Untuk sampai ke pulau kapas hanya mengambil masa sekitar 10 minit dengan menaiki bot laju yang disewa dari pengusaha bot kepulau kapas.Pulau kapas merupakan salah satu tempat perlancungan yang terkenal. Pulau kapas merupakan sebuah pulau yang tiada penghuni.Banyak juga kemudahan yang disediakan oleh syarikat2 yang diberi amanah untuk perlancungan.Ada chalet,Ada surau,wakaf2 disediakan,tempat berkhemah,ada kedai makan yg mahal jualan nya,Kalau orang miskin memang tak payah pergi kepulau ni,Kalau nak pergi juga mesti bawa bekalan dari rumah,Kalau tak bawa bekal dari rumah memang tak mampu nak beli makanan kat pulau ni,Kebulur lah nanti..Mahal disini hanya kapada aku sahaja mungkin tidak kapada orang lain.
Pendapat aku tentang pulau kapas ialah,kita tak sepatutnya pergi sampai dua kali kepulau ni,sebab tak ada mender pun,Yang ada hanya pantai putih,air laut tu je yg ada,kemudahan macam nak tak nak sahaja,wakaf hanya ada beberapa buah sahaja,kemudahan tandas memang menyakitkan,tak ada air yg cukup..
Tambang bot pula berdasarkan kapada pakej yg kita ambik,Pada asas nya tambang bot ialah RM50,Pakej lain yg ditawarkan ialah snorkling,hiking dan beberapa lagi perkhidmatan,Setiap perkhidmatan itu dikenakan bayaran sebanyak RM10..,Syarikat bot yg aku ambik ialah Ombak kapas...ok perkhidmatan nya..Selain itu harga chalet untuk sewaan bergantung atas kecik besar chalet,mewah dengan yang biasa,mewah pun tak lah sekian mana,..
Syor aku ialah,sepatutnya pihak pengurusan buat trek untuk hiking dari sepanjang puncak pulau kapas yg panjang 2.4 km.Bina tempat persinggahan setiap 500 meter untuk berehat,selain tandas dan surau...Tu je lerrr dari aku..








|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |