Cerita Masalah Dialami Seperti Babak Dalam K Drama Respon Daripada Ejen Ini Amat Mengejutkan
Haa, korang yang suka tengok K-Drama ni, mesti korang pernah lalui saat yang mana skrip dialog drama Korea terngiang-ngiang dalam fikiran betul tak?
Lagi-lagi bila situasi yang korang tengah hadapi tu memang sama dengan apa yang korang tengok dalam drama, terasa macam jadi “main character” pulak.
Bukan itu sahaja, bila dah selalu sangat tengok K-Drama ni, mulalah korang nak berimaginasi macam korang berada dalam drama Korea sama macam video dekat bawah ni.
Kalau korang tengok video di atas ni, sebenarnya situasi ni memang betul-betul terjadi tau yang mana peniaga selalu hadapi masalah tak dapat nak jejak barang yang dihantar kepada pelanggan atau barangan hilang semasa proses penghantaran.
Lebih menyedihkan, bila nak buat aduan kepada pihak berkenaan, proses nak selesaikan masalah tu umpama tunggu Hyunbin nak datang meminang pula. Lambat lagi..
Percaya ataupun tidak, sebenarnya kalau korang mengadu barang lambat sampai kepada pelanggan macam babak dalam drama Korea, ia dapat diselesaikan dengan lebih mudah lagi-lagi dengan Ninja Van Malaysia! Jinjja? Tak perlu dah korang nak berdrama-drama bagai.
Ninja Van Malaysia Akui Memberi Respon Pantas Dan Memberi Solusi Kepada Peniaga Dalam Masa 24 Jam! Daebak.
Tipulah kalau korang sebagai peniaga online tak pernah alami masalah barang rosak atau tak dapat jejak barang yang korang nak kirim kepada pelanggan betul tak? Haa, tak usah risau, cerita je masalah korang macam dalam babak K-Drama dengan Ninja Van Malaysia.
Sebut je Ninja Van Malaysia, mesti korang tau ia adalah salah satu kurier yang melakukan servis penghantaran barang yang sangat pantas dan dipercayai berbanding kurier yang lain.
Disebabkan Ninja Van Malaysia memahami masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di Malaysia, mereka mewujudkan platform yang dapat memudahkan semua pihak terutama peniaga untuk meluahkan masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan, kalau korang ada masalah dalam proses kiriman barang, korang tak perlu risau lagi kalau nak buat aduan sebab Ninja Van Malaysia akan selesaikan masalah dalam tempoh 24 jam menerusi NinjaChat tau!
Bukan itu sahaja, masalah yang korang hadapi sebagai peniaga juga akan diselesaikan dengan cara berhubung melalui pelbagai platform menerusi NinjaChat serta mereka akan memberikan solusi yang terbaik buat korang!
Apa yang korang perlu buat hanyalah berhubung dengan ejen yang bertugas melalui NinjaChat menerusi aplikasi Facebook Messenger, Telegram, Line atau Viber.
Menerusi NinjaChat ni juga, korang akan dapat notifikasi secara langsung mengenai status barangan, keberadaan barangan serta berhubung secara langsung dengan ejen bertugas. Haa, jimat banyak masa tau!
Paling penting, NinjaChat ni beroperasi selama 7 hari seminggu. Jadi, korang tak perlu risau lagi untuk berhubung dengan mereka untuk berkaitan permasalahan yang korang hadapi!
Ramai Berpuas Hati Dengan Respon Dari Ninja Van
Haa, disebabkan respon daripada ejen NinjaChat ni pantas dan mendapat solusi yang terbaik, ramai pengguna serta peniaga berpuas hati apabila menggunakannya dan mencadangkannya kepada orang lain tau.
Kalau korang nak tahu feedback pelanggan atau peniaga yang pernah buat aduan menggunakan NinjaChat ni, korang boleh tengok di SINI.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Ninja Van Malaysia atau ikuti sosial media rasmi Facebook dan Instagram.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/cerita-masalah-dialami-seperti-babak-dalam-k-drama-respon-daripada-ejen-ini-amat-mengejutkan/