Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, masih belum terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua rakan-rakan dan pembaca

Sebenarnya agak lama juga aku biarkan blog ini bersawang, tiada artikel terbaru. Memandangkan aku memag agak sibuk dengan kerja dan juga persiapan menjelang Syawal. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan serba sedikit kisah aidilfitri 2024

{tocify} $title={KANDUNGAN}
CERITA AIDILFITRI 2024 #TEAMRAYAKEDAH#1 RAMADANAlhamdulillah, untuk Ramadan kali ini sememenagnya sungguh bermakna. Berjaya berpuasa penuh dan juga melakukan amal ibadah sebaik yang mungkin. Untuk Ramadan kali ini juga boleh dikatakan aku sangat kurang ke Bazar Ramadan. Mungkin kerana faktor harga yang agak melampau dan juga aku menerima banyak undangan ke majlis berbuka puasa


#2 MENJELANG SYAWALSekitar seminggu sebelum Syawal menjelma, aku sudahpun pulang ke kampung di Kulim, Kedah. Agak awal sebenarnya, tetapi memandangkan kebanyakan kerja boleh dibuat di rumah sahaja, jadi aku pulang lebih awal

Untuk perjalanan balik kampung kali ini aku menggunakan laluan yang agak berbeza berbanding sebelum-sebelum ini. Sebelum ini aku akan melalui Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Jalan Duta sehinggalah ke Seberang Jaya, dan kemudiannya Lebuhraya Butterworth-Kulim, tetapi kali ini sedikit berbeza ya


Masih bermula di Jalan Duta, tetapi aku memasuki Lebuhraya LATAR dan kemudiannya menuju ke Kuala Selangor dan seterusnya memasuki Lebuhraya Pantai Barat dan keluar di persimpangan Changkat Jering, menuju terus ke Seberang Jaya dan Lebuhraya Butterworth - Kulim. 

Aku memulakan perjalanan selepas waktu sahur, alhamdulillah, perjalanan sangat lancar, cuma di sekitar kawasan utara negeri Selangor ada beberapa lampu isyarat serta kenderaan semakin banyak di jalan persekutuan. Apabila masuk sahaja ke WCE, memang sangat lancar dan pemandangan yang betul-betul cantik


Perjalanan mengambil bermula jam 5.30 pagi dan alhamdulillah aku tiba di rumah ibu bapa aku sekitar jam 10.30 pagi. Alhamdulillah, dapat juga berbuka puasa bersama keluarga beberapa hari sebelum tibanya Syawal. 
#3 PERSIAPAN RAYA AIDILFITRI
Kepulangan seminggu awal pastinya adalah untuk membuat persiapan raya. Antara persiapan yang perlu adalah seperti baju raya baru, kuih raya, dan sebagainya. Untuk baju raya kali ini aku memakai baju melayu daripada JAKEL dan dibeli di cawangan Sungai Petani


Oh ya, sempat juga kami sekeluarga berbuka puasa di luar iaitu di Bendang Steambot yang terletak di Tikam Batu, Kedah. 
Untuk kuih raya pula, beberapa kuih raya dihasilkan sendiri seperti kuih samprit, tart nenas, simpul kasih, biskut coklat cip, dan juga kuih siput. Bahan-bahan untuk membuat kuih dibeli TF Value Mart Sungai Petani. Untuk hidangan wajib seperti ketupat daun palas, rendang ayam dan kari daging juga beberapa barangan dibeli awal


Kuih raya disiapkan dua hari sebelum raya manakala untuk hari sebelum raya adalah khas untuk ketupat dan rendang, serta membersihka rumah untuk menerima kunjungan tetamu. Beli belah terakhir pada malam raya pula dibuat untuk mencari dodol dan beberapa kuih raya lain


#4 HARI RAYA AIDILFITRIAlhamdulillah, tibalah hari yang dinantikan iaitu hari raya aidilfitri. Selepas menunaikan solat sunat hari raya, tibalah masa untuk berhari raya bersama keluarga. Sempat bergambar beramai-ramai sebelum bermulanya ziarah hari raya ke rumah sanak saudara di sekitar daerah Kulim dan Pulau Pinang


Untuk hari raya kedua pula, aku sekeluarga pulang ke kampung halaman sebelah bapa aku iaitu di Jitra, Kedah. Perjalanan untuk ke Jitra dari Kulim kebiasaannya mengambil masa 2 jam lebih tetapi kali ini hampir 5 jam barulah tiba di sana. Memang banyak kenderaan di lebuhraya. Selepas ke Jitra, dalam perjalanan balik kami singgah di Gurun juga untuk menziarahi keluarga ayah aku yang terletak di sana

Hari raya ketiga pula mak aku buat mee kari untuk tetamu yang datang. Alhamdulilah, ramai yang datang dan laku mee karinya

#5 ALHAMDULILLAHBerakhirnya cuti bermakna aku perlu pulang ke Lembah Klang. Hampir dua minggu lebih juga sebenarnya aku berada di kampung halaman. Ketika rayalah, aku dapat bertemu sanak saudara yang jauh, bertanya khabar dan sebagainya. Hari-hari biasa boleh sahaja untuk berjumpa, tetapi pasti ada yang bekerja dan sebagainya. Selain hari raya, mungkin ketika kenduri kahwin juga boleh bertemu. 

Untuk hari raya aidilfitri kali ini aku sangat bersyukur kerana dapat beraya bersama keluarga aku. Alhamdulillah, walaupun jauh perjalanan balik kampung, tetapi semuanya dilupakan apabila sedar bahawa ada ahli keluarga yang menanti kepulangan

Oleh itu, sekian sahaja kisah aidilfitri 2024. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Jumpa lagi di kisah aidilfitri tahun depan, in shaa Allah
SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/04/cerita-aidilfitri-2024-teamrayakedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Aidilfitri 1445h Cerita Balik Kampung Berhari Raya Tahun 2024 Cukup Bermakna

Salam Aidilfitri 1445h Cerita Balik Kampung Berhari Raya Tahun 2024 Cukup Bermakna

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 277 hits
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua sahabat dan pembaca blog picisan umi Fuzy ni Bila cakapa pasal hari raya pastinya kemeriahan terasa bila dapat balik kampung tak kisah kampung tu di mana walaupun kampung tu di Kuala Lumpur ...
Masak Bihun Soto Ayam Di Pagi Aidilfitri 2024

Masak Bihun Soto Ayam Di Pagi Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 256 hits
Hai korang Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua readers aku Thanks sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni Alhamdulillah dah selesai Ramadan Semoga dapat jumpa lagi Ramadan akan datang Malam raya aku baru pergi beli ba...
Salam Aidilfitri 1445 Hijrah 2024 Masihi

Salam Aidilfitri 1445 Hijrah 2024 Masihi

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 228 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu Bulan Syawal 1445 Hijrah pada tahun 2024 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadan Seluruh Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawa...
Contoh Caption Menarik Gambar Raya Boleh Anda Gunakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Contoh Caption Menarik Gambar Raya Boleh Anda Gunakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 354 hits
Kalau dah hari raya pastilah masing masing akan flex baju raya kan Jadi bila nak share ootd baju raya anda di Instagram kena lah ada caption yang menarik untuk gambar raya raya kan Jadi disini disenaraikan beberapa caption menarik caption l...
Contoh Pantun Raya Aidilfitri 2024 Lawak Dan Kreatif

Contoh Pantun Raya Aidilfitri 2024 Lawak Dan Kreatif

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 287 hits
Nak lebih meriah lebih kreatif sempena Lebaran tahun 2024 ini selain daripada ucapan salam apa kita bagi pantun raya pula Boleh kongsikan kepada keluarga dan rakan rakan yang mengenali diri kita Setiap tahun pasti meriah dengan dimana kita ...
Tol Percuma Sempena Aidilfitri 2024

Tol Percuma Sempena Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 338 hits
TOL PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI 2024 Assalammualaikum semua Ramadan hampir melabuhkan tirai dan meninggalkan kita Semoga puasa dan amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh Allah s w t Ramadan bakal dirindui dan di doakan kita...
Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 216 hits
Ahad lepas kelas Mijan datang berkunjung ke rumah untuk program marhaban Aidil Fitri Alhamdulillah Majlis berjalan lancar Untuk majlis tersebut Mama Yan masakkan mihun sup ayam goreng tepung nasi mentega dan rendang daging Air pula air sira...
Salam Aidilfitri 2024 1445h

Salam Aidilfitri 2024 1445h

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 171 hits
EID MUBARAK SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI TO ALL MINAL AIDIN WAL FAIDZIN Wishing you all a happy and peaceful Eid Ul Fitr and may ALLAH bless and reward all of you with the blessings of Heaven from home to home and heart to heart from one p...
Pre Raya Aidilfitri 2024

Pre Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 220 hits
Sedikit kenangan yang tertinggal sebelum berakhirnya Ramadan 1445H Gambar Sebelum Raya Sesi bergambar pre raya telah diadakan pada minggu lepas di tempat kerjaku Bab bergambar aku ok je tapi bila nak kena ikut tema berwarna maaf aku tak suk...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner