Carilah Pengalaman Bekerja Di Luar Negara




 Zainuddin Omar


Pada pendapat saya tiada masalah seseorang professional untuk bekerja di luar negara jika mendapat peluang yang lebih baik. 


Semasa trip ke Morocco saya terserempak dengan seorang jurutera kita yang bekerja di Russia dalam bidang O&G dan seorang yang bekerja dengan Aramco di Riyadh bahagian engin turbine. 


Pernah saya terserempak dalam kapalterbang dengan seorang pemuda Melayu menuju ke Panama bahagian perkapalan dan seorang lagi ke Equatorial Guinea bahagian pembalakan di Addis Ababa Ethiopia. 


Jika ada peluang, sambut jangan lepaskan peluang bekerja di luar negara. 


Nanti dah tua dan dapat banyak pengalaman, balik ke Malaysia untuk berkhidmat di tanah air.  


Tiada isu 'Kapal dah Karam'. 


***
Pakar nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah meluahkan kebimbangan terhadap masa depan sektor kesihatan awam di negara ini selepas sepupunya, yang juga seorang doktor hospital kerajaan, memutuskan untuk menerima tawaran kerja di New Zealand.


Dalam satu hantaran di Facebook semalam bertajuk “Selamat Tinggal KKM”, Dr Rafidah menyifatkan sepupunya sebagai seorang doktor yang “rajin dan berdedikasi”.


"Ibu beliau pesara Guru, arwah ayah seorang pegawai tinggi kerajaan (PTD).


"Beliau bekerja di Jabatan Kecemasan dan sudah hampir tamat program kepakaran parallel beliau," kata Rafidah.


Merujuk kepada cadangan sistem syif Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang kini telah dibatalkan, Rafidah berkata:


"Di Jabatan Kecemasan, mereka bekerja syif. Sama seperti paramedik, mereka disuruh bekerja 45 jam. Tambah jam. Tidak diberi kesempatan memberi pendapat, tiada libat urus - tahu-tahu suruh implementasi di lapangan,” luahnya.


Dr Rafidah berkata, apabila menerima tawaran bekerja di New Zealand sebagai registrar, sepupunya tidak teragak-agak untuk meninggalkan KKM.


"Ramai yang dah meninggalkan (KKM). Jika ini bukan tanda kapal karam, saya tak tahu apa lagi yang perlu dikatakan.


"Dia tidak rugi, saya tidak rugi (sebab boleh jalan-jalan). Yang rugi, adalah rakyat Malaysia,” tambahnya.


Kontroversi Waktu Bekerja Berlainan (WBB)


Minggu lalu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menegaskan dia masih komited pada prinsip dan objektif di sebalik cadangan sistem syif Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk kakitangan kesihatan.


“Ramai orang enak di katil ketika doktor menjalankan tugas pada waktu begitu.


“Ini bukan mengenai kejayaan atau kegagalan peribadi. Ini mengenai mencari jalan terbaik untuk pekerja penjagaan kesihatan dan negara," katanya kepada FMT.


Pada 17 Januari lalu, satu sesi town hall oleh Kementerian Kesihatan diadakan, di mana kakitangan kesihatan menyatakan bantahan keras terhadap pelaksanaan sistem WBB.


Sebahagian mereka mendesak Dzulkefly dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan meletakkan jawatan, manakala ada juga yang mencadangkan mogok sebagai tanda protes.


Mereka menyuarakan kebimbangan mengenai potongan gaji akibat sistem baru tersebut serta kekurangan fleksibiliti, selain kesan negatif WBB terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan mereka.


Pada 24 Jan, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengadakan pertemuan dengan Dzulkefly dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu-isu yang membelenggu pekerja kesihatan serta sistem kesihatan awam.


Presiden MMA, Dr Kalwinder Singh Khaira berkata salah satu topik utama yang dibincangkan ialah cadangan dasar WBB.


“Berdasarkan maklum balas daripada ahli-ahli kami serta petugas kesihatan lain, MMA memberikan penjelasan komprehensif mengenai kebimbangan dan keraguan terhadap sistem WBB. Secara umumnya, doktor kesihatan awam tidak menyokong atau bersetuju dengan pelaksanaannya,” katanya.


MMA juga mengulangi gesaan agar elaun on-call bagi semua doktor dalam perkhidmatan awam dinaikkan segera.


“Kami menegaskan bahawa kenaikan ini mesti diberikan kepada semua doktor dan tidak dikaitkan dengan mana-mana sistem kerja tertentu. Ini adalah sesuatu yang telah diharapkan oleh doktor dalam perkhidmatan awam sejak tahun lalu dan mereka masih berharap kerajaan menunaikan janji tersebut,” tambahnya.


Kalwinder juga menegaskan keperluan untuk ketelusan dalam pemberian jawatan tetap kepada doktor kontrak.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/carilah-pengalaman-bekerja-di-luar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmx Yang Kuat Bekerja Demi Kemajuan Negara Dan Rakyat

Pmx Yang Kuat Bekerja Demi Kemajuan Negara Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 161 hits
Fairul Al QasasBaru semalam sampai Malaysia terus hari ni Mesyuarat Kabinet Kita ada PM yang kuat integriti kepada tugas amanah dan rajin Nikmat apa lagi yang ingin kau nafikan Mat SabuMenghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini yang dipen...
Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diitiraf Oleh Jakim

Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diitiraf Oleh Jakim

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 255 hits
Untuk pengetahuan ini merupakan senarai penuh logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk tahun 2021 Senarai ini dikongsikan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri di lam...
Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 180 hits
KERAJAAN diminta untuk terus mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara selain mengekalkan hubungan diplomatik yang baik Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kerajaan perlu tuntas dalam menangani isu membabitkan kedaulatan ne...
Terengganu Disyaki Seludup Motosikal Dari Negara Jiran Seorang Lelaki Ditahan

Terengganu Disyaki Seludup Motosikal Dari Negara Jiran Seorang Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 169 hits
BernamaPolis menahan seorang lelaki semalam dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran Foto Facebook Polis TerengganuJERTEH Polis menahan seorang lelaki semalam dipercayai menyeludup masuk motosika...
Jelajahi Dunia Lewat Piring Jenis Jenis Makan Siang Di Berbagai Negara

Jelajahi Dunia Lewat Piring Jenis Jenis Makan Siang Di Berbagai Negara

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 229 hits
Siapa bilang berpetualang harus ke luar negeri Kamu bisa menjelajah dunia lewat jenis jenis makan siang di berbagai negara Dari nasi jollof Nigeria hingga borscht Ukraina makan siang jadi salah satu hal paling seru Baik untuk anak anak samp...
Hiburan Aset Negara Tu Ramai Terkilan Pelajar Terbaik Bidang Perakaunan Maut Kemalangan Di Bukit Ampang

Hiburan Aset Negara Tu Ramai Terkilan Pelajar Terbaik Bidang Perakaunan Maut Kemalangan Di Bukit Ampang

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 219 hits
Sejak semalam kemalangan maut yang membabitkan sebuah Perodua Alza dan beberapa buah motosikal di Jalan Hulu Langat menjadi bualan ramai di media sosial Kemalangan itu mendapat perhatian ramai apabila mangsa yang maut merupakan seorang pela...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran