Cerita Pak Kaduk Dengan Raja Panjang Akal



Masih ingatkah pada kisah Pak Kaduk? Dalam masyarakat Melayu watak Kaduk sinonim dengan ungkapan 'menang sorak kampung tergadai.'

Versi asal Pak Kaduk menceritakan seorang lelaki yang digelar Pak Kaduk. Dikatakan bahawa Pak Kaduk merupakan seorang yang gemar menyabung ayam. Beliau mempunyai seekor ayam sabung yang handal bernama 'Biring'.

Diceritakan pada suatu masa Pak Kaduk telah membawa si Biring ke istana untuk mencabar raja bersabung ayam. Raja menyahut cabaran tersebut walaupun menyedari ayamnya pasti akan kalah. Sebagai raja yang berakal panjang, baginda mengatur strategi dan berjaya memujuk Pak Kaduk menukarkan ayamnya dengan ayam milik Pak Kaduk.



Apabila persabungan dilangsungkan, Si Biring telah menang sebagaimana yang dijangka. Pak Kaduk yang terlupa bahawa ayam mereka telah bertukar-milik, bersorak kegembiraan.

Namun raja menyedarkan Pak Kaduk bahawa Si Biring sudah menjadi milik baginda dan Pak Kaduk telah kalah di dalam gelanggang.

Akibat kekalahan tersebut Pak Kaduk kehilangan taruhannya berupa sebuah kampung (jajahan?).

Ada pendapat yang mengatakan Pak Kaduk bukan rakyat biasa sebaliknya seorang pembesar atau 'Orang Kaya'. Itulah sebabnya taruhan mereka bukan sekadar wang ringgit sebaliknya sebuah kawasan atau jajahan.

Selain versi asal terdapat beberapa versi lain termasuklah yang diolah semula oleh beberapa penulis moden. Antaranya, digambarkan Pak Kaduk sebagai rakyat yang teraniaya lantaran diperdaya raja. Hujah mereka ialah Pak Kaduk sebagai rakyat tentu tidak mampu membantah perintah raja untuk menukarkan ayam sabung masing-masing.

Agong kita...
Bagi Demang anggapan tersebut juga tidak begitu adil. Pihak berkenaan menggunakan neraca pihak luar dalam menilai perhubungan raja-rakyat. Jika kita jujur menelaah semula kesah tersebut, kita dapati Pak Kaduk TIDAK diperintahkan datang bersabung sebaliknya beliau hadir ke majlis yang dianjurkan raja secara SUKARELA.

Dalam kesah tersebut juga dinyatakan bahawa Pak Kaduk yang mencabar raja untuk bertanding.

Dalam sistem pemerintahan beraja, kita meletakkan raja di atas sekali. Sebagaimana dinyatakan dalam Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun yang merupakan pemimpin sebenar Palembang telah mengangkat Sang Sapurba menjadi ketua negara. Perlantikan dan penyerahan kuasa itu disertai istiadat beserta perjanjian yang dikenali sebagai waadat. Dinyatakan juga batas-batas yang perlu dipatuhi bersama bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara-bangsa.

Demang fikir tak perlulah dihuraikan satu persatu batas hubungan raja-rakyat dalam artikal ini. Cuma saya ingin lontarkan soalan iaitu adakah wajar Pak Kaduk mencabar raja bersabung? Bagaimana jika raja kalah? Apakah tujuan sebenar Pak Kaduk? Inginkan hadiah atau berniat memalukan raja?

Jika kita membaca mana-mana kesah raja di seluruh dunia, kita akan berjumpa banyak peristiwa yang menunjukkan raja memberi anugerah kepada rakyat yang memberi sumbangan atau hadiah peribadi kepada raja. Demikian juga halnya raja-raja Melayu. Pak Kaduk yang hidup pada zaman itu mustahil tidak tahu amalan tersebut.

Sudah hilangkah adab Pak Kaduk dengan raja? Kenapa nak dimalukan raja?

Bagi Demang, mesej dalam kesah Pak Kaduk ialah seseorang raja itu akalnya panjang dan pandai menggunakan kuasanya. Raja tersebut menggunakan kuasanya untuk menukarkan ayam sabung tersebut. Raja menggunakan kuasanya untuk melindungi maruah raja. Maruah raja adalah maruah negara dan negara adalah tempat kita bernaung.

Pak Kaduk bernasib baik kerana hanya ditukarkan ayam sabung. Kalau Demang yang menjadi raja,Demang akan tangkap Pak Kaduk dan sumbat ke penjara (ISA) atau halau Pak Kaduk dari negeri tersebut. Malah hukuman lazim bagi penderhaka di mana-mana negara ialah bunuh samada dipancung, disula atau digantung.


Ada satu peribahasa melayu yang menggunakan istilah 'kaduk' iaitu 'kaduk naik junjung'. Saya harap orang Melayu masih ingat maksudnya iaitu jangan berperangai macam Pak Kaduk yang cuba mencabar seorang raja!

Hari ini kita lihat ramai pemimpin politik macam kaduk naik junjung. Sekali imbas nampak macam daun sireh. Rupa²nya hanya daun kaduk.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun


MR :  Kaduk naik junjung... kerana ada orang Melayu Islam bodoh politiknya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/cerita-pak-kaduk-dengan-raja-panjang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Tukang Urut Siber

Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Tukang Urut Siber

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 399 hits
Susah juga nak cari tukang urut wanita di sekitar Sepang ni Tapi sebenarnya tak cari pun di sekitar Sepang ni Mommy duk tanya Master manalah Master punyai pengetahuan Master cadangkan Mommy bertanya dalam group WhatsApp wanita Mommy tak tan...
Rancangan Luncai Lebai Malang Dan Pak Kaduk Milenium

Rancangan Luncai Lebai Malang Dan Pak Kaduk Milenium

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 314 hits
Yong intanPlan A Buat Pakatan Nasional gagal Plan B Usul sokong Tun Dr Mahathir di Parlimen gagalPlan C Kumpul Akuan Bersumpah mahu Tun Dr Mahathir kekal hingga akhir penggal gagal Plan D Bersatu ajak Tun Dr Mahathir keluar PAKATAN HARAPAN ...
Dr Zakir Naik Dapat Kewarganegaraan Arab Saudi Dari Raja Salman

Dr Zakir Naik Dapat Kewarganegaraan Arab Saudi Dari Raja Salman

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 299 hits
Riyadh Pendakwah kontroversial asal India Dr Zakir Naik dilaporkan telah mendapatkan kewarganegaraan Arab Saudi dari Raja Salman Laporan Middle East Monitor pada Jumat 19 Mei 2017 mengklaim mendapat informasi dari sumber sumber kepercayaan ...
Arti Dan Pesan Gurindam Dua Belas Karya Raja Ali Haji

Arti Dan Pesan Gurindam Dua Belas Karya Raja Ali Haji

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 415 hits
Arti dan Pesan Gurindam Dua Belas Karya Raja Ali Haji Berikut syair klasik karya Raja Ali Haji Gurindam Dua Belas Pasal 1 Barang siapa mengenal Allah Suruh dan tengah Nya tiada ia menyalah Pasal 2 Barang siapa meninggalkan sembahyang Bagai ...
Resepi Raja Permaisuri Agong Resipi Nasi Goreng Sosej Nasi Goreng Mentega Video

Resepi Raja Permaisuri Agong Resipi Nasi Goreng Sosej Nasi Goreng Mentega Video

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 1060 hits
Resepi Raja Permaisuri Agong resipi mudah nasi goreng sosej nasi goreng mentega simple sedapnya resepi mudah dan sedap nasi goreng jom belajar resepi mudah dan cepat nasi goreng sosej dan nasi goreng mentega kegemaran ayahanda dan abang Tun...
Saksi Sprm Sahkan Derma Rm2 6 Bilion Keluarga Raja Arab Kepada Najib

Saksi Sprm Sahkan Derma Rm2 6 Bilion Keluarga Raja Arab Kepada Najib

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 275 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib RazakKUALA LUMPUR Saksi pembelaan kesembilan kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu mahkamah sememangnya ada derma dari Raja Arab ...
Kebangkitan Semula Anak Raja Pahang Dalam Arena Politik

Kebangkitan Semula Anak Raja Pahang Dalam Arena Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 425 hits
TEMERLOH 3 Mac Kemunculan semula tokoh politik senior yang juga anak raja Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar 77 yangbertanding jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Temerloh menjadi tumpuan dalam pemilihan PPBM di negeri ini Tengk...
Guan Eng Dapat Penghakiman Ingkar Saman Terhadap Raja Petra

Guan Eng Dapat Penghakiman Ingkar Saman Terhadap Raja Petra

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 265 hits
Guan Eng dapat penghakiman ingkar saman terhadap Raja Petra Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Feb 2020 2 08
Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Dijangka Esok

Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Dijangka Esok

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 243 hits
Kuala Lumpur Majlis Raja Raja dijangka mengadakan satu mesyuarat khas di Istana Negara esok Menurut sumber raja raja Melayu dijangka menghadiri mesyuarat khas berkenaan antaranya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Sultan Terengganu Sultan Miza...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities