Destinasi Bercuti Selepas Kebenaran Rentas Negeri
Assalamualakum dan salam sejahtera semua pembaca ummizarradotcom. Dah lama Nora tak kongsi cerita di sini. Tapi, bila berita gembira yang kerajaan umumkan baru-baru ini terdetik di hati Nora nak kongsikan apa yang Nora plan bersama family.
Selepas kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri pada 11 Oktober yang lalu, ramai yang teruja untuk pulang ke kampung dan bercuti. Begitu juga dengan Nora automatik text adik beradik dan mula merancang untuk berkumpul bersama.
Memandangkan Nora dan suami bekerja jadi, kami perlu rancang cuti kami untuk pulang ke kampung dan cuti-cuti bersama anak-anak. Maklumah dedua anak Nora membesar dalam tempoh pandemik. Bila kerajaan kata kita perlu lalui kehidupan di era endemik maka bersedialah kita untuk tempuhinya.
Doa yang baik-baik semoga semuanya akan pulih dan kita dapat nikmati kehidupan seperti sebelum Covid-19 melanda dunia.
So, bila kerajaan umum dah boleh rentas negeri, Nora dah ada 2 atau 3 perancangan untuk spend time bersama-sama dengan pergi jalan-jalan dan tidur dekat mana-mana Hotel dalam Malaysia ni dan Nora rancang buat masa ni nak bercuti di sekitar Port Dickson memandangkan dekat dengan tempat tinggal kami.
Nora rancang untuk stay hotel yang pernah kami menginap sebelum ni iaitu di Grand Lexis Port Dickson. Nora dan keluarga suka menginap di sini sebab ada private pool dan sangat sesuai untuk kami sekeluarga memandangkan mempunyai anak kecil. Walapun kerajaan telah umumkan boleh rentas negeri, bagi kami yang mempunyai anak kecil perasaan bimbang tetap ada atau senang kata kadar jangkitan tu tinggi sebab hanya kami suami isteri sahaja yang divaksin.
Grand Lexis Port Dickson merupakan hotel tumpuan rakyat Malaysia memandangkan di sini mempunyai kolam mandi tersendiri di setiap bilik mengikut kategorinya. Demi menjaga SOP dan keluarga tidak terlalu terdedah dengan orang ramai, hotel ini sangat recommended untuk bercuti bersama keluarga.
Buat mereka yang mempunyai anak kecil sangat sesuai menginap di Grand Lexis kerana mempunyai ruang bilik yang sangat besar dan selesa dilengkapi dengan dua katil besar serta kolam mandi di dalam bilik. Pasti anak-anak seronok bermain-main di dalam bilik serta boleh mandi kolam sampai puas bila-bila masa.
Slain itu, Nora juga ada merancang bersama suami untuk jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan Nora dah buat list beberapa Hotel sekitar Kuala Lumpur.
Bila menginap Hotel in Kuala Lumpur banyak lokasi dan destinasi percutian termasuk taman tema keluarga selain Nora boleh kunjungi saudara-mara serta rakan-rakan di tempat kerja lama.
Banyak pilihan Hotel di Kuala Lumpur yang mempunyai pool di mana boleh dikunjungi bersama keluarga dan mesra kanak-kanak. Jom tengok hotel khas untuk keluarga dan kanak-kanak.
PNB Perdana
Best menginap di sini sebab mempunyai saiz bilik yang besar dan lokasinya sesuai untuk yang ada anak kecil walaupun hotel ini sudah lama.
Hotel ini mempunyai swimming pool berbumbung dan ia memberi keselesaan dan keseronokan pada anak-anak walaupun ketika hujan.
2. Sunway Putra Hotel
Hotel ni merupakan hotel yang berada di dalam Sunway Mall. Jadi ia sangat menyeronokkan, sambil stay boleh shopping dalam tu saja. Abang Nora juga bekerja di hotel ini.
Mempunyai bilik yang luas. Untuk si kecil, boleh bawa mereka berseronok mandi di kolam renang kanak-kanak, atau bermain di mini playground hotel ini.
3. Furama Bukit Bintang
Hotel ini cukup mesra keluarga. Kalau menginap lama di sini boleh request untuk setup room (kena tambah harga). Bila setup bilik ni, korang boleh pilih untuk tema khas buat anak-anak korang dari segi cadar sampailah berus gigi.
Kolam renang di hotel ini sangat cantik dan menarik mampu memberi keseronokan pada anak-anak di tingkat 3 atau bermain di Wakaka Playland yang luas untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
Nora percaya banyak lagi destinasi menarik yang ada di negara kita yang belum kita terokai sepenuhnya. Nora juga ada menyimpan hasrat untuk mengembara dalam kumpulan kecil bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati panorama keindalam alam di Malaysia.
Dengan pembukaan sector pelancongan, sedikit sebanyak ia memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas. Sama-samalah kita merancakkan sektor pelancongan Negara kita sebagai inisiatif kita membantu mereka dalam sector pelancongan.
Melancong juga antara limpah rezeki dan punca pendapatan kepada pihak yang terbabit, dari pekerja premis penginapan, pemilik inap desa, penarik beca, pemandu pelancong, pengusaha kedai makanan dan minuman, beach boys dan ramai lagi.
Jadilah pelancong bertanggungjawab, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peliharalah keindahan destinasi pelancongan negara kita menjadikan percutian lebih santai dan meneroka destinasi alam semula jadi di luar kebiasaan adalah menjadi sesuatu yang kita perlu pelajari agar kita semua dapat tempuhi era endemik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ummizarra.com/2021/10/destinasi-bercuti-selepas-kebenaran.html