Cerita Langkah Najib 1987 Kembali





Tun Dr Mahathir Mohamad lawan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987 untuk merebut jawatan Presiden Umno merupakan pertandingan paling sengit yang pernah diingati.

Team A lawan Team B. Team A menang, Team B kalah tipis.

Kisah yang berlaku hampir 30 tahun dahulu sudah menjadi seperti riwayat. Penceritaannya berliku-liku. Ada fakta. Ada separa fakta. Bergantung dari sudut mana ia dilihat. Bergantung siapa yang menceritakannya.

Perjalanan sejarah dilihat ada jalurnya sendiri. Namun tidak ramai yang menyedari jalur ini terbina kerana langkah-langkah kritikal yang berlaku ketika itu.

Misalnya, sehingga sekarang umum tak mengetahui, kenapa Datuk Seri Najib Razak dilihat menyeberang sempadan. Dari orang yg dikenali sebagai orang Ku Li, anak didik Ku Li ketika itu, hanya di saat akhir sebelum pengundian, Najib mengisytiharkan sokongannya kepada Dr Mahathir.

Keputusan akhir – Ku Li kalah 43 undi.

Jumlah perwakilan tak sampai 3,000 orang. Ketika itu satu Bahagian Umno diwakili 11 orang. Kalau dua Bahagian menyeberang sempadan, sudah tentu keputusan berbeza.

RAMAI MENGANGGAP LANGKAH NAJIB DI SAAT AKHIR ITULAH MENJADI PENYEBAB BESAR KEKALAHAN KU LI.
Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Ketua Perhubungan Umno Negeri Pahang ketika itu, sudah tentu Najib mampu membawa lebih dari dua bahagian berpaling menyokong Dr Mahathir.

Sejarah berbeza dan jalur perjalanan politik Umno berbeza. Tanpa langkah Najib, mungkin Dr Mahathir kalah dan Ku Li jadi Perdana Menteri. Sudah tentu corak dan lanskap politik negara juga berbeza.

Umum mengetahui dalam politik, kita tidak boleh terlalu mengharap orang berterima kasih atau mengenang budi di masa depan. Ketika ini, Dr Mahathir tidak perlu menoleh kebelakang untuk berterima kasih kepada Najib kerana tanpa Najib, beliau mungkin kalah ketika itu dan tidak terus menjadi Perdana Menteri.

Itu sebahagian dari jalur sejarah untuk beliau menjadi Perdana Menteri ke-7. Lagi pun Dr Mahathir sudah pun membalas budi Najib dengan pelbagai cara selepas itu. Maka haknya juga untuk menghukum Najib pada hari ini sekiranya Najib berbuat sesuatu yang beliau tidak senangi.

Namun kalau Dr Mahathir menyatakan kekesalannya menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menaikkan Najib selepas itu, sudah tentu Najib pula berhak menyatakan kekesalannya menjatuhkan Ku Li dan menyokong Dr Mahathir 29 tahun dulu.

SEBAB ITU KINI, RAMAI INGIN TAHU CERITA SEBENAR “LANGKAH NAJIB” TAHUN 1987. HANYA NAJIB BOLEH MENCERITAKANNYA.
Ia penting, kerana hanya di tahun 2018 ini kita melihat pertandingan merebut jawatan Presiden Umno dipertandingkan kembali. Entah dirancang, entah kebetulan. Nama Ku Li muncul lagi.

Bagi Ku Li, jangan dilihat pertandingan ini untuk beliau melawan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Khairy Jamaluddin. Ia adalah pertandingan di mana Ku Li ingin mengepalai Umno melawan Dr Mahathir lagi.

Mungkin ini langkah terakhir Ku Li dalam kehidupan politiknya. Menang kalah adalah adat. Namun ini peluang terakhir untuk beliau menunjukkan keupayaan menentang Dr Mahathir sekali lagi. Ada yang menganggap untuk temukan buku dan ruas ialah perlawanan kembali Dr Mahathir-Ku Li versi 2.0. Mereka sama berpengalaman, sama veteran dan sama berumur.

Dalam sejarah ramai melihat cara Dr Mahathir mengendalikan musuh politiknya. Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merasanya, Zahid pernah merasanya, Lim Kit Siang pernah merasanya, Lim Guan Eng pernah merasanya. Kini Najib dan Umno sedang merasainya.

MUNGKIN NAJIB DAPAT BERKONGSI PERASAANNYA KALAULAH BELIAU TIDAK BERPALING MENYEBERANG SEMPADAN TAHUN 1987, APA YANG DIRASAI MEREKA INI MUNGKIN TIDAK BERLAKU.
Jalur sejarah berlaku kerana perjalanan masa. Keputusan kita hari ini walaupun kecil tetapi ia mungkin amat kritikal menentukan perjalanan sejarah di masa depan.




Oleh : http://twentytwo13.my/issues/cerita-langkah-najib-1987-kembali/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kakipalu.blogspot.com/2018/06/cerita-langkah-najib-1987-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istri Najib Razak Akan Kembali Didakwa Korupsi Proyek Panel Surya

Istri Najib Razak Akan Kembali Didakwa Korupsi Proyek Panel Surya

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 288 hits
Komisi Anti Korupsi Malaysia hari ini mengatakan mereka telah memperoleh persetujuan dari Jaksa Agung untuk mengajukan tuntutan terhadap Rosmah Mansor istri bekas perdana Menteri Najib Razak atas kasus korupsi proyek panel tenaga surya untu...
Cerita Wni Di Belanda Surat Suara Sudah Dicoblos Kembali Ke Pemilih

Cerita Wni Di Belanda Surat Suara Sudah Dicoblos Kembali Ke Pemilih

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 264 hits
Dari 2 044 surat suara pemilih yang sudah dikirim ke Warga Indonesia di Belanda ternyata banyak yang tidak kembali ke panitia pemilihan luar negeri Surat suara yang sudah dicoblos itu justru kembali ke alamat si pengirim
Rindu Rakyat Saya Akan Kembali Kata Najib

Rindu Rakyat Saya Akan Kembali Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 363 hits
Setelah mendapat sambutan luar biasa rakyat Terengganu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk kembali lagi ke negeri itu Mengakui terharu dengan sambutan mesra dari penduduk di negeri itu Najib berkata beliau tidak ...
Isu Brexit Kembali Ke Titik Permulaan Mustahil Untuk Kekal Atau Ke Langkah Seterusnya

Isu Brexit Kembali Ke Titik Permulaan Mustahil Untuk Kekal Atau Ke Langkah Seterusnya

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 247 hits
Pound sterling berbanding dolar masih dalam tekanan menunggu penjelasan situasi mengenai isu Brexit Ahli parlimen Britain menolak semua lapan pilihan pengundian yang berkaitan dengan Brexit hanya menunjukkan bahawa mereka bertentangan denga...
Saat Akhir Najib Minta Tangguh Bicara Kes Src

Saat Akhir Najib Minta Tangguh Bicara Kes Src

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 384 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan lagi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang di...
Mustain Itu Memang Kereta Saya Najib

Mustain Itu Memang Kereta Saya Najib

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 281 hits
Wakil rakyat Sabak Bernam Ahmad Mustain Othman mengaku beliau menyertai protes terhadap bekas perdana menteri Najib Razak di Kuala Selangor semalam Ya benar itu kereta saya dan ia mengandungi plakad dan karikatur badut yang dibawa sewaktu p...
Najib Pendapatan Dari Negara Luar Tidak Dikenakan Cukai

Najib Pendapatan Dari Negara Luar Tidak Dikenakan Cukai

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 266 hits
Kerajaan ada kuasa untuk mendakwa apa sahaja atau membuat pendakwaan terhadap sesiapa sahaja Mereka juga ada kebolehan untuk membocorkan apa sahaja benar atau tidak kepada media yang dikawal mereka untuk memenuhi misi propaganda mereka Cont...
Najib Failkan Permohonan Semakan

Najib Failkan Permohonan Semakan

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 217 hits
Foto sumber internet Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan lagi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC Internat...
Dana Asing Tidak Tertakluk Cukai Najib

Dana Asing Tidak Tertakluk Cukai Najib

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 244 hits
Dana yang bersumber luar negara tidak tertakluk untuk dikenakan cukai mengikut sistem perundangan negara kata Datuk Seri Najib Razak Pertama sekali sumbangan politik termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi tidak tertakluk atau dikenak...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur