Catatan Hujung Minggu Sabtu 14 Oktober 2023


[Catatan Hari Sabtu, 14 Oktober 2023]
Semalam merupakan hari yang sangat meletihkan, saya dan Encik Suami keluar rumah pada waktu pagi dan kembali pada waktu malam.

KE PERLIS BALIK HARIKami pergi dan balik hari ke negeri Perlis dengan perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam sehala dari rumah di Pulau Pinang (PP). Syukur perjalanan pergi dan baliknya lancar tanpa sebarang kesesakan teruk. Mungkin sebab kami melakukan perjalanan pada hari Sabtu, kalau hari Ahad biasanya keadaan trafik di lebuh raya menjadi lebih sesak

Sekitar pukul 11.30 pagi, kami tiba di pintu gerbang negeri Perlis

Panorama indah di suatu tempat di Perlis

Urusan kami selesai sekitar pukul 1 tengah hari. Sebelum kembali ke PP, kami singgah di sebuah kedai makan yang terletak di Padang Besar untuk menikmati hidangan tengah hari

Buat kali pertama saya mencuba hidangan Tom Yam Kelapa Muda, iaitu masakan tom yam yang dicampur dengan air kelapa muda serta isi kelapa muda dan dihidangkan pula dalam buah kelapa muda. Rasanya sama saja macam tom yam biasa tu, cuma ada tambahan isi kelapa muda. Sedaplah menurut cita rasa saya

Pagi semalam juga merupakan hari bersejarah bagi pelakon sitkom terkenal Pi Mai Pi Mai Tang Tu, iaitu Sabri Yunus dan Angeline Tan yang telah dinikahkan oleh Mufti Perlis, Dr. MAZA. Upacara pernikahan mereka yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook Dr. MAZA itu juga menyaksikan perkara baru buat saya, iaitu akad nikah dijalankan tanpa perlu berjabat tangan di antara juru nikah dan pengantin lelaki dan juga tiada ucapan penerimaan akad yang panjang oleh pengantin lelaki. Semuanya ringkas dan sangat mudah

Untuk pengetahuan kita bersama - tidak bersalaman ketika menyebut lafaz akad nikah adalah sah disisi syarak. Ini kerana syarat sah lafaz akad nikah hanya dengan menyebut lafaz ijab dan qabul dan bersertakan kalimah kahwin atau nikah sahaja. [sumber sahih : muftiwp.gov.my]



KLIPPA SHOPPING CENTRE @ IKEA BATU KAWAN, PULAU PINANGKami sampai di PP pada waktu lewat petang, kami tak terus balik ke rumah tetapi menuju ke Klippa Shopping Centre @ IKEA Batu Kawan untuk ke Harvey Norman

Masih ingat cerita saya membeli Philips Induction Cooker di Harvey Norman pada bulan lepas? Entrinya DI SINI. Nampaknya prestasi induction cooker jenama Philips ni lebih teruk berbanding Tefal sebab baru sahaja saya gunakan selama beberapa minggu tapi dah timbul masalah ☹️
Butang pelarasan suhu memasaknya tak berfungsi. Tak boleh nak tekan + atau -. Tapi tetap jua saya bersyukur kerana masalah timbul semasa dalam tempoh waranti. Staf Harvey Norman memaklumkan urusan baik pulih mengambil masa 2-3 minggu. Nampaknya selama tempoh tersebut saya perlu memasak menggunakan alatan dapur yang lain, iaitu air fryer, pressure cooker dan microwave. 
Selesai urusan di Harvey Norman, kami makan malam di sebuah restoran masakan Cina Muslim yang berasal dari NingXia, China. Kami memesan sepiring mi dan pau, kongsi berdua supaya tak kenyang sangat

Selepas makan, kami menunaikan solat di sini. Saya ambil masa lama sedikit sebab ruang solat penuh sesak dengan pengunjung, perlu menunggu giliran untuk ambil wudhuk dan dapatkan ruang tempat solat. Tempatnya selesa tetapi terasa sedikit berbahang

Alhamdulillah selesai solat badan rasa sedikit segar, terus sambung masuk ruang pameran IKEA pulak 😀. Kami membelek sofa dan meja makan di sini, cari idea untuk rumah seterusnya. Setakat cari idea jelah, sofa dan meja makan yang saya berkenan semuanya buat ternganga mulut bila tengok harga. Encik Suami kata cita rasa saya tinggi sangat, berkenan pada barang berharga tinggi je 😅
Sebelum bergerak balik rumah, saya ajak Encik Suami ngopi dulu di Swedish Cafe @ IKEA. Kami beli sepotong kek dan secawan Caramel Latte panas kongsi berdua

Dalam perjalanan dari pintu keluar bangunan menuju ke kereta kami, mata saya terpandang pulak kesalahan ejaan pada papan tanda di atas. Siapalah punya kerja ni tak semak dengan teliti. Tak sangka pulak nama besar seperti IKEA boleh lepaskan kesilapan begini. Mungkin benda kecik, tapi nampak mencacatkan pemandangan

Gitu gini ke sana ke sini seharian di dua buah negeri, akhirnya kami selamat sampai di rumah sekitar pukul 10.30 malam. Alhamdulillah









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/10/catatan-hujung-minggu-sabtu-14-oktober.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjaya Di Kementerian Pengangkutan Malaysia Yang Boleh Dimohon Sehingga 18 Oktober 2023

Kerjaya Di Kementerian Pengangkutan Malaysia Yang Boleh Dimohon Sehingga 18 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 333 hits
Kerjaya di Kementerian Pengangkutan Malaysia kini membuka pintu untuk anda dalam memohon pelbagai jawatan yang menarik sehingga 18 Oktober 2023 Satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh para graduan dan mereka yang berminat untuk berkhi...
Analisis Emas Untuk 9 Oktober 2023 Jurang Di Atas Zon Pengukuhan

Analisis Emas Untuk 9 Oktober 2023 Jurang Di Atas Zon Pengukuhan

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 242 hits
Analisis teknikal Emas telah diniagakan menaik pagi ini dan saya mendapati jurang melalui pengukuhan tinggi yang merupakan tanda bahawa pembeli berada dalam kawalan Bagaimanapun terdapat zon rintangan utama 1 857 1 862 yang akan menjadi kri...
Peluang Kerjaya Kpm Bulan Oktober Tahun 2023

Peluang Kerjaya Kpm Bulan Oktober Tahun 2023

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 236 hits
Peluang Kerjaya KPM Bulan Oktober Tahun 2023 27 Peluang Kerjaya KPM kini kembali membuka peluang kepada individu yang berminat untuk bersama kementerian yang menguruskan perihal pendidikan Jika anda mencari peluang kerjaya yang menjanjikan ...
Diskaun Ptptn Tidak Diteruskan Bermula Oktober 2023

Diskaun Ptptn Tidak Diteruskan Bermula Oktober 2023

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 423 hits
Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan Bermula Oktober 2023 7 Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan bahawa pemberian diskaun PTPTN pembayaran balik tidak akan diteruskan bermula Oktober 2023 Keputusan ini telah mengejutkan banyak peminjam...
Lukas Enembe Sakit Sidang Putusan Ditunda Hingga 19 Oktober 2023

Lukas Enembe Sakit Sidang Putusan Ditunda Hingga 19 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 342 hits
Sidang putusan Lukas ditunda dikarenakan terdakwa jatuh dari kamar mandi rutan KPK
Senarai Lagu Melayu Oktober 2023

Senarai Lagu Melayu Oktober 2023

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 336 hits
Senarai Lagu Melayu Oktober 2023Senarai Lagu Melayu Oktober 2023 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Dah masuk bulan Ogos MOMI akan kemaskini senarai lagu lagu baru pada bulan Oktober 2023 Untuk bulan Oktober ini pelbagai lagu melayu baru ...
Pengambilan Kerja Keretapi Ktmb Bagi Ambilan Bulan Oktober 2023

Pengambilan Kerja Keretapi Ktmb Bagi Ambilan Bulan Oktober 2023

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 287 hits
Pengambilan Kerja Keretapi KTMB Bagi Ambilan Bulan Oktober 2023 23 Makluman kepada semua rakyat Malaysia yang masih mencari pekerjaan Kami kongikan satu maklumat terkini iaitu pengambilan kerja keretapi KTMB bagi bulan Oktober Makluman ini ...
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 Lelaki Dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 Lelaki Dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 206 hits
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Lelaki dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023 21 Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 telah dibuka kepada umum untuk dibuat permohonan Perkara ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak ...
Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober 2023

Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 344 hits
Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober pada setiap tahun adalah kempen kesedaran kesihatan Mental sedunia yang dikhususkan demi pendidikan global serta kesedaran dan advokasi terhadap stigma sosial berdekatan Ia pertama kali disambut pada...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf