Cerita Weekend From Garden To Kitchen Table
CERITA WEEKEND - FROM GARDEN TO KITCHEN TABLE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah pagi ni hujan, cuaca sejuk berbanding hari sebelum ini.. Post kali ini saya ingin mengabadikan cerita weekend lalu.. Cerita home sweet home - tak jauh beza dengan cerita weekend biasa dipenuhi dengan makan and gardening activities only but quite productive actually :)
Before that special thanks to sahabat bloggers yang sudi singgah di blog picisan ini, really appreciate your support..
Cerita on Sunday.. Buka peti ais, cari lauk dan sayur-sayur yang masih berbaki sebelum belanja groceries nanti. Bahan-bahan yang ada sesuai untuk masak mee hoon goreng..
Bahan-bahan mee hoon goreng
Potong segala bahan, sedia semua kemudian terhasillah mee hoon goreng kosong.. Cukuplah untuk makan bertiga hari ini..
Mee hoon goreng
Ada sebotol picked cucumber kegemaran saya, sedap makan dengan mee hoon goreng.
Pickled cucumber
Hiris nipis rasa masam dan pedas dari perecah mee hoon goreng memang kena tekak saya.
Thin slice picked cucumber
Mee hoon goreng and pickled cucumber
Breakfast saya tak lengkap kalau takde hot nescafe.. celik mata dan timbul idea aktiviti apa perlu dibuat sepanjang hari ini.
Hot nescafe for breakfast
Terpandang bekas rempah-ratus teringat project tukar label botol rempah yang masih belum berjaya direalisasikan lagi.. May be next week..
Storage and organizing
After breakfast we went out for gardening activities..
Garden and cat villa
Antara achievements - berjaya alih pokok bunga raya di balkoni atas yang sudah kering, tukar tanah baru.. Repot menjadi sebuah pasu dengan harapan akan tumbuh sihat subur kemudian hari.
Hibiscus
Begitu juga pokok bunga ros yang merajuk.. Lama tak berbunga selepas diserang serangga.. Potong semua dahan dan daun, cucuk semula ke tanah baru dengan baja bunga.. Harap berjaya tumbuh dengan sihat dan subur juga..
Mini garden
Small garden porch
After sweating in my small garden, masuk ke dapur bersama beberapa pucuk daun kesum dan ulam raja.. Bangga dengan hasil tanam sendiri yang tak seberapa..
Daun kesum dan ulam raja
Everyone is tired after gardening, my husband said no need to cook for lunch, habiskan sahaja mee hoon while he goes out to buy groceries - balik nanti pasti akan bawa lauk atau makanan untuk minum petang. So I took a long nap and woke up at 5.30pm..
Kami sepakat prepare steamboat for dinner..
Seafood for steamboat
Bahan-bahan semua ada.. prepared everything untuk bakar dan rebus.
Steamboat
Grill steamboat
Selesai dinner, kemas semua untuk prepare mental dan fizikal memulakan minggu baru.. Okay itu sahaja weekend saya berlalu... Tunggu another weekend for another story..
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2023/08/cerita-weekend-from-garden-to.html