Jangan Heret Negara Krisis Politik Hanya Kerana Seorang Yang Gila Kuasa Dan Mahu Menjadi Pm Kata Azmin

Spekulasi bertiup kencang mengatakan Pakatan Harapan (PH) memiliki  sokongan majoriti ahli parlimen untuk mencabar kesahihan Kerajaan  Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat, selepas kerajaan PH tumbang  dalam krisis politik pada Februari lalu.
Bagaimanapun, menteri  kanan Mohamed Azmin Ali, yang memainkan peranan penting dalam kejatuhan  kerajaan sebelum ini, mendakwa tidak tahu menahu bahawa PH dan Warisan  mempunyai sokongan 129 anggota parlimen.
Bercakap di Alor Star,  Kedah hari ini, beliau berkata perhatian harus diberikan kepada rakyat  dan bukannya mengheret negara dalam satu lagi krisis politik.
"Kita  tidak patut diheret ke satu lagi krisis politik dan dijadikan mangsa  hanya kerana seorang yang gila kuasa dan mahu menjadi perdana menteri,"  katanya pada sidang media.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan Azmin itu dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.			

				Beliau  berkata, PN tidak boleh dipersalahkan atas perubahan kerajaan apabila  Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri pada  Februari lalu. 
Katanya, titah Yang Di-pertuan Agong dalam  perasmian pembukaan Parlimen baru-baru ini juga jelas menunjukkan krisis  itu berpunca daripada peletakan jawatan Mahathir.
"Walaupun, Agong meminta Mahathir untuk kekal sebagai PM, Mahathir menegaskan mahu letak jawatan," tambahnya.
Susulan  kekosongan jawatan perdana menteri, Azmin berkata Agong menjalankan  tanggungjawab baginda selaras Perlembagaan Persekutuan untuk melantik  pengganti.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia menjalankan tugasnya  secara terbuka, telus dan jujur. Agong mempunyai kuasa untuk melantik  seorang PM yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.
"Baginda berpuas hati bahawa (Presiden Bersatu) Muhyiddin (Yassin) memiliki majoriti," tambahnya.			

				Mengikut  susuna kerusi di Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu, Muhyiddin mempunyai 113  sokongan ahli parlimen iaitu kelebihan dua kerusi.
Dewan Rakyat memiliki seramai 222 anggota parlimen.
Bersatu  kini berpecah kepada dua - satu kumpulan memihak kepada Muhyiddin, dan  satu lagi berpihak kepada Mahathir yang masih bersama PH.
Mahathir merupakan pengerusi parti itu dan anaknya Mukhriz Mahathir adalah timbalan presiden.
Kerajaan  PH tumbang selepas Azmin dan sembilan ahli parlimen dari PKR keluar  daripada parti itu, manakala Muhyiddin menarik balik sokongan terhadap  PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
Muhyiddin kemudian dilantik sebagai perdana menteri kelapan pada 2 Mac dengan menubuhkan kerajaan PN bersama BN dan PAS. 
Gabungan itu turut disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Parti Sabah.
MR :  Tak payah layan, fokus kepada kepentingan dan kebajikan rakyat pasti rakyat akan sokong kerajaan PN
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/jangan-heret-negara-krisis-politik.html