Tol Percuma Sempena Aidilfitri 2024


TOL PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI 2024 | Assalammualaikum semua! Ramadan hampir melabuhkan tirai dan meninggalkan kita. Semoga puasa dan amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh Allah s.w.t. Ramadan bakal dirindui dan di doakan kita dapat bertemu Ramadan pada tahun akan datang. InsyaAllah. 
Berbaki lagi beberapa hari, kita bakal meraikan bulan Syawal. Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Pastinya banyak persiapan sudah tersedia. Dari pakaian, dekorasi rumah, kuih raya dan hidangan pada pagi Syawal. Walau seronok dengan persiapan Aidilfitri, jangan lupa untuk persiapan pulang ke kampung halaman ya. 
Pastikan kenderaan sudah melakukan servis berkala, tambah nilai Touch N' Go dan bawa wang secukupnya untuk berbelanja di R&R. Sebelum memulakan perjalan pulang ke kampung, pastikan suiz elektrik ditutup, peralatan elektrik dikemas rapi, paip air ditutup, tingkap ditutup dan pintu dikunci sebelum bertolak. Utamakan keselamatan seisi keluarga tau. 
Raya kali ini, kerajaan juga memberi Tol PERCUMA selama dua hari. Jadi, tiada halangan untuk kita tidak pulang ke kampung walau poket nipis pada raya kali ini. Terima kasih untuk tol percuma. Syukur alhamdulillah. Ruby ambil petikan siaran media dari Kementerian Kerja Raya pada 28 Mac 2024 berkenaan tol percuma. Semoga Raya kali ini kita dapat berkumpul seisi keluarga dan meraikan Aidilfitri dengan insan tersayang. 

TOL PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI 2024

Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja iaitu pada 8 dan 9 April 2024 sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 April 2024 (Selasa) di mana Kerajaan perlu memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.60 juta.

Pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim. Tol percuma oleh Kerajaan ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia

MUAT TURUN APLIKASI PLUS
Dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini, jumlah kenderaan dijangka meningkat di kesemua jaringan lebuh raya. Bagi para pengguna lebuh raya Utara Selatan (PLUS), pengguna digalakkan untuk merancang perjalanan dengan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) dengan memuat turun aplikasi PLUS. Menerusi aplikasi ini, pengguna lebuh raya dapat memilih waktu perjalanan berdasarkan plaza tol masuk dan plaza tol keluar dan memilih waktu perjalanan yang bersesuaian



Kementerian Kerja Raya (KKR) turut memperkenalkan aplikasi aduan yang dikenali sebagai aplikasi MYJalan KKR berkonsepkan ‘No Wrong Door Policy’ di mana ia menerima semua jenis aduan berkaitan jalan raya seperti kerosakan, infrastruktur, termasuk jalan raya yang bukan di bawah seliaan KKR. Aduan-aduan tersebut akan disalurkan kepada pihak bertanggungjawab untuk diambil tindakan segera.

Justeru, bagi memaksimumkan keberkesanan penggunaan kedua-dua aplikasi ini dengan lebih efisien, KKR dan PLUS telah mengintegrasikan aplikasi MyPLUS-TTA ke dalam aplikasi MYJalan KKR dan sebaliknya. Para pengguna perlu memuat turun kedua-dua aplikasi ini dan kepada yang sudah muat turun perlu mengemaskini aplikasi-aplikasi tersebut bagi membolehkan penggunaannya. Integrasi aplikasi ini hanya dilaksanakan pada setiap musim cuti perayaan. 





Sebagai satu usaha bagi mengurangkan kesesakan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang melibatkan lokasi kesesakan kritikal untuk menambah kapasiti dan melancarkan aliran trafik

Bilangan ini termasuk 3 lokasi baharu berbanding 15 lokasi yang dilaksanakan Smart Lane semasa perayaan Tahun Baru Cina pada Februari yang lalu. Mengambil kira pandangan dan ulasan yang diberikan oleh pengguna lebuh raya semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lepas, LLM telah mengadakan sesi libat urus bersama syarikat konsesi dan mendapatkan pandangan daripada agensi seperti Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengenai penambahbaikan yang boleh diambil untuk pengaktifan Smart Lane seperti berikut :-

1. Pemasangan papan tanda peringatan pengaktifan Smart Lane di setiap sela 500 meter;

2. Pemasangan papan tanda amaran 200 meter sebelum Smart Lane bermula dan berakhir;

3. Pemasangan lampu indikasi smart lane (blinking light) setiap 1 km; dan

4. Paparan Mesej Elektronik/Variable Message System (VMS) mudah alih untuk memaklumkan pengguna mengenai pengaktifan/penamatan operasi Smart Lane.

LLM dan syarikat konsesi akan melaksanakan advokasi bersama pengguna lebuh raya menerusi perkongsian video dan infografik bagi memberi kesedaran berkenaan Smart Lane dan akan terus memantau keberkesanan tindakan penambahbaikan ini.

Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta.

Pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch 'n Go serta eWallet adalah mencukupi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/04/tol-percuma-sempena-aidilfitri-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Bersetuju Memberi Tol Percuma Pada 8 Dan 9 April Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan Bersetuju Memberi Tol Percuma Pada 8 Dan 9 April Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 225 hits
SEREMBAN Kerajaan bersetuju memberi tol percuma selama dua hari kepada kenderaan kelas satu sahaja pada 8 dan 9 April 2024 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 April ini Pengecualian tol ini dilaksanakan di semua plaza tol di selur...
Contoh Caption Menarik Gambar Raya Boleh Anda Gunakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Contoh Caption Menarik Gambar Raya Boleh Anda Gunakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 377 hits
Kalau dah hari raya pastilah masing masing akan flex baju raya kan Jadi bila nak share ootd baju raya anda di Instagram kena lah ada caption yang menarik untuk gambar raya raya kan Jadi disini disenaraikan beberapa caption menarik caption l...
Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 519 hits
Inilah masanya untuk melaram di hari raya ini Rakam detik istimewa bersama koleksi Larrie Hari Raya 2024 sepanjang Aidilfitri ini Larrie dengan bangganya memperkenalkan koleksi Hari Raya 2024 Untuk koleksi kali ini Larrie membawakan konsep ...
Salam Aidilfitri 1445 Hijrah 2024 Masihi

Salam Aidilfitri 1445 Hijrah 2024 Masihi

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 260 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu Bulan Syawal 1445 Hijrah pada tahun 2024 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadan Seluruh Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawa...
Pertandingan Inovasi Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024

Pertandingan Inovasi Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum wbt Perpustakaan Negara Malaysia menjemput sekolah sekolah menengah sekitar Putrajaya Kuala Lumpur dan Selangor untuk menyertai Pertandingan Inovasi sempena program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024 Imbas kod QR atau klik pauta...
Daftar Tol Diskon 20 Persen Selama Mudik Lebaran 2024

Daftar Tol Diskon 20 Persen Selama Mudik Lebaran 2024

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 209 hits
Menteri PUPR Basuki Hadimuljono mengatakan akan tersedia diskon tol selama mudik Lebaran Idulfitri 2024
Pembatasan Arus Lalulintas Di Jalan Tol Mulai 5 April 2024

Pembatasan Arus Lalulintas Di Jalan Tol Mulai 5 April 2024

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 208 hits
One way itu akan diberlakukan di KM 72 Cipali sampai KM 414 Tol Semarang Batang
Ramai Ambil Peluang Tol Percuma Aliran Trafik Mungkin Meningkat Di Lebuhraya

Ramai Ambil Peluang Tol Percuma Aliran Trafik Mungkin Meningkat Di Lebuhraya

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 239 hits
Jalan raya di bandar Kuala Lumpur mulai lengang dan sudah tidak terlalu banyak kenderaan seperti selalu Kebanyakan warga kota sudah berangkat pulang ke kampung halaman masing masing Artikel di portal melaporkan aliran trafik dijangka mening...
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri

4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 334 hits
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 43 Suasana hari raya Aidilfitri pada tahun ini adalah tidak lengkap jika tiada makanan yang enak dan lazat untuk dijamu bersama sama keluarga dan tetamu yang datang Antara rese...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi