Cetak Duit Malaysia Menuju Inflasi Tanpa Batas




Cetak duit Malaysia menuju inflasi tanpa batasOleh: PentadbirNovember 19, 2020ShareApek Cina
Dia macam ni, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan PPBM…
(Saya cuba cakap dalam bahasa semua paham ya, kalau anda baca habis, dapatlah ilmu ekonomi sikit…)
Yang bab YB cadang cetakan duit oleh Bank Negara untuk masalah kewangan sewaktu Covid-19, saya nak cerita sikit pandangan.
Secara amnya Nilai Mata Wang Negara kita ni, disokong oleh 4 benda :
Simpanan EmasSimpanan Mata Wang AsingPengeluaran Negara ( Sumber Asli / Pengeluaran Kilang / Pertanian )Fiat (kepercayaan dan keyakinan terhadap Kerajaan yang menetap nilai mata wang)Apakah maksud ‘disokong’?
Contohnya:
Nilai Ringgit adalah 1 USD kepada 4 Ringgit…
Tiba-tiba, terdapat permintaan terhadap getah di Malaysia. Seluruh dunia nak beli getah Malaysia yang merupakan point ketiga di atas (Pengeluaran sumber Asli).
Kalau seorang dari Amerika nak beli getah Malaysia, dia kena beli Ringgit dahulu. Maka dia akan guna USD untuk membeli ringgit, dan ringgit untuk membeli getah.
Apa akan terjadi? Permintaan Ringgit akan naik mendadak, dan Nilai dia jadi tinggi. Bila Nilai jadi tinggi, maka mula-mula 1 USD boleh dapat 4 ringgit, sekarang hanya dapat 3 ringgit.
Begitu juga sama dengan Nilai Emas dan Nilai Matawang asing.
OK. Sekarang kita paham, ringgit disokong oleh 4 benda di atas.
Sekarang masuk topik tentang cetak duit.
Saya bagi contoh satu lagi :
Andaikata, Malaysia hanya ada
RM 1,000 di seluruh pasaran1,000 orang rakyat di seluruh negara1,000 bungkus nasi lemakMaka, setiap orang akan membeli 1 bungkus nasi lemak dengan RM 1.
Kalau kita cetak extra RM 1,000 dan buang ke dalam pasaran, jumlah rakyat sama, jumlah nasi lemak sama, apa akan terjadi?
RM 2,000 di seluruh pasaran1,000 rakyat di seluruh negara1,000 bungkus nasi lemakMaka harga nasi lemak akan naik jadi RM 2, dan setiap orang masih hanya mampu beli sebungkus nasi lemak.
Fenomena ini dipanggil “Inflasi yang disebabkan pencetakan duit tanpa disokong“.
Adakah pencetakan duit ini satu benda yang tidak boleh dilakukan dalam teori ekonomi? Tidak…
Saya ambil contoh 1 tadi, permintaan antarabangsa terhadap getah Malaysia naik mendadak.
Nilai ringgit naik. Dulu 1 USD – 4 ringgit, sekarang jadi 1 USD – 3 ringgit.
Apa berlaku? Benda keluaran Malaysia akan jadi lebih mahal. Dulu, kalau seorang warga Singapura nak membeli kereta Proton RM 60,000, dia perlu bayar USD 15,000.
Sekarang, dia perlu bayar USD 20,000 untuk kereta Proton, RM 60,000 yang sama.
Maka export Malysia akan jadi kurang, deflasi akan berlaku. Barang import jadi murah, kita akan beli benda luar negara dan orang luar negara tak mahu beli barang eksport dari Malaysia.
Maka GDP kita akan terjejas, banyak kilang akan tutup sebab tak ada orang mahu beli barang kita.
Masa itu, salah satu cara monetary polisi oleh Bank Negara adalah cetak wang. Permintaan atas ringgit akan diatasi dengan pencetakan wang ringgit.
Ini akan menstabilkan pasaran perdagangan Malaysia dengan luar negara.
Kalau kita cetak duit tanpa kenaikan nilai Emas, tanpa kenaikan nilai simpanan mata wang asing, tanpa kenaikan permintaan atas Pengeluaran Negara, maka hanya satu benda akan berlaku – Inflasi.
Banyak tahu tentang Inflasi di Zimbabwe sampai kertas wang 1 trillion dollar pun tiada nilainya kerana kuat mencetak tanpa disokong.
Sejak Dinasti Song, di mana matawang kertas cetak digunakan, pencetakan mata wang kertas tanpa had (tanpa disokong) telah menyebabkan kebanyakan Dinasti di China kuno runtuh, sampailah Dinasti Ming.
Kalaulah pencetakkan duit dapat selamatkan ekonomi Covid-19, Saya yakin Malysia bukannya negara pertama yang akan melakukannya.
Saya ingat Tok Abah lantik YB jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bukannya Timbalan Menteri Kewangan adalah dengan sebabnya.
Lagipun, kalau boleh pakai, saluran yang betul adalah melalui perjumpaan dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara, bukan wawancara dengan BFM.
Sekadar pandangan saya…


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/cetak-duit-malaysia-menuju-inflasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Masa Dan Rugikan Duit Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika Plkn Dihidupkan Semula

Buang Masa Dan Rugikan Duit Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika Plkn Dihidupkan Semula

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 269 hits
Program Latihan Khidmat Negara merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi rakyat Malaysia yang terpilih setelah tamat sekolah menengah Kem ini dibina bertujuan untuk memupuk semangat cintaka...
Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 558 hits
loading Ketika ini tular satu platform yang menawarkan satu pulangan yang lumayan dengan hanya menekan tanda suka ikut dan kongsi di media sosial Sudah pastinya jaringan ini menarik perhatian sesiapa sahaja apatah lagi individu yang terkesa...
Platform Buat Duit Usd Bersama B4u Global Investment Malaysia

Platform Buat Duit Usd Bersama B4u Global Investment Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 447 hits
Platform Buat Duit USD Bersama B4U Global Investment Malaysia Artikel kali ini Paksu ingin berkongsi kepada semua pembaca mengenai platform The post appeared first on
Cetak Duit Zimbabwe Dah Buat Langsung Guna Dollar As

Cetak Duit Zimbabwe Dah Buat Langsung Guna Dollar As

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 422 hits
Contoh mudah untuk kita faham 4 orang terkandas di sebuah pulau Setiap orang ada pisang epal oren dan jambu Dan semuanya ada nilai yang sama 1 epal 1 pisang 1 oren 1 jambu Maka mereka boleh saling bertukar barang secara barter trade Tetiba ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities