Chatuchak


MIXT CHATUCHAKMulanya kami tak tahu pun kewujudan pusat membeli-belah di sebelah pasar Chatuchak. Bila sampai di lokasi barulah nampak ada bangunan besar elok. Jadinya lepas penat berjalan dan rasa nak ke tandas, teruslah kami menuju ke Mixt Chatuchak

Aahhh…lega sungguh dapat masuk tempat sejuk! ☺️
Bagi yang nak membeli-belah, makan, solat dan menggunakan tandas dalam suasana lebih selesa, bolehlah ke Mixt Chatuchak ni ya. Nak legakan kaki (berurut) dengan selesa pun boleh. Tadi di pasar Chatuchak pun banyak tempat berurut di lorong-lorong. Tapi saya tak mencubalah, tak sesuai bagi kita muslimah berurut di ruang terbuka begini dan bercampur pelanggan lelaki perempuan

Sepanjang berada di pasar Chatuchak, dua kali kami masuk ke Mixt Chatuchak ni. Dua kali itu jugak tujuan nak ke tandas dan makan. Alhamdulillah kami jumpa sebuah kedai makan halal tak jauh dari pintu masuk bangunan di Entrance 2 (kedai makan terletak di sebelah kanan selepas kita masuk bangunan).
Pilihan menu

Foto atas | Makan pukul 11.30 pagi. Roti pisang lembut sedap, diberi pencicah susu pekat manis. Cicah sikit jelah, buat merasa. 
Foto bawah | Makan pukul 2.30 petang. Nasi putih, telur dadar dan tom yum. Sedap
——————————————————-
Berapa lama kami menghabiskan masa di Chatuchak Weekend Market ni? Masuk pukul 10.20 pagi, keluar pukul 3.30 petang. 5 jam! Ehh…macam tak percaya kami berada di sini begitu lama 😄
Tapi tetap jua kami tak mampu nak menjelajah keseluruhan kawasan. Mampu bertahan 5 jam tu pun mungkin sebab dapat melegakan diri di Mixt Chatuchak. Rasa panas rimas penat je, masuk mall. Lepas tu sambung jalan lagi sampai lenguh betis kaki. Hasilnya, dapatlah 15,000 langkah

Menurut pendapat saya, Chatuchak Weekend Market merupakan tempat ‘cuci mata’ dan ‘cuci poket’ yang seronok. Sangat banyak pilihan barangan daripada yang biasa hingga yang unik, segala-galanya ada di sini! Peniaga di sini pun baik melayan dan bukan jenis mendesak. Sememangnya ia syurga bagi ‘kaki shopping’. Saya bukanlah seorang yang suka shopping dan melakukan kembara hanya dengan beg galas, cukuplah beli satu dua barang kecil sebagai kenangan

Kalian nak ke sini? Usahakan datang awal pagi (kebanyakkan kedai mula dibuka pukul 9 pagi) supaya lebih selesa berjalan di sini - cuaca tak terlalu panas dan pengunjung belum ramai. Pakai pakaian yang selesa untuk suasana panas dalam pasar dan pakai kasut yang bagus untuk berjalan lama









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/07/chatuchak-weekend-market-pasar-hujung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balik Hujung Minggu Dari Asrama

Balik Hujung Minggu Dari Asrama

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum Minggu ni Acha balik cuti hujung minggu Padat la jadual ummi sebab harini ambil dia lusa hantar balik pula Masuk je kereta terus tidur budak sorang ni Letih katanya sebab tadi ada latihan lontar peluru Dia paling besar kot d...
Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah baru baru ini aku sempat bercuti dua hari dan satu malam di sebuah hotel yang terletak di Petaling Jaya Selangor iaitu Hotel Armada Aku yakin ramai...
Pertandingan Miss Cosmoworld 2023 Menawarkan Hadiah Wang Tunai Berjumlah Rm1 1 Juta Terbesar Dalam Sejarah

Pertandingan Miss Cosmoworld 2023 Menawarkan Hadiah Wang Tunai Berjumlah Rm1 1 Juta Terbesar Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 271 hits
Seri Wangi rasa bangga berpeluang dapat hadir di Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection Kuala Lumpur Dianju...
Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Kereta Motor Berkuasa Tinggi Terbesar

Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Kereta Motor Berkuasa Tinggi Terbesar

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 309 hits
Hi Korang Weekend lepas memang best betol hah Sebab kak lily berkesempatan ke ART Day 2023 di Sepang International CircuitSebuah acara sukan automotif Adrenaline Rush Track Day 2023 telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang...
Hadiah Wang Tunai Terbesar Dalam Sejarah Ratu Cantik Berjumlah Rm1 1 Juta Untuk Pemenang Miss Cosmoworld 2023

Hadiah Wang Tunai Terbesar Dalam Sejarah Ratu Cantik Berjumlah Rm1 1 Juta Untuk Pemenang Miss Cosmoworld 2023

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 279 hits
Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection Kuala Lumpur Dianjurkan oleh CL Skin Sdn Bhd dan diasaskan oleh Bintang Selebriti Carrie Lee Sze Kei Miss CosmoWorld 2023 ...
Bank Glc Terbesar Pun Terus Terang Kurang Yakin Dah

Bank Glc Terbesar Pun Terus Terang Kurang Yakin Dah

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 143 hits
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT By Syed Akbar Ali
10 Buah Masjid Terbesar Di Malaysia

10 Buah Masjid Terbesar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 305 hits
Malaysia merupakan antara negara di dunia yang memiliki banyak bangunan masjid yang besar dan cantik dengan reka bentuk yang memukau dihiasi seni bina unik serta landskap yang sangat indah Kebanyakan masjid di Malaysia dilengkapi dengan pel...
Agen Poker Online Satu Hari Terbesar Amat Terbaik Lagi Berlaku

Agen Poker Online Satu Hari Terbesar Amat Terbaik Lagi Berlaku

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 161 hits
Perjudian online nang untuk jadi agen online 24 jam adalah sebentuk langkah nang penuh mujarab sehingga dikenali karena saban pelanggan tiap kali boleh nang dambakan melangsungkan perjudian maka kita telah bisa sehingga mebiarkan registrasi...
Akuarium Terbesar Di Dunia Tiba Tiba Pecah 1500 Ekor Ikan Terlepas

Akuarium Terbesar Di Dunia Tiba Tiba Pecah 1500 Ekor Ikan Terlepas

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 177 hits
Akuarium terbesar di dunia tiba tiba pecah 1500 ekor ikan terlepas ebuah akurium berbentuk silinder yang terbesar di dunia dilaporkan telah pecah dan 1 500 ekor ikan yang berada di dalam akuarium tersebut turut terlepas Memetik laporan BBC ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization