Covid 19 Hospital Di Malaysia Beri Layanan Baik Sama Rata Kata Warga Asing


KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — “Semua bagus. Doktor bagus. Makan bagus. Semua okey,” kata Wajid Ali, warga Pakistan yang menerima rawatan COVID-19 di sini.
Beliau hanya mengetahui dijangkiti virus itu pada Mac.
Pemeriksaan untuk memenuhi syarat syarikat penerbangan, menjadi mimpi buruk Wajid apabila 12 lagi anggota keluarganya turut didapati positif, termasuk isteri dan empat anaknya.
Mengimbau kembali detik itu, peniaga berusia 31 tahun itu berkata ambulans datang ke rumahnya di Masjid India dan kemudian mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, dan dirawat selama lebih tiga minggu.
“Kami dilayan sangat baik. Doktor dan jururawat sangat baik terhadap saya dan anak-anak saya,” katanya kepada Bernama, sambil menambah mereka juga diberi makanan dan menukar pakaian setiap hari sepanjang menerima rawatan.
Namun, ayahnya meninggal dunia awal April selepas dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).
“Ketika ayah saya dirawat di ICU, doktor sentiasa memaklumkan mengenai perkembangan terkini mengenai keadaan ayah sehinggalah ayah saya meninggal dunia,” kata Wajid.
Fasih bertutur dalam bahasa Melayu, beliau berkata 12 lagi anggota keluarganya ditawarkan tempat kuarantin apabila semuanya didapati negatif selepas menerima rawatan terakhir mereka.
“Tetapi pada kami lebih mudah untuk keluarga besar seperti kami memilih tinggal di hotel dengan perbelanjaan sendiri bagi menjalani kuarantin selama dua minggu,” katanya.
Wajid yang menetap di sini selama 12 tahun, gembira kerana kerajaan Malaysia menyediakan rawatan percuma untuk COVID-19 walaupun kepada warga asing sepertinya.
Beliau berkata kos ujian saringan COVID-19 di hospital swasta mencecah RM580 setiap seorang.
Sementara itu, Mohd Humayun dari Bangladesh turut berkongsi maklum balas positif ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Mohd Humayun yang bekerja di Malaysia selama lima tahun disahkan positif COVID-19 ketika menjalani saringan untuk kluster Pasar Old Town PJ, tempat beliau bekerja.
“Mereka jaga kami dengan baik. Bagi makan, dua tiga hari kemudian datang periksa,” katanya.
Rakan senegara Kamal mengesahkan apa yang dikatakan Mohd Humayun.
“Sebelum dia balik, kami buat panggilan video. Saya tanya, mereka jaga macam mana? Dia cakap, mereka jaga dengan baik. Ubat tak banyak, rehat banyak, tak ada kacau,” katanya yang menggambarkan ia bagaikan satu percutian.
Beliau menambah “Bila ada saringan COVID-19, baru mereka tahu ada masalah.”
Sementara itu, rakan mereka, Zahid yang tinggal berdekatan Pasar Lama PJ ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan di Jalan Othman, berkata majoriti rakyat Malaysia melayan mereka dengan baik hanya segelintir bertindak sebaliknya.
“Ada yang salahkan orang asing yang duduk di sini jadi punca COVID-19. Tetapi di Malaysia…orang ramai, doktor, hospital semua tolong kami, jaga kami dengan baik, tolong kami untuk cepat sembuh,” katanya.
Zahid berkata pekerja asing yang terjejas akibat langkah pencegahan untuk membendung penularan virus, turut menerima sumbangan daripada rakyat Malaysia, rakan dan keluarga.
“Sikit sahaja orang yang layan kami teruk. Yang lain semua jaga kami dengan elok,” katanya.
— BERNAMA
The post COVID-19: Hospital Di Malaysia Beri Layanan Baik, Sama Rata, Kata Warga Asing appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/08/covid-19-hospital-di-malaysia-beri-layanan-baik-sama-rata-kata-warga-asing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imigresen Buru Warga Asing Rayhan Kabir Susulan Kenyataan Burukkan Malaysia

Imigresen Buru Warga Asing Rayhan Kabir Susulan Kenyataan Burukkan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 544 hits
KUALA LUMPU Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang awam menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959 63 Imigresen dalam kenyataannya hari ini memakl...
Mana Pergi 214 398 Warga Asing Tiada Rekod Keluar Malaysia

Mana Pergi 214 398 Warga Asing Tiada Rekod Keluar Malaysia

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 285 hits
SERAMAI 214 398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia setakat 15 April lepas demikian Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen hari ini Ini berikutan Sistem MyIMMs tidak dapat mengesahka...
Beku Ambil Pekerja Asing Baru Peluang Baik Warga Tempatan

Beku Ambil Pekerja Asing Baru Peluang Baik Warga Tempatan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 293 hits
Mohd Zulkifli Abdul Fattah KUALA LUMPUR Keputusan kerajaan memperhalusi dasar pekerja asing adalah langkah terbaik yang membuka ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan sekali gus meningkatkan sumber ekonomi dan kuasa beli dalam nega...
Covid 19 Dua Kes Jangkitan Import Thailand Ketatkan Peraturan Kemasukan Warga Asing

Covid 19 Dua Kes Jangkitan Import Thailand Ketatkan Peraturan Kemasukan Warga Asing

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 237 hits
Bangkok Thailand akan mengetatkan lagi peraturan bagi warga asing yang ingin memasuki negara itu selepas dua kes import jangkitan COVID 19 yang dikesan membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan kemunculan gelombang baru jangkitan Kebim...
Warga Asing Diminta Bersabar Sebelum Dibenarkan Datang Ke Masjid Solat Jumaat

Warga Asing Diminta Bersabar Sebelum Dibenarkan Datang Ke Masjid Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 365 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih dijalankan di Malaydia dan semakin banyak juga perkara yang dibenarkan oleh pihak kerajaan Antara aktiviti yang dibenarkan adalah untuk menunaikan solat jumaat selepas sekian lama kita dinasihatka...
Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Kuching Kata Noor Hisham

Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Kuching Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 445 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga 12 tengah hari tadi 2 kes positif Covid 19 dilaporkan melibatkan kluster syarikat kejuruteraan di Kuching PETALING JAYA Kementerian Kesihatan berkata kluster baru Covid 19 di...
Mbsa Jangan Serah Premis Niaga Kepada Warga Asing

Mbsa Jangan Serah Premis Niaga Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 320 hits
SHAH ALAM 8 JULAI Majlis Bandaraya Shah Alam memberi amaran kepada pemilik premis supaya menjalankan perniagaan sendiri dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain tanpa kelulusan Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata ketik...
Covid 19 Malaysia Catat Kes Kematian Ke 122

Covid 19 Malaysia Catat Kes Kematian Ke 122

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 289 hits
PUTRAJAYA Selepas hampir sebulan Malaysia akhirnya mencatatkan satu lagi kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid 19 sebanyak 122 kes iaitu 1 40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes
Malaysia Government Send Back 19000 Covid Free Undocumented Migrants

Malaysia Government Send Back 19000 Covid Free Undocumented Migrants

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 267 hits
The term illegal when applied to migration and migrant has been replaced in recent years by irregular and undocumented 1 on the grounds that illegal is inaccurate degrading and prejudicial 2 3 Key institutions have adopted the new terms the...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids