Cerita Disebalik Laporan Kesihatan Dak Adik



Pengalaman semasa dak Kakak dahulu..Aku terpaksa ceritakan kembali di sini kerana selepas dicari, rupanya tiada langsung catatan mengenai perjalanan pemeriksaan kesihatan dak Kakak. Ralat rasanya kerana tiada sebarang catatan di sini. Memandangkan ketika itu baru setahun lebih negara pulih dari serangan Covid-19, segala urusan di klinik mahupun hospital, perlu membuat temujanji melalui online, tiada walk-in. 
Aku ketika itu..?Sekiranya tempat yang aku tuju tidak familiar, aku akan hubungi dahulu untuk memudahkan urusan  cuti rehat — supaya lebih bersedia dan tidak kelam-kabut. Semua urusan ketika itu, aku buat di Klinik Kesihatan berdekatan. Waktu itu, perlu muat turun dahulu aplikasi temujanji klinik, pilih tarikh dan hadir pada tarikh yang ditetapkan. Urusan dak Kakak ketika itu berjalan dengan baik, cuma perlu datang semula untuk pemeriksaan air kencing. Kenapa..? Result tidak jelas kerana ada darah — ok faham jelah waktu itu. Apa-apapun, Alhamdulillah.. keputusan kali kedua tiada masalah dan proses dokumentasi lengkap dan dibawa pada hari dak Kakak lapor diri mengikut jadual


Itu kisah mengenai dak Kakak.Kali ini kisah mengenai dak Adik pula. Aku rangkumkan perjalanan pengalaman pemeriksaan kesihatan dak Adik yang sedikit mendebarkan dan agak menekan emosi. 
Pada 16 Jun 2025 yang lepas, keputusan melalui UPUONLINE telah keluar dan dak Adik telah berjaya mendapat tempat di Selatan tapi surat tawaran 'setuju terima' hanya dibuat pada 22 Jun 2025

Kenapa..
Jujurnya, aku tertekan dengan en. Hubby — bukan kerana dia tidak mengizinkan dak Adik pergi, tetapi kerana dia lebih cenderung mahukan dak Adik belajar di tempat pilihannya. Pada awalnya aku sangka permohonan ke tempat itu telah diuruskan oleh en. Hubby, rupanya tidak. Demi menjaga hati dan memuaskan kehendaknya, aku ambil inisiatif menghubungi institusi tersebut — bertanya tentang prosedur permohonan dan proses pengambilan pelajar. Alhamdulillah, pegawai yang dihubungi sangat membantu dan menjawab semua persoalan yang aku ajukan. Tanpa berlengah, aku terus uruskan permohonan secepat mungkin. Sama ada diterima atau tidak, hanya diketahui pada 22 Jun 2025

Kepada en. Hubby, aku tegaskan; sekiranya permohonan dak Adik ditolak, aku tidak akan mulakan proses rayuan. Sebaliknya aku akan terima yang di Selatan. Bukan tak setuju cuma aku tak suka buat kerja last minute. Kisah awal di [SINI] dan inilah antara sebab kenapa lambat memproses dokumen berkaitan dak Adik. 

27 Jun 2025 - Jumaat (1 Muharram 1447H)
Hari ini aku menemani dak Adik membuat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta di sini. Ini pun selepas aku bertanya dan mendapatkan kepastian kepada pegawai pengambilan kemasukan pelajar di Selatan — adakah dibenarkan membuat pemeriksaan di klinik swasta selain dari Klinik Kesihatan. Tapi.. memandangkan hari Jumaat merupakan cuti umum, maka keputusan tersebut akan diketahui pada esoknya. Aku sempat pesan kepada staff klinik agar dapat percepatkan keputusannya kerana dokumen tersebut perlu diposkan dan mesti sampai sebelum 13 Julai 2025


28 Jun 2025 - Sabtu (2 Muharram 1447H)
Hanya pada pukul tiga petang barulah keputusan keluar. Bila berjumpa semula dengan doktor, dak Adik sangkut pada ujian air kencing. Doktor terangkan beberapa kemungkinan berdasarkan keputusan makmal — akhirnya, doktor di klinik keluarkan surat rujukan ke hospital. Berderau darah aku saat doktor beritahu ada kemungkinan disebabkan kehadiran darah dalam ujian air kencing dak Adik

Ketika itu aku benar-benar tertekan, sampai agak lama aku duduk dalam kereta memikirkan apa langkah seterusnya. Sempat juga aku hubungi en. Hubby untuk minta pandangan sebelum buat keputusan


30 Jun 2025 - Isnin (4 Muharram 1447H)
Petang..Setelah berbincang dengan en. Hubby, aku ambil keputusan untuk teruskan proses penghantaran dokumen dak Adik ke Selatan — walaupun belum sempat berjumpa doktor di hospital. Kami tak mahu berlengah dan hanya mampu bertawakkal. Alhamdulillah, dokumen selamat sampai ke Selatan pada 2 Julai 2025 di [SINI]. 

01 Julai 2025 - Selasa (5 Muharram 1447H)
Pagi.
Bawa dak Adik ke hospital. Tiba di kaunter, aku terangkan masalah dak Adik. Awalnya pihak hospital meminta kami ke Klinik Kesihatan, tapi aku jelaskan tarikh temujanji online yang terdekat telah penuh. Selepas aku menerangkan apa yang berlaku pada doktor bertugas, akhirnya kami dibenarkan untuk masuk berjumpa doktor selepas selesai di kaunter utama. Hampir tengahari, keputusan ujian air kencing dak Adik pun keluar.
Doktor : Result anak puan normal, saya pun tak faham kenapa pihak klinik minta puan ke hospital                        untuk dapatkan rawatan. Result awal ni plus minus je puan, takde isu apa-apa pun.
Aku     : Saya risau, sebab tu saya bawa ke hospital ni doktor. Lagi pun tak lama lagi dia nak ke                           Selatan.
Doktor : Saya faham tu puan, tapi puan jangan risau. Keputusan ujian air kencing anak puan normal.
Lega bila tengok keputusan tu — harapnya tak timbul sebarang isu nanti. Insya-Allah, masa hari pendaftaran nanti, aku akan lampirkan sekali sebagai rujukan.

04 Julai 2025 - Jumaat (8 Muharram 1447H)
Pagi.
Aku uruskan pembukaan akaun dak Adik di bank di sini. Seronok betul dak Adik bila dapat sekeping kad bank sendiri — teruja sungguh wajah dia. Belum sempat guna pun, dah minta Babahnya topup duit dalam akaun.
Katanya.. 'Senang sikit nanti nak beli makanan, tak payah minta duit tunai dah'. Aku cuma mampu geleng kepala sambil senyum. Dalam hati aku terdetik, 'Alamak.. makin laju duit melayang nanti'. Tapi tak apalah, asalkan dia belajar urus belanja sendiri — walaupun bab 'menabung' tu masih perlukan banyak motivasi dan tazkirah dari kami.

Alahai anak.. belum pun lagi duduk berjauhan. Sekilas rasa sebak pun ada — dari tangan kecil yang dulu aku pimpin, kini dah mula belajar berdiri sendiri. Moga langkah dak Adik nanti dipermudahkan dan dia terus kuat menempuh dunia luar yang bakal menantinya.

Alhamdulillah…Satu demi satu urusan dipermudahkan. Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum dak Adik melangkah ke dunia baru di Selatan. Dalam tempoh yang berbaki ini, aku mahu siapkan segalanya sebaik mungkin — bukan sekadar keperluan fizikal, tapi juga kekuatan emosi untuk diriku. Moga Allah permudahkan setiap langkahmu Adik.

Perjalanan anak ke dunia baru bakal bermula — dan seorang ibu hanya mampu berdoa dari jauh, sambil menyembunyikan sebak di balik senyum.
@RemajaPurba: ..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/07/cerita-disebalik-laporan-kesihatan-dak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pokok Susu Nabi Atau Ara Tanah Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

Pokok Susu Nabi Atau Ara Tanah Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 173 hits
Nama Pokok Ara Tanah Pokok Susu Nabi Susu Kambing Pokok Gelang Keremek Susu Gelan Susu Asthma Plant Hairy Spurge Asthma Weed Snake Weed Tawa Tawa Nama saintifik euphorbia hirta Ia merupakan spesies tumbuhan daripada keluarga euphorblaceae P...
Kasih Adik Walau Bukan Sedarah

Kasih Adik Walau Bukan Sedarah

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 92 hits
Kasih adik Walau Bukan SedarahKasih adik bukan lahir dari darah tapi tumbuh dari hati yang tak memilih siapa Bukan kerana nama bukan kerana rupa tapi kerana jiwa abang yang sentiasa ada saat dunia berpaling abang masih menoleh dan memeluk d...
Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir Peranan Komuniti Dan Kesihatan Planet

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir Peranan Komuniti Dan Kesihatan Planet

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 130 hits
Penulis Prof Madya Dr Noratikah Othman1 2 Nur Izzati Husna Hashim Nurul Anis Amira Mohd Tazri Dr Mohd Azri Abd Jalil Dr Nurhazirah Zainul Azlan1 2 Prof TS Dr Muhammad Lokman Md Isa Dr Nurul Ain Binti Ahayalimudin 1Institute of Planetary Sur...
Tips Kesihatan Individu Harus Tahu

Tips Kesihatan Individu Harus Tahu

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 166 hits
Asalamualaikum Salam Sejahtera Etuza kini yang berbaju hijau berat 63 atau 64 kg Berbajutradisional masa ini berat badan 68 kg atau 67 kg Alhamdulillah merasakan semakin sihat dengan amalandiet yang mudah ini Tips Kesihatan Individu Harus T...
Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 179 hits
Penyanyi legenda tanah air Datuk DJ Dave menziarahi pelakon veteran Dharma Harun Al Rashid selepas tular gambar keadaan fizikal terkininya yang menyedihkan Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air turut menyalurkan sumbangan tunai RM1 000 bagi mem...
05 07 2025 Hari Berkumpul Adik Beradik

05 07 2025 Hari Berkumpul Adik Beradik

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 143 hits
Sementara mak ada dekat dengan aku datang jenguk dia kat sana sambil lepak lepak bersama adik beradik yang ada disini iaitu Ana Faizal Nurman dan Zalina Macam biasa aktiviti kami yang tak boleh lari adalah makan makan serta bersuka ria Aku ...
Tepati Janji Jaga Anak Abang Luahan Sayu Adik Mangsa Tragedi Lemas Kuat Demi Putri Qisya

Tepati Janji Jaga Anak Abang Luahan Sayu Adik Mangsa Tragedi Lemas Kuat Demi Putri Qisya

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 131 hits
Moga Allah terus beri kekuatan untuk saya demi satu satunya anak abang yang masih ada Putri Qisya Itu luahan penuh sebak Nur Adliah Syuhada Ishak 26 adik kepada arwah Mohamad Azim Izat 32 yang terkorban bersama isterinya Nurul Hidayah Khadi...
Tragedi Dua Beranak Ditemui Reput Adik Luah Sedih Tak Sangka Itu Kali Terakhir Bertemu Kakak

Tragedi Dua Beranak Ditemui Reput Adik Luah Sedih Tak Sangka Itu Kali Terakhir Bertemu Kakak

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 105 hits
Tiada siapa sangka panggilan terakhir itu menjadi yang terakhir Keluarga wanita yang ditemui meninggal dunia bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir masih terkejut dan tidak mamp...
Lakukan Amang Seksual Terhadap Adik Ipar Ketika Isteri Sarat Mengandung

Lakukan Amang Seksual Terhadap Adik Ipar Ketika Isteri Sarat Mengandung

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 133 hits
MOHD SHARKAWI LONDINGBAPA dua anak didakwa mencabul kehormatan adik iparnya di Mahkamah Muar hari ini MUAR Seorang pekerja kedai buah yang bakal menimang cahaya mata ketiga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas per...
Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Top Business Growth Strategies

How Biometric Payment Systems Are Shaping The Future Of Transactions

My Moving Journal A Fresh Start

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pas Leaders Usually Remain Until Death Takiyuddin

Forming Pakatan Harapan Was Once Mission Impossible Says Nik Nazmi

Unexpected Guest At Lawyers March Nurul Izzah Gets Roasted As Drama Queen Seeking Cheap Publicity

The Politics Of Outrage By Philip Golingai

Jinak Merpati Dari Anak Baru Menetas

Jambatan Pantai Senok Kampung Gajah