10 Buah Masjid Terbesar Di Malaysia



Malaysia merupakan antara negara di dunia yang memiliki banyak bangunan masjid  yang besar dan cantik dengan reka bentuk yang memukau, dihiasi seni bina unik serta landskap yang sangat indah. Kebanyakan masjid di Malaysia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sangat selesa dan nyaman seperti ruang solat yang luas, boleh memuatkan ribuan jemaah.

 

Berikut 10 buah masjid terbesar di Malaysia;


10. Masjid Cyberjaya
Pembinaan Masjid Cyberjaya  (Masjid Raja Haji) telah dimulakan pada awal tahun 2012 dan siap pada tahun 2015. Reka bentuk Masjid ini diinspirasikan daripada reka bentuk Masjid Negara Kuala Lumpur yang ditempah khas yang telah siap pada tahun 1965.

 

Dengan kapasiti kira-kira 8,300 orang, masjid ini adalah direka untuk menjadi lebih daripada tempat ibadat, kerana ia juga akan digunakan sebagai pusat tempatan untuk aktiviti Islam. Ia terletak di tapak seluas 100 ekar yang akhirnya akan menjadi sebahagian daripada kampus Universiti Islam Malaysia (UIM) baharu.



9. Masjid Taman Ilmu Besut

Masjid ini telah dibina pada 2007 dan siap pada 2014.  Masjid Taman Ilmu ini mampu menampung sehingga 10,000 jemaah pada satu-satu masa, menjadikan ia sebagai masjid terbesar di negeri Terengganu.

 

Seni bina masjid Taman Ilmu adalah berasaskan konsep rekabentuk Masjid Lama Kg Tuan (1830 Masihi) di Chukai, Kemaman. Ia menerapkan identiti masjid dengan mengaplikasikan rekabentuk bumbung bertingkat (bumbung berlapis), buah gutung dan mihrab separa bulatan.



8. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu diinspirasikan  seni bina Masjid Al-Nabawi di Madinah, Arab Saudi.  Masjid ini terkenal dengan kubah runcing tinggi dan empat menara tinggi yang serupa.  Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar. Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa.


 

Keindahannya yang mengagumkan sering dirakam terutamanya ketika pantulan sinaran cahaya matahari di permukaan lagun buatan manusia, pada waktu subuh atau senja, sehingga mendapat nama 'masjid terapung' di kalangan penduduk tempatan. Ia juga menggambarkan kawasan jiran Kampung Air di Teluk Likas.

 

Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1983 tetapi hanya siap pada tahun 2000, berikutan banyak halangan dan isu yang dihadapi semasa tempoh pembinaan, yang berlangsung kira-kira 17 tahun.



7. Masjid Asy Syakirin Kuala Lumpur

Masjid Asy-Syakirin lebih dikenali sebagai Masjid KLCC. Masjid ini terletak di hujung utara Taman KLCC, berdekatan pusat beli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Masjid ini mampu menampung  seramai 12,000 orang jemaah.

 

Masjid ini telah dibina oleh KLCC Project pada tahun 1997 dan siap pada tahun 1998. Masjid ini dibina di atas tapak yang seluas 100 ekar.

 

Masjid dua tingkat ini berkeluasan 21 hektar. Masjid ini dianggap sebagai "Permata Dalam Taman" kerana kedudukannya yang strategik dan berhadapan dengan Taman KLCC.



6. Masjid Putra Jaya

Masjid Putra didirikan pada 22 Zulkaedah 1419 Hijri bersamaan 9 Mac 1999 Masihi. Ia menjadi mercu tanda Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini dinamakan Masjid Putra sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

 

Kedudukan masjid ini bersebelahan dengan Dataran Putra dan bertentangan dengan blok Perdana Putra. Dari arah masjid ini, dapat dilihat pemandangan indah Tasik Putra dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar kawasan masjid dikelilingi oleh tasik, menjadikan masjid ini kelihatan terapung-apung di atas air .

 

Konsep reka bentuk Masjid Putra ini berdasarkan kepada seni bina Parsi zaman Kerajaan Safawe. Seni bina dan reka bentuk kubahnya menonjolkan ciri-ciri masjid tradisi yang mudah dilihat di Timur Asia. Ketinggian keseluruhan masjid ini menyamai bangunan 21 tingkat. Ia terdiri daripada empat aras termasuk bumbung yang mempunyai fungsi masing-masing.



5. Masjid Negara

Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia, terletak di Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

 

Masjid Negara terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana.

 

Pada satu ketika, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara.

 

Menara Masjid Negara berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi, kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk  gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.



4. Masjid Wilayah


Masjid ini dibina di antara tahun 1997 dan 2001. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta.  Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail.  Masjid ini boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.

 

Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.



3. Masjid al-Kauthar Tawau

Masjid Al-Kauthar atau Masjid Besar Tawau Sabah merupakan masjid terbesar di Sabah dan di dirikan bersebelahan dengan kawasan laut di Jalan Traulsen atau Jalan Persisir. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah dalam satu-satu masa.

 

Keunikan Masjid Al-Kauthar adalah pada seni binanya. Kubahnya yang berwarna hijau dengan dihiasi warna keemasan membuatkan Masjid ini sangat dikenali khususnya di Daerah Tawau.

 

Masjid ini mempunyai tiga tingkat secara keseluruhannya. Tingkat pertama adalah untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Terdapat kawasan ditingkat bawah yang mempunyai dinding boleh alih untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.



2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin [Masjid Besi] ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. 

 

Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

 

Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.

 

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas kekal ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC).

 

Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China. Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.



1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam

Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah sebuah masjid di Shah Alam, Selangor. Perasmiannya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988.

 

Masjid ini adalah masjid kedua terbesar di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.

 

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam. Ia terletak di satu kawasan yang lebih tinggi daripada kawasan bandar, kawasan yang paling sesuai bagi sebuah bangunan penting dan penuh makna seperti masjid negeri. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 24,000 jemaah.

 

Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah masjid yang terbesar pernah dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan beratus tahun. [Foto FB PPIM, rujukan pelbagai sumber]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2023/07/10-buah-masjid-terbesar-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Madani Malaysia 30 Ekonomi Terbesar Dunia

Ekonomi Madani Malaysia 30 Ekonomi Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 206 hits
Ekonomi MADANI yang dilancarkan hari ini mensasarkan dalam tempoh 10 tahun Malaysia akan tergolong dalam 30 ekonomi terbesar di dunia Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat pagi ini...
Bendera Malaysia Maksud Warna Dan Lambang

Bendera Malaysia Maksud Warna Dan Lambang

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 220 hits
Bila sebut pasal bendera Malaysia mesti dah terbayang dalam kepala betapa gahnya bendera Malaysia ini berkibar di bangunan bangunan sekolah pejabat pejabat kerajaan dan pelbagai premis lagi Tapi adakah kita faham maksud yang tersurat dan te...
Commentary Malaysia State Elections Perikatan Nasional S Muhyiddin Needs A Win

Commentary Malaysia State Elections Perikatan Nasional S Muhyiddin Needs A Win

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 376 hits
The Aug 12 state elections are seen as a referendum on Prime Minister Anwar Ibrahim but they pose the same political risk for Perikatan Nasional coalition leader Muhyiddin Yassin says James Chin Asian studies professor at the University of ...
Beraya Di Legoland Malaysia

Beraya Di Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 261 hits
Macam awal sangat je Juju dan Yash beraya dekat LEGOLAND Malaysia ni yek Hehehe dah banyak sangat makan lauk lauk raya jadi kita kena bersenam dengan cara membakar lemak di Water Park Theme Park dan Sealife dekat dalam LEGOLAND ni Sebenarny...
Real Men Malaysia Wira Merah

Real Men Malaysia Wira Merah

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 233 hits
Diadaptasi daripada rancangan realiti Korea Selatan Real Men Malaysia Wira Merah menampilkan lapan selebriti dari latar belakang yang berbeza di mana mereka akan mengalami kehidupan dan latihan sebagai seorang rekrut baharu dalam Jabatan Bo...
Senarai Lagu Raya Tik Toker Malaysia

Senarai Lagu Raya Tik Toker Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 158 hits
Tahun ini Juju perasan ramai betul Tik Toker Malaysia yang nyanyi lagu raya ya Ada juga yang tak menyanyi tapi buat penampilan istimewa Juju sendiri pun suka dengan lagu lagu yang diorang nyanyikan ni Fresh je bila dengar Ada juga tik toker...
If Bid To Leave Islam Fails Woman Needs To Flee Malaysia Lawyer Argues

If Bid To Leave Islam Fails Woman Needs To Flee Malaysia Lawyer Argues

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 211 hits
A woman wishing to live her life would be forced to leave Malaysia if she loses her legal bid to leave Islam the Court of Appeal heard today Her lawyer Fahri Azzat submitted that this is what his 33 year old client would have to do if she k...
Lego Themed Buffet Dinner Featuring Flavours Of Nusantara Returns To Legoland Malaysia Resort

Lego Themed Buffet Dinner Featuring Flavours Of Nusantara Returns To Legoland Malaysia Resort

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 117 hits
Lepas event Cadbury haritu Juju dan dak Yash terus berdesup ke Hotel Legoland pula untuk review buffet Ramadhan Tahun ni Legoland bawakan tema Flavours of Nusantara dimana pengunjung berpeluang untuk menikmati makanan makanan tradisional me...
Generasi Baharu Rakyat Malaysia Beli Berasaskan Nilai Dalam Talian

Generasi Baharu Rakyat Malaysia Beli Berasaskan Nilai Dalam Talian

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 156 hits
Generasi baharu rakyat Malaysia membeli belah dengan tujuan dalam talian Data pasaran Shopee menunjukkan pengguna dalam talian berkemungkinan tiga kali ganda membeli produk yang menggalakkan penggunaan lebih bijak pada 2023 berbanding pada ...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Wallahu A Lam Bishawab Tulisan Arab Arti Penggunaan Yang Benar

Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim