Ceroboh Perairan Bukan Bermaksud Malaysia Lemah Kata Pakar


Pencerobohan kapal Pengawal Pantai China (CCG) di perairan Malaysia lebih 89 kali sejak 2016 bukan bermaksud Malaysia tidak berdaya mempertahankan wilayah perairannya, kata pakar.
Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Roy Anthony Rogers berkata Malaysia telah bertindak dengan menyampaikan rasa tidak senangnya terhadap pencerobohan di Luconia Shoals – juga dikenali sebagai Beting Patinggi Ali- melalui kaedah diplomatik.
“Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sikap berkecuali telah melakukan yang terbaik untuk mencegah pencerobohan dengan kemampuannya sendiri.
“Satu-satunya yang boleh dilakukan pada ketika ini adalah dialog diplomatik dan tidak menggunakan kekerasan, dalam kerangka undang-undang antarabangsa,” kata Rogers kepada Malaysiakini.
China, katanya, harus sedar bahawa Malaysia adalah “teman istimewa” mereka dan tidak boleh membahayakan persahabatan itu dengan melakukan pencerobohan.
Beliau berkata, hubungan antara Malaysia dan China telah terjalin sejak tahun 1970-an.
“Sebenarnya, Malaysia adalah antara negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf China dan hubungan dua hala ini telah berkembang menjadi perniagaan, perdagangan dan sosio-ekonomi.
“Malaysia telah menjadi rakan dagang yang kuat dengan China,” katanya.
Jabatan Audit Negara (NAD) sebelum ini mengatakan bahawa kapal CCG dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China telah menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019.
Malaysia telah mengeluarkan enam nota protes diplomatik terhadap China.
Semakan mendapati kapal CCG mengekalkan keberadaannya berhampiran Luconia Shoals, yang terletak 100km dari perairan Sarawak, sejak Disember tahun lalu hingga 7 Julai tahun ini.
Malaysia ada strategi sendiri
Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) Salawati Mat Basir tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa Malaysia lemah dan tidak berdaya menangani pertikaian mengenai wilayah perairannya.
“Malaysia mempunyai strategi keselamatan sendiri yang tidak dapat didedahkan kepada umum.
“Kerajaan mengadakan rundingan dengan China tetapi ia tidak dihebohkan.”
Salawati, yang mengajar subjek dasar luar dan kerjasama pertahanan, mengatakan strategi diplomatik Malaysia telah menghalang China daripada bertindak agresif.
“Tidak seperti Malaysia-China, Vietnam, Filipina dan Taiwan terlibat dalam konfrontasi yang tegang dengan China dalam hal pertikaian perairan.
“Malaysia dan China mempunyai hubungan yang baik kerana Malaysia mempunyai dasar diplomatik yang jelas dan teratur.”
Sembilan Garis Putus-Putus
Berhubung kapal CCG yang mengekalkan kehadirannya berhampiran Luconia Shoals, Salawati berkata China hanya ingin menjadikan kehadiran mereka dirasakan sesuai dengan tuntutan mereka di kawasan yang dipertikaikan.
Sebagai rekod, China mendakwa kedaulatannya terhadap sebahagian besar Laut China Selatan yang dikenali sebagai “sembilan garis putus-putus.”
“Mereka tetap berada di kawasan itu untuk mempertahankan tuntutan mereka di sembilan garis putus-putus.
“Kapal-kapal mereka tidak hanya dekat Luconia Shoals, tetapi juga di wilayah-wilayah yang dipertikaikan yang melibatkan negara-negara Asean lain,” katanya.
The post Ceroboh perairan: Bukan bermaksud Malaysia lemah, kata pakar appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/19/ceroboh-perairan-bukan-bermaksud-malaysia-lemah-kata-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seludup Pati Malaysia Berdepan Industri Ratus Juta Setiap Tahun Kata Pakar

Seludup Pati Malaysia Berdepan Industri Ratus Juta Setiap Tahun Kata Pakar

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 287 hits
PETALING JAYA Seorang pakar keselamatan berkata kemampuan Malaysia terhad untuk berdepan penyeludupan pendatang tanpa izin yang menurutnya industri mewah melibatkan keuntungan ratusan juta setiap tahun Mengambil contoh kes Rohingya pakar ka...
50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 267 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata bermula esok warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin ditetapkan KUALA LUMPUR Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkat...
Covid 19 Hospital Di Malaysia Beri Layanan Baik Sama Rata Kata Warga Asing

Covid 19 Hospital Di Malaysia Beri Layanan Baik Sama Rata Kata Warga Asing

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR 8 Julai Semua bagus Doktor bagus Makan bagus Semua okey kata Wajid Ali warga Pakistan yang menerima rawatan COVID 19 di sini Beliau hanya mengetahui dijangkiti virus itu pada Mac Pemeriksaan untuk memenuhi syarat syarikat pener...
Speed Sea Raider Malaysia Terobos Perairan Indonesia Di Sebatik

Speed Sea Raider Malaysia Terobos Perairan Indonesia Di Sebatik

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 294 hits
Dari kejadian itu komandan Speed Malaysia itu telah dimintai keterangannya oleh TNI AL
Bayi Malaysia Lahir Pada 2020 Dijangka Hidup Lebih Lama Kata Laporan

Bayi Malaysia Lahir Pada 2020 Dijangka Hidup Lebih Lama Kata Laporan

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 388 hits
Bayi yang lahir tahun ini dijangka boleh hidup sehingga berumur 74 9 tahun hampir 5 bulan lebih lama berbanding 74 5 tahun pada 2014 Perkara itu terkandung dalam Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2018 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangka...
Beri Jalan Kepada Orang Lainlah Kata Ku Li Pada Zahid Dan Najib

Beri Jalan Kepada Orang Lainlah Kata Ku Li Pada Zahid Dan Najib

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 319 hits
Berkorban jika sayangkan orang Melayu itu pesanan diberi ahli politik kanan Umno Tengku Razaleigh Hamzah kepada dua orang kuat parti berkenaan ketika ini Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi Kata Tengku Razaleigh kedua dua mereka perlu melaku...
Tuduh Orang Lain Mencuri Anak Dia Kaya Berbilion Bilion Kata Najib

Tuduh Orang Lain Mencuri Anak Dia Kaya Berbilion Bilion Kata Najib

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 288 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menuduh orang lain mencuri tetapi yang kaya berbilion bilion adalah anaknya sendiri kata Najib Razak secara sinis dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini Pepagi lagi dah start Tak habis habis di...
Jual Pulak Haritu Kata Pindah Milik Kan

Jual Pulak Haritu Kata Pindah Milik Kan

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 282 hits
Eh Jual Bukan pindah milik lagi ke Tanya Kekanda 3 soalan ini sahaja dan gerenti dia akan terciduk 1 Jual untuk bayar hutang kepada siapa 2 Kenapa tukar jurunilai untuk susutnilai aset sebanyak 67 Dan selepas itu dijual pada harga jauh di b...
Jangan Guna Hak Isteri Kalau Hatinya Separuh Redha Walau Mulut Kata Setuju Hukumnya Haram

Jangan Guna Hak Isteri Kalau Hatinya Separuh Redha Walau Mulut Kata Setuju Hukumnya Haram

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 371 hits
Perkahwinan bertujuan untuk membangunkan institusi kekeluargaan dan ia sangatlah digalakkan di dalam Islam Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia mengembangkan masyarakat Islam serta mewujudkan ketenangan dan ketenteraman...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel