Colourful Christmas Buffet Dinner By Cititel Penang
Assalamualaikum.. Holla ~
Sambung lagi entri Christmas Buffet Dinner dan kali ini di Cititel Penang lah pulak. Kalau tak tau, Cititel Penang ni terletak di tengah-tengah kawasan "pekan" dan MZ memang suka sejenis hotel yang memang berada di tengah-tengah pekan ni. Kalau nak tau lokasi dia dekat mana, baca sampai habis. MZ ada kongsikan lokasinya
Lokasi untuk buffet kali ini ialah di Main Street Cafe, Cititel Penang. Kalau namanya Christmas, menu ayam turki mesti tidak dapat diabaikan kan ? Antara menu menarik yang disajikan kepada para pengunjung ialah Roasted Turkey with Cranberry and Giblet Sauce, Roast lamb Leg paired wwih crusty Roasted Sweet Potatoes (red & purple), Fresh Seafood on Ice (oyster, mussels, prawns and half shell scallop), Sushi (Torched Sushi with Soyu, Wasabi and Pickled Ginger), salad, Shellfish Bisque along with bread rolls and butter and Wok-fired prawns with salted egg
Dengar je dah menarik, apatah lagi merasainya sendiri. Ini antara menu yang simpan MZ snap untuk dijadikan tatapan mata dan menjadi halwa telinga tekak hampa. Sambil MZ edit gambar tadi, dah berapa kali MZ telan air liur. Teringat pulak juadah yang disediakan yang rata-ratanya memang sedap hamat
Selamat hari Natal untuk rakyat Malaysia yang meraikannya (in advance)
Ginger Bread jugak tidak lari dengan Christmas, tapi selain Ginger Bread di Cititel Penang jugak ada Christmas Tree Bread.. hehehe... rasa yang sama dengan Ginger Bread, cuma rupanya saja yang lain. Tiramisu in glass ni paling tersedap. Nampak tak betapa over nya MZ dalam mendifinasikan kesedapan Tiramisu in glass tu. Seriously memang sedap tak hengat !
Untuk menu pencuci mulut, antara yang dihidangkan ialah Christmas Pudding, Apple Tart, Yule Log, Eclaire, Brownies, Peach Crumble, dan Torched Creme Brulee
Selain yang MZ sebutkan diatas, ada jugak Osyter Gratin, Braised Red Cabbage with Apple, Brussels Sprout with Chestnut, Pilaf rice with green peas and Smoked Chicken and Salmon Head with Soy Sauce Reduction.
Tuan tanah tumpang lalu
Colourful Christmas Buffet Dinner ini cuma berharga RM89 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak, untuk warga emas pulak, hanya berharga RM62. Pada 23 December 2018, Christmas Eve Buffet Dinner akan bermula pada jam 6.30pm sehingga 9.30pm dan pada 24 December 2018 harganya ialah RM118 untuk dewasa dan RM59
Christmas Day Buffet Lunch pulak akan mula beroperai pada jam 12 tengah hari sehinggalah jam 3 petang pada 25 December 2018 dan cuma berharga RM60 untuk dewasa, RM30 untuk kanak-kanak dan RM42 untuk warga emas.
Untuk makan malam bersama keluarga, Christmas Day Buffet Dinner akan beroperasi pada 6.30 petang sehinggalah 9.45 malam pada 25 December 2018 tersebut. Harganya cuma, RM90 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak dan untuk warga emas cuma berharga RM63. Dan sepanjang makan malam tersebut, Carollers from The Boy's Bridge akan menghiburkan hampa dengan nyanyian yang harmoni
Cepat ! Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk meraikan bersama yang tersayang. Hubungi 04-2911128 (Main Street Cafe) untuk membuat tempahan. Dan segala harga adalah termasuk dengan 10% cas perkhidmatan dan 6% cukai perkhidmatan
Dan seperti yang MZ janjikan, MZ kongsikan lokasi Cititel Penang,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zafirahkama.com/2018/11/colourful-christmas-buffet-dinner-by.html