Cempedak Mcflurry Vs Duriang Smoothie Mana Lebih Sedap



PERINGATAN: Review perbandingan ini tidak dibayar oleh mana-mana pihak McDonald's dan Tealive kerana tiada siapa akan ingin membayar blogger Melayu gemuk dan bermuka garang yang tidak mempunyai 30 ribu lebih followers untuk menulis review. Kesemua aiskrim dan smoothie ini 100% ditaja oleh penulis sendiri, oleh itu review perbandingan ini dijamin jujur 100% dan tidak fake seperti instafamous yang membeli followers dan likes untuk menaikkan nilai socmed mereka agar mudah mendapat tajaan.
Siapa dah tengok cerita "Another Life" dalam Netflix pasti rasa terpinga-pinga mengetahui bahawa buah rambutan dijadikan sebagai buah makhluk asing dari planet lain. Entah apa-apa orang putih ni... buah rambutan pun nampak menyeramkan bagi mereka. Adakah sebab ianya berbulu


Sebelum cerita ni, satu lagi cerita orang putih yang tak kurang hebat merapunya juga menampilkan buah dari Malaysia sebagai buah dari dunia jin. Kalau ada yang pernah tengok cerita "Supernatural" cross over dengan "Scooby Doo" (ya, memang ada... sila Google) dalam satu adegan tu Castiel membawa beberapa biji buah manggis dalam bungkusan kertas sambil mengatakan dia telah bertarung dengan beberapa jin serta dikahwinkan dengan ratu jin semata-mata nak mendapatkan buah Pokok Abadi di Syria. Bunyinya seolah-olah buah manggis ni buah yang sangat mistik dan menggerunkan


Agaknya jika orang putih ni tengok buah cempedak dan buah durian kita dijadikan pemanis mulut mesti mereka lagi gerun. Oleh itu mari kita gerunkan lagi dengan review pemanis mulut terbaru dari McDonald's dan Tealive berikut:
CEMPEDAK MCFLURRYRating: ★★★★★
Rasa dan bau cempedak memang kuat. Tapi sedap. Tahap kemanisan sama seperti Durian McFlurry, jadi tak berapa digalakkan bagi penghidap sakit kencing manis. Korek ke dalam lagi boleh jumpa serat cempedak. Aroma serta warna cempedak yang jelas dan padat seperti LRT yang penuh di waktu balik kerja. Tolong jangan makan aiskrim ini di dalam kereta atau LRT. Pening nak jelaskan kepada kawan orang putih nama cempedak dalam Bahasa Inggeris sebab dia ingat ini McFlurry Nangka. Apa-apa pun memang rasa nak ulang lagi makan Cempedak McFlurry ni sebab sedap. 
DURIANG SMOOTHIERating: ★★★☆☆
Ada dua kemungkinan pemanis mulut ini dinamakan Duriang Smoothie - pertama, ia berdasarkan sebutan durian dalam loghat Terengganu, dan kedua, ia merupakan gabungan perkataan 'durian' dan 'riang ria'. Disebabkan stok durian dah pupus di kebanyakan cawangan Tealive serata Kuala Lumpur, penulis bernasib baik dapat merasa Duriang Smoothie di Tealive cawangan Avenue K demi review yang tak ditaja ini. Harganya RM10.90, tapi boleh beli pada harga RM5.90 jika membayar melalui aplikasi Touch n Go e-Wallet. Jimat kan? Bau durian memang kuat jadi siapa nak minum smoothie ini harus pastikan anda tidak ada temujanji dengan sesiapa selepas itu. Melainkan anda nak merosakkan temujanji dengan orang yang tak disukai. Cuma apa yang rasa tak berapa riang ialah terlalu banyak krimer dan perisa vanilla dicampurkan sehingga rasa durian tenggelam. Ia lebih seperti meminum susu kocak berperisa vanilla dengan esen durian, walaupun memang nampak isi durian beku telah dicampurkan ke dalam gelas waktu smoothie disediakan. Tetapi amaun isi durian beku tersebut amat sedikit jika dibandingkan dengan amaun serat Cempedak McFlurry. Tak tahulah sekiranya memang sukatannya begitu atau staff Tealive tersebut yang kedekut. Disebabkan lebih rasa krimer yang lemak berkrim daripada rasa durian, memang cepat muak meminum smoothie ini. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/08/cempedak-mcflurry-vs-duriang-smoothie.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas Mana Lebih Baik

Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 902 hits
Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas Mana Lebih Baik Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan Betulkah...
Mana Nak Cari Makanan Yang Sedap Di Bazar Ramadan

Mana Nak Cari Makanan Yang Sedap Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 972 hits
Ah Ramadan menyapa lagi dan anda tahu maksudnya kan BAZAR RAMADAN Betul tu Bazar dengan makanan dan minuman yang enak enak belaka pasti buat perut anda makin berbunyi ketika bulan puasa ini Ramai yang sanggup bersesak sesak dan menghadap tr...
10 Hal Yang Lebih Ngagetin Dari Jumpscare Film Horor Mana Pun Tapi Kita Nggak Pernah Sadar Aja Sih

10 Hal Yang Lebih Ngagetin Dari Jumpscare Film Horor Mana Pun Tapi Kita Nggak Pernah Sadar Aja Sih

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 412 hits
Momen kaget yang sering banget kita alami meski jarang diobrolin Gampang banget bikin jantungan
Resepi Muffin Dan Air Smoothie Blueberry Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Muffin Dan Air Smoothie Blueberry Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 421 hits
hai assalammualaikumResepi Muffin Dan Air Smoothie Blueberry Yang Mudah Dan sedap Entry sebelum ni nad ada cerita manfaat tentang Highbush Blueberry tu kalau terlepas pandang korang boleh klik ni Macam tak sangka buah yang kecil tapi banyak...
Bisnes Air Balang Vs Katering Air Balang Mana Lebih Bagus

Bisnes Air Balang Vs Katering Air Balang Mana Lebih Bagus

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 587 hits
Ebook Bisnes Air Balang telah dikemaskini Ya Tuan Mizan Sulaiman penulis ebook Bisnes Air Balang telah mengemaskini ebook tulisan beliau
Mencuba Mcdonald Cempedak Mcflurry Dan Corn Pie

Mencuba Mcdonald Cempedak Mcflurry Dan Corn Pie

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 422 hits
Lunch tadi mama sempat Mencuba McDonald Cempedak McFlurry Dan Corn Pie Rasanya Ni menu baru sebab sebelum Ni mama Tak pernah nampak lagi menu Ni So alang alang beli di drive through McDonald tadi Dan nampak Ada promotion maka mama pun nak M...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia