Celebrate Christmas Eve And New Year S Buffet At Royale Chulan Bukit Bintang 2018
CELEBRATE CHRISTMAS EVE AND NEW YEAR'S BUFFET AT ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG - Amboiii tajuk omputeh sangat tau. Ni saja lah nak cerita. Baru-baru ini aku berpeluang mencuba Christmas Eve and New Year's Dinner Buffet di Royale Chulan Bukit Bintang di Sunflowers Brasserie dekat Level 1.
Seusai masuk ke Sunflowers Brasserie, aku teruja melihat menu yang pelbagai serta cantik-cantik belaka. Dengan hiasan Christmas yang sangat-sangatlah comel.
Bagi mereka yang ingin menyambut perayaan Hari Natal tapi tak ada idea nak sambut dimana, Royale Chulan Bukit Bintang ada menyediakan Christmas Eve & New Year's buffet. Banyak pilihan makanan dan pemanis mulut, yang tentunya dapat menaikkan semangat untuk korang meraikan perayaan
"Hari Krismas adalah tradisi di Royale Chulan Bukit Bintang dan kami raikan secara besar-besaran," kata Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang, Encik Mashor Din.
Haa dari apa yang diperkatakan pun, kita boleh tahu kan yang Christmas Eve And New Year's Buffet ni sangat best. Oh lupa nak bagitahu, dah nama pun Christmas Eve And New Year's. Jadi sempena Tahun Baru juga, korang boleh berkumpul dengan kawan-kawan dan keluarga sambil menikmati juadah buffet yang disediakan.
Ketua Chef, Chef Raja Kamaroszaman (dua dari kanan), bersama chef-chef lain yang terlibat menyediakan Christmas Eve And New Year's Buffet di Royale Chulan Bukit Bintang
Untuk pengetahuan semua, terlalu banyak menu yang disediakan oleh mereka. Dan yang pastinya, semua menu disediakan adalah HALAL 100%. Jadi jangan ragu-ragu ya? Nak tahu menu apa yang menarik
Korang yang suka mulakan dengan Pembuka Selera merangkap appetizer, menu yang akan aku share ni mungkin buat korang terliur.
Smoked Salmon with Citrus Mayonnaise
Poached Tiger Prawns and Mussels on Ice
Haaa! Itu baru je Pembuka Selera. Belum lagi Hot Dishes yang bakal menyebu dan mengenyangkan perut korang. Menu seperti Butter Rice, Oat Prawns, serta Teriyaki Beef on Grilled Pineapples antara yang terbaik. Kalau korang tak mahu makan nasi, korang boleh cuba Baked Lasagna with Seafood Tomato Sauce. Bukan itu saja, turut disediakan adalah Baked Stuffed Crab with Sitrus Sabayon dan Potato Croquettes, Brussels Sprouts, Tomato Provencal and Baby Carrots
Butter Rice
Teriyaki Beef on Grilled Pineapples
Oat Prawns
Dah sedap dengan pelbagai juadah masakanan panas, kita cuba pula makanan rasmi untuk Christmas Eve iaitu Roasted Turkey with Grape Honey Sauce dan Roasted Whole Lamb. Siapa yang tak suka? Aku siap tenung tajam je si ayam Turkey tu. Dah lah sedap.
Hidangan ini dihidangkan bersama Italian Herbs with Marinated Lamb with Grilled Vegetables, dan juga Hot BQ Sauce serta Mint Jelly. Mint Jelly memang sedap dimakan dengan makanan grill seperti ayam turkey dan kambing yang disediakan
Roasted Turkey with Grape Honey Sauce
Roasted Whole Lamb
Paling best bila aku nampak ada pelbagai jenis salad di kaunter. Kalau korang sukakan Caesar Salad, korang boleh buat Caesar Salad sendiri. Caesar Salad ini boleh pelbagaikan isi didalamnya, sangat flavourfull !
Untuk membuat Caesar Salad, telah disediakan pelbagai condinement seperti Mixed Lettuce, Chopped Parsley, Chopped Beef Bacon, Lime Juice, Parmesan Cheese, Chopped Anchovies, Egg, Olive Oil with Chopped Garlic, Shallots & Buttered Croutons.
Bukan sekadar Caesar Salad, malah pelbagai jenis salad yang tersedia. Pilih saja nak makan salad apa, serba serbi ada. Ada Roasted Chicken Salad, Greek Salad with Prawn, Green Mango Kerabu dan macam-macam lagi. Paling tempting bila aku tengok Marinated Octopus Salad. Ya Allah... ingat masa ni rasa nak makan lagi.
Selain itu, dalam pakej Christmas Eve And New Year's Buffet ada menyediakan pelbagai jenis pasta dengan pelbagai sos serta condinements di Pasta Corner. Antara sos yang tersedia adalah seperti Napolean Sauce, Bolognaise Sauce dan Carbonara Sauce. Boleh dimasukkan condinement seperti capsicum, capers, black olives, spring onions, chicken ham & cheese
Kalau korang teringin makan light-light je, ada juga Cream of Tomato Soup, juga Garlic Bread serta pelbagai jenis roti dan butter
Dah puas makan savuri, bolehlah layan dessert pula. Macam-macam dessert yang ada, mungkin takkan muat perut korang untuk rasa semua. Seriously! Memang rambang mata
Banyak kan? Memang pelbagai pilihan dessert yang menjadi pilihan. Aku asyik repeat dessert je sampai lupa aku tak boleh ambil gula terlalu banyak. Tapi, tak dapat kawal nafsu tengok dessert cantik tersusun rapi di kaunter
PILIHAN MENU DESSERT DI CHRISTMAS EVE AND NEW YEAR'S BUFFET● Christmas Fruit Cake● Vanilla Yule Log● Chocolate Yule log● Almond Stollen● Tiramisu in Shooter● Orange Cinnamon Savarin● Christmas Cookies● Panettone and Pandoro● Bitter Dark Chocolate Mousse in Chocolate Cup● Praline Cheese Cake● Mince Pies● Christmas French Pastry● Christmas Pudding with Vanilla Anglaise● Gingerbread Men● English Trifle ● Christmas Cinnamon Brulee● Assorted Puddings● Tropical Mix Fruits
Jadi, jika ada kelapangan, ajaklah kawan atau keluarga meluangkan masa bersama sambil menikmati pelbagai jenis makanan di Royale Chulan Bukit Bintang. Jom lihat promosi yang disediakan
PROMOTIONS DURING CHRISTMAS AND NEW YEARChristmas Eve Buffet Dinner24 December 2018Royale Ballroom, Level 27pm – 10.30pmRM128nett for adults RM70nett seniors and children
New Year Eve Buffet Dinner31 December 2018Royale Ballroom, Level 27pm – 10.30pmRM128nett for adults RM70nett seniors and children
OTHER PROMOTIONS DURING CHRISTMAS AND NEW YEAR : Christmas Eve Western Set Dinner24 December 2018Café Royale & Bar, Ground Level 7pm – 10.30pmRM108nett per person
Christmas Day Buffet Hi-Tea25 December 2018Sunflowers Brasserie, Level 1 12.30pm – 4.00pmRM78.00nett for adults RM48.00nett for seniors and children
New Year Eve Set Dinner31 December 2018Café Royale & Bar, Ground Level 7pm – 10.30pmRM108nett per person
New Year Day Buffet Hi-Tea1 January 2019Sunflowers Brasserie, Level 1 12.30pm – 4.00pmRM78.00nett for adultsRM48.00 for seniors and children
ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG17-21, Jalan Bukit Bintang,55100 Kuala Lumpur, Malaysia
TEL :03-2147 9898
WEBSITE : www.royale-chulan.com/BukitBintang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2018/11/celebrate-christmas-eve-and-new-years-buffet-royale-chulan-bukit-bintang.html