Dari rumah di PP kami melalui Lebuhraya Pantai Barat untuk menuju ke destinasi. Laluan yang lengang dan tenang. Ada sekali saya nampak sekumpulan monyet memenuhi laluan bertentangan. Bahaya kepada monyet dan kepada kita pengguna jalan raya
Sampai ke destinasi kami di Hutan Melintang. Kami menginap satu malam di Hotel Lagenda. Tak begitu banyak pilihan penginapan di sini, jadi ambil saja mana-mana yang ada banyak ulasan baik di internet. Selepas menginap di sini, saya beri tiga bintang je sebab kebersihan bilik air yang tidak memuaskan dan aliran air di sinki tidak lancar. Ada sebuah kedai makan Muslim (Restoran Lagenda Ayam Kampung) di bangunan sebelah, mudahlah kalau nak pergi makan yang berdekatan dengan berjalan kaki je
Kami makan malam di kedai makan Nasi Lemak Din Canai. Terdapat pelbagai pilihan makanan. Pilihan kami - mi bandung dan kue tiaw goreng. Servis di sini mesra dan pantas. Kedainya nampak bersih dan makanan pilihan kami memenuhi cita rasa
Sarapan pagi kami pula di sebuah kedai makan yang saya tak pasti apa namanya. Ada pilihan nasi lemak hijau, mihun goreng, lontong, roti canai dan kuih-muih. Sebagai penggemar nasi lemak, tentunya pilihan utama saya nasi lemak hijau. Memang sedap rasa nasi lemak dan sambalnya. Setiap set turut diberi potongan telur dadar. Saya ambil juga kuih karipap, pun sedap rasanya dan inti penuh. Memang puas hati makan di sini
Inilah rupa luar kedai. Ada beberapa papan tanda di tepi kedai, jadinya tak pasti mana satu papan tanda sebenar. Tapi kalau di Google Maps boleh buat carian ‘Zura Nasi Lemak Hijau’. Kedai makan ni beroperasi waktu pagi sehingga tengah hari sahaja
Dari pekan Hutan Melintang, kami menuju ke pekan Bagan Datuk pula. Tujuan kami ke pekan Bagan Datuk cuma nak melihat-lihat tempat yang belum pernah kami kunjungi. Masa ni encik suami dah habis kerja dan selesai menunaikan solat Jumaat
Hasil pemerhatian seterusnya, saya dapati di sini orang-orang bebas menanam di bahu jalan. Ada pokok betik yang tinggi dan ada yang rendang tapi berbuah lebat|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |