Cerita Dalam Kehidupan Tahun 2020





Assalamualaikum wbt...Hanya tinggal beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun seterusnya.. Pelbagai kisah suka dan duka yang berlaku pada tahun 2020..
Awak masih ingat tak dulu², masa kita kecik², kita pernah membayangkan yang tahun 2020 ini adalah tahun yang penuh dengan imaginasi masa depan, seperti kereta terbang dan semua peralatan yang serba canggih.. Okay, mungkin kereta terbang belum dapat direalisasikan, tapi sebenarnya dah banyak perkara yang canggih berlaku dalam kehidupan kita.. 
Contohnya, seperti pembelian barangan secara online.. Dulu² hanya orang yang have² jea yang membeli barangan secara online.. Tapi disebabkan pandemik COVID-19 yang berlaku pada seluruh dunia, membuatkan kita terpaksa membeli barangan secara online.. Contoh yang kedua adalah pembayaran secara swap card secara menyeluruh.. Dulu² nak swap card kena ada kad kredit, tapi sekarang nie melalui kad debit pun kita boleh swap card, boleh bayar samada pinned number ataupun wave.. 
Semuanya di hujung jari kita sekarang.. Bukankah ianya dah canggih..?? Banyak lagi perkara yang canggih berlaku dalam kehidupan kita sekarang...
Tahun 2020 nie jugak kita menghadapi cabaran besar dalam kehidupan, yang mengubah hampir 360 darjah dalam kehidupan kita.. Sedia maklum, kita sekarang nie sedang 'berperang' dengan pandemik yang merbahaya ketika ini, iaitu COVID-19 dan kita masih belum menang lagi dalam 'peperangan' ini.. Di samping itu jugak, kita menghadapi kesukaran dalam kehidupan, ada yang diberhentikan kerja, ada yang terpaksa membuat tiga empat pekerjaan sekaligus untuk menampung kehidupan sekarang, jika ada syarikat sendiri, kita terpaksa struggle and survive, dan jika keadaan tak mengizinkan, ada yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tak mampu nak survive lagi.. Semua dugaan ini adalah kerana melalui izin-Nya.. Walaupun Allah SWT yang mampu mengubah kehidupan kita, tapi kita sendiri perlu berusaha juga dan sentiasa bertawakkal dan berserah kepada Allah SWT.. 
Kita yang merancang, TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA...
Pada rakan-rakan seperjuangan yang menghadapi pertukaran tempat kerja secara besar-besaran, saya nak ucapkan selamat maju jaya di tempat baru dan bekerjalah kerana Allah.. Macam kat office saya pun berlaku pertukaran staf di sini dan ketua unit saya merupakan salah seorang yang bertukar... Pada 4hb Januari depan, dia akan bertugas di Jabatan Kemajuan Masyarakat, Presint 4 dan saya akan menerima ketua unit yang baru, yang sebelum ini bertugas di tempat ketua unit saya ditempatkan nanti.. Kiranya, mereka switch tempat kerja.. 
Saya pun berkemungkinan akan ditukarkan... Ke mana..??
Belum tahu lagi.. Hanya menunggu e-mel daripada HQ saja..
Wait and see..
Sebenarnya sedih jugaklah nak berpisah dengan ketua unit sekarang nie, maklumlah dah 10 tahun kami bertugas sama-sama.. Orang kata, susah senang kami memang berdua jea, sampaikan satu office nie gelarkan kami belangkas, mana² pergi, kami memang pergi berdua.. hihihi.. 
Tapi adat dalam kehidupan, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, tiada yang kekal melainkan Allah SWT..
Kepada Puan Jamilah, saya doakan semoga Puan terus sukses dalam bidang yang diceburi, terus maju dalam bidang kepustakawanan, jangan sedih², walaupun kita jauh daripada tempat kerja, Insha Allah kita akan selalu jumpa kat area rumah.. Walaupun Puan dah tak terlibat dalam penulisan a.k.a. novel, tapi saya harap Puan jangan patah semangat untuk terus menulis.. 
😭😭😭😭Memang sedih sangat².. Tapi demi tugas dan demi berkhidmat untuk masyarakat, kita kena tabah...
Pada rakan-rakan yang lain yang dah bertukar, selamat maju jaya di tempat kerja yang baru.. Pada rakan-rakan yang masih menunggu e-mel pertukaran, sabarlah dan sama-samalah kita tabah dalam penantian ini.. 
Selamat Tahun Baru 2021 saya ucapkan pada awak semua.. Semoga di tahun 2021 ini, kita akan menjadi lebih matang daripada tahun-tahun lepas, dan semoga kita semua dilindungi daripada pandemik bahaya ini, sekaligus hilang dari radar bumi.. 
Pada yang nak balik kampung tue, hati² di jalanraya, jika awak bergejala, pergilah ke klinik untuk rawatan swab dan kuarantin diri awak di rumah.. Jika takde keperluan untuk keluar, duduklah di rumah.. 
Sentiasa amalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.. 
Sentiasa basuh tangan, pakai hand sanitizer, pakai pelindung muka apabila keluar dari rumah, dan jarakkan penjarakan sosial awak..
Elakkan bersalaman dengan orang, demi memutus rantaian COVID-19... Nampak seperti kurang sopan lebih² lagi jika bersalaman dengan ahli keluarga, sanak saudara yang lebih tua, tapi demi menjaga kesihatan kita dan mereka, perlulah buat SOP itu... 
Kita jaga kita... 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/12/cerita-dalam-kehidupan-tahun-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Malang Tahun Duka 2020 Covid 19 Bayangi Rencah Kehidupan Dunia Sepanjang Tahun Ini

Kisah Malang Tahun Duka 2020 Covid 19 Bayangi Rencah Kehidupan Dunia Sepanjang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 318 hits
Kisah malang tahun duka 2020 mesej mesej positif yang disampaikan figura penting Krismas Santa Klaus di media sosial telah menjadikan suasana yang suram lebih optimis dan mengujakan Santa merujuk perjuangan global untuk membendung penularan...
Minyak Emas Rumusan Yang Dikeluarkan Pada Tahun 2020 Prospek Untuk Tahun 2021

Minyak Emas Rumusan Yang Dikeluarkan Pada Tahun 2020 Prospek Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 382 hits
Rakan rakan yang dihormati Menurut tradisi pada akhir tahun adalah menjadi kebiasaan untuk membuat kesimpulan bagi rumusan dan menilai rancangan untuk masa depan Oleh itu saya ingin mendedikasikan artikel mengenai topik ini Akan menjadi leb...
12 Resipi Paling Popular Rasa My Sepanjang 2020 Tahun Penuh Cabaran Buat Ramai Pandai Masak

12 Resipi Paling Popular Rasa My Sepanjang 2020 Tahun Penuh Cabaran Buat Ramai Pandai Masak

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 325 hits
Kurang 4 jam sahaja lagi tahun 2020 akan melabuhkan tirai dan 2021 bakal memulakan ceriteranya Setahun berlalu banyak pahit manis suka duka yang dirasa Ada kisah yang gembira tidak kurang juga mendukakan Awalannya kedatangan 2020 paling din...
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 479 hits
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan Hari terakhir untuk tahun ini sebelum memasuki tahun yang baru Tahun 2021 Semoga dengan kehadiran tahun yang baru memberi kita seribu kemanisan Kalau dulu kita selalu di berikan satu semangat ...
Disember Penutup Tahun 2020

Disember Penutup Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 374 hits
Sambungan dari DAY 279 Wow AES Speed Camera kembali berfungsi di Elite Highway arah selatan Meriah blink blink pagi tadi Mesti ada yang terkejut terpinga pinga tak sangka terkena pancaran cahaya yang tiba tiba Nasihat aku Jangan ikut rapat ...
10 Entry Blog Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020

10 Entry Blog Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 367 hits
10 Entry Blog Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020 hi there Tahun 2020 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa sehari lagi Dan sepanjang tahun ini banyak kenangan suka duka yang dilalui aku dan aku yakin kamu semua juga begit...
Jadi Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2020 Berikut 8 Fakta Yael Shelbia Model Asal Israel

Jadi Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2020 Berikut 8 Fakta Yael Shelbia Model Asal Israel

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 945 hits
Yael berhasil mengalahkan kandidat lain dari berbagai belahan dunia seperti Lisa BLACKPINK dan Millie Brown
6208 Kronologi Isu Kartel Seludup Daging Sejuk Beku Tahun 2020 Sinar Harian 30 12 2020

6208 Kronologi Isu Kartel Seludup Daging Sejuk Beku Tahun 2020 Sinar Harian 30 12 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 374 hits
Kronologi isu kartel seludup daging sejuk beku tahun 2020Artikel oleh Sinar HarianKRONOLOGI ISU KARTEL SELUDUP DAGING SEJUK BEKU TAHUN 2020
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

Ikiru Hotel A Harmonious Fusion Of Architecture And Nature

Johor Princes Switch To Corvette For Gt Races


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Nenek Siapa Asyik Melompat Be Like

Startups Vs Established Industries

Nasi Lemak Lobster Jb

Salam Rmadhan Kareem 1446 Hijrah

Selamat Pagi 1 Ramadan Melayan Taman Kecilku

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan