Catatan Seorang Bekas Menteri Menjelang Kuasa Kembali Kepada Pemiliknya Yang Sebenar




Hampir sukar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) YAB Tan Sri Mahyudin Yasin (TSMY) untuk mampu bertahan momentum kencang yang kini bertiup untuk mengembalikan hak dan mandat rakyat yang diberikan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU ke-14 lalu.Dengan ‘Power Grab’ yang dilakukan sekumpulan ‘pembelot’ dari Kabinet PH dengan kerjasama kelompok Pas-Umno, nyata ‘takdir-tadbir’ AlLah SWT telah mengalihkan bebanan pandemik COVID-19 dan segala dampak buruknya, dari bahu PH kepada puak PN.Saya ulangi sekali lagi ..saya seorang ‘Perpetual Optimist’ (Optimis Tegar) sentiasa memandang ‘hikmah’ disebalik sesuatu angkara dan musibah yang menimpa.Bayangkan, bagaimana Menteri Agama PH, andainya perlu menutup masjid-surau selama hampir 3 bulan dalam era PKP COVID-19?Lunyai dikerjakan menteri ini, yang kebetulan, sentiasa menjadi sasaran pembangkang. Sukar mengelak maki-hamun yang dihamburkan ke arahnya, setiap kali disambung penutupan masjid-surau. Yang salahnya DAP juga gamaknya.Begitu juga AlLah ‘selamatkan’ Menteri Kesihatan PH ini. Bayangkan juga, dengan 115 kematian sehingga kini, andainya Kerajaan PH terus memerintah, segala kata nista dan cemuhan jelek dipalitkan kerana kononnya, kebodohan-ketololan YBMK PH itu.AlhamdulilLah, AlLah selamatkan diri ini..!Pun begitu, padah ekonomi dan penderitaan rakyat, akibat perlaksanaan PKP bukan kepalang. Masak Menteri Kewangan dari DAP itu digulai pembangkang!Namun, disaat dan ketika PKP dan kini PKPB dalam proses diangkat semula, semakin jelas ‘Mandat’ yang diberikan kepada PH oleh Rakyat, adalah dalam rangka untuk dikembalikan kepada pemilik sebenarnya!Pastinya terlalu banyak yang mahu dinukilkan, mentelahan saya menyambung ‘puasa menulis-menerbit’, setelah graduate dari Madarasah Ramadhan 1441H.Saya kekang kehendak saya menulis meskipun banyak yang hendak dikongsikan. Maaf, seperti ahli politik lain, saya juga punya hak untuk bersuara dan menulis.Penulisan ini menyinggung perihal angin kencang Perubahan Kerajaan. Kalau sesuatu itu ada ‘sunnah’ atau hukum alamnya, maka juga sebegitu perjalanan Demokrasi. Susun-atur dan tata-kelola Demokrasi juga punya dinamika dan ciri-ciri tersendiri.Sesungguhnya, peranan Institusi Raja Berpelembagaan menaungi dan memastikan semua berjalan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan (FC).Mengimbau segera perjalanan serta mekanikisme peralihan kerajaan baru-baru ini, sayugia diingatkan semua, bahawa DYMM YDPA sememang di peruntukkan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan (FC) termaktub dalam Perkara 40(2)(a) untuk baginda pertimbangkan…”pada hemat atau pertimbangan Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahlinya.”Tegasnya, kuasa lantikan ini ialah kuasa budi bicara YDPA yang dijamin peruntukan FC!Ya, bukan tanggungjawab YDPA untuk meneliti dan menimbang ‘nawaitu’ setiap pemimpin atau Ahli Yang Berhormat, dalam membuat pendirian dalam pernyataan sokongan kepada mana-mana calon Perdana Menteri.Jauh lagi untuk menentukan samada berlaku ‘pengkhianatan’ atau ‘pembelotan’ ketika seseorang YB itu menyatakan pendiriannya.Tidak perlu juga ditanya atau dipertikaikan oleh YDPA, samada TSMY telah menandakan tangani perjanjian bersama dengan komponen parti-parti PH, untuk secara sepakat dan muafakat, memperjuangkan perjanjian misi dan objektif PH-PBBM dalam PRU ke-14 lalu.Tidak wajar untuk YDPA mempastikan samada TSMY telah menjalankan pelbagai langkah tipu-helah untuk mendapatkan Tun Dr Mahathir bersetuju untuk PBBM keluar dan tinggalkan Kerajaan PH, seperti video epik yang diterbitkan olih mantan Menteri Belia dan Sukan.Tidak wajar dan tidak releven samasekali untuk YDPA dipertanggungjawabkan dengan semua karenah dan ‘political intrigue’ yang melatarbelakangi pergolakan krisis politik itu.Begitu juga, Rakyat yakin DYMM YDPA akan terus menaungi dan menjamin kelancaran perjalanan demokrasi dalam proses pemulangan mandat, seterusnya nanti.Akhirnya, pada detik dan saat untuk dikembalikan mandat Rakyat kepada Pakatan Harapan, saya dengan rasa penuh tanggungjawab, ingin mempertegaskan beberapa peringatan buat diri ini dan pimpinan tertinggi PH.Demi menjaga kemurniaan perjuangan, visi dan matlamat yang sama-sama kita sepakati, amat mustahak untuk memastikan 2 (dua) jenis makhluk ini mesti disaring dari bersama gagasan ini:Pertama, Ahli2 Yang Berhormat yang terpalit pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pecah amanah dan sedang mendepani pelbagai tuduhan Mahkamah termasuk AMLA dan sebagainya.Kedua, Ahli2 Yang Berhormat yang jelas memiliki pegangan dan amalan doktrin pelampau perkauman dan ekstrim agama. Jelasnya ‘DNA’ ini tidak secucuk dengan perjuangan rakan-rakan kongsi PH, yang menganjurkan matlamat ‘Rahmatan lil ‘Aalamin (Rahmat Untuk Semua), bahkan berlawanan dengan konsep ‘lnklusiviti’ dan ‘Kemakmuran Bersama’ yang disepakati muafakat politik ini.Meskipun ‘cukup bilang’ jumlah Ahli Yang Berhormat dikatakan telah tercapai, bertambah mustahak untuk semua pihak, khasnya pimpinan tertinggi, untuk mengambil sedikit pencerahan siri pertama penulisan insan kerdil ini.AlLahu ‘Alam.Dr Dzulkefly AhmadPengarah Strategi Parti Amanah Negara,Ahli Parlimen Kuala Selangor.5 Jun 2020.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/catatan-seorang-bekas-menteri-menjelang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Sprm Terhadap Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng Amp Bekas Peguam Negara Tommy Thomas

Laporan Sprm Terhadap Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng Amp Bekas Peguam Negara Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 451 hits
Beberapa bahagian Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubun
Menyepak Bersatu Satu2nya Pilihan Umno Untuk Kembali Menduduki Kerusi Perdana Menteri

Menyepak Bersatu Satu2nya Pilihan Umno Untuk Kembali Menduduki Kerusi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 496 hits
Shahbudin Husin Pas melalui Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan semalam cuba meyakinkan bahawa kerjasama semua parti dalam Perikatan Nasional adalah mantap dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi PRU15 Tambah beliau segala spe...
Hiburan Pu Abu Rujuk Dalam Diam Dengan Bekas Isteri Hana Azraa Buka Cerita Sebenar

Hiburan Pu Abu Rujuk Dalam Diam Dengan Bekas Isteri Hana Azraa Buka Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 663 hits
Hana Azraa isteri kepada pendakwah bebas PU Abu tampil membuat pengakuan panas dalam entri terbaru di Instagram peribadi miliknya Ini berikutan masih ada netizen di luar sana yang membuat spekulasi mengenai status perkahwinan mereka berdua ...
Sah Timbalan Menteri Kerja Raya Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta

Sah Timbalan Menteri Kerja Raya Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 522 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa serta merta Dalam satu kenyataan hari ini Dr Shahruddin memaklumkan beliau telah membuat ...
Jangan Heret Negara Krisis Politik Hanya Kerana Seorang Yang Gila Kuasa Dan Mahu Menjadi Pm Kata Azmin

Jangan Heret Negara Krisis Politik Hanya Kerana Seorang Yang Gila Kuasa Dan Mahu Menjadi Pm Kata Azmin

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 357 hits
Spekulasi bertiup kencang mengatakan Pakatan Harapan memiliki sokongan majoriti ahli parlimen untuk mencabar kesahihan Kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat selepas kerajaan PH tumbang dalam krisis politik pada Februari lalu Bagaimana...
Kuasa Dan Perpecahan Jawatan Tertinggi Umno Kembali Menarik Minat

Kuasa Dan Perpecahan Jawatan Tertinggi Umno Kembali Menarik Minat

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Bibit perpecahan semakin merebak dalam Umno sewaktu pemimpin parti berebut jawatan tertinggi hanya 2 bulan selepas parti itu kembali berkuasa berikutan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari Sumber dalaman parti memb...
Persiapan Seorang Wanita T Menteri Pembangunan Wanita

Persiapan Seorang Wanita T Menteri Pembangunan Wanita

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 371 hits
Wanita adalah Suri Ummah Siti ZailahAPABILA berbicara menggenai peranan wanita sesungguhnya mereka sangat penting Malah jika dilihat terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan betapa besarnya peranan ibu dalam memastikan kesihatan dan ke...
Kata Ada 129 Bila Seorang Timbalan Menteri Letak Jawatan 129 1 Jadi 110 Stupid Ph

Kata Ada 129 Bila Seorang Timbalan Menteri Letak Jawatan 129 1 Jadi 110 Stupid Ph

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 407 hits
Jumaat Khabarnya Isnin hari tu ada kejutan peristiwa besar PH sudah ada 129 sokongan Lepas Isnin berakhir di khabarkan mula minggu ni ada kejutan PH ada 129 sokongan Gambar Anwat jumpa Agung dan TunM nak pergi Istana ditular Biarpun gambar ...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai My Light Chord

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog