Carilah Makanan Paling Suci Mengikut Surah Al Kahfi
DAJAL : GMO, MSG, ARTIFICIAL FLAVORED, SINTETIK DRUGS, ….
Allah SWT berfirman:
وَكَذٰلِكَ بَعَثْنٰهُمْ لِيَتَسَآءَلُوا بَيْنَهُمْ ۚ قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوٓا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هٰذِهِۦٓ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنْظُرْ أَيُّهَآ أَزْكٰى طَعَامًا فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا
wa kazaalika ba’asnaahum liyatasaaa`aluu bainahum, qoola qooo`ilum min-hum kam labistum, qooluu labisnaa yauman au ba’dho yauum, qooluu robbukum a’lamu bimaa labistum, fab’asuuu ahadakum biwariqikum haazihiii ilal-madiinati falyanzhur ayyuhaaa azkaa tho’aaman falya`tikum birizqim min-hu walyatalaththof wa laa yusy’ironna bikum ahadaa
“Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? (sebahagian dari) mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.”
(QS. Al-Kahf 18: Ayat 19)
Pernah baca ke surah Al Kahfi ? Semua tahu, setiap hari jumaat kita kena baca, eh rasulullah kata baca surah ni kalau nak elak fitnah dajjal. Hahaha, kalau tak sempat baca 10 yang awal takpun 10 yang akhir. Kita pun baca, baca, tapi sayang , kebanyakkan baca pun baca arab je, asal sedap telinga, tanpa nak tahu pun apa yang sebenarnya clue, hidden message yang Allah nak bagi kepada manusia.
Tapi dalam cerita pemuda alkahfi ni, setelah dibangunkan dari tidur yang lama, Allah suruh seorang dari mereka pergi kepasar, membeli makanan dengan wang perak. Kalau pasal pendapat wang perak ni, selalu je dengar. Tapi bab makanan ni aku tak pernah dengar sampailah aku terdengar sheikh imran kata pasal purest food. Aku pun buat sikit penelitian, cari roots word pure ni dalam ayat tuh. Oh root dia mcm dalam gambar tuh. Ok, root word dia ni sama dengan perkataan zakat, mensucikan harta, cari pasal root word ni, banyak dalam quran. Semuanya tentang penyucian jiwa.
Jadi korang pernah tanya tak ? Apa kaitan purest food ni dengan Akhir zaman kito nih ? Hahaha dulu zaman rasulullah mungkin takde, tapi masuk era dajjal ni, korang semua dah didedahkan dengan macam macam makanan, yang katanya halal, tapi sebenarnya dah rosak, ada msg, gmo, dan macam macam lagi. Pastu pulak budak budak kita suka makan jajan. Memang merosakkan badan, dan paling sedih, makanan tak elok ni punca banyak penyakit kanser . Hadoi.
Lepas tuh pulak, nak ajar makan sayur buah nasi, lagilah sukar zaman sekarang. Nasi dulu tak sama dengan sekarang. Buah dulu zat dah kurang. Sayur pun dah kurang zat, tambah lagi dengan gmo, haih, memang cabaran sungguh. Ayam pun suntik, nak cepat. Boleh kata lah semua makanan kita sekarang ni tak cukup zat.
Benda ni kita takkan ada kesedaran kalau takde ilmu tentang diet permakanan, nutrisi, sains, dan juga quran. Untung jugak saya dan isteri Ainul Fadzilah Mustafa terjebak buat Shaklee. Ok kita tahu suplemen ni memang pure dan natural. Tapi sebenarnya bila buat Shaklee, kitorang diberikan kesedaran tentang permakanan yang sihat. Pasal gmo, eat clean, makanan gula putih, jajan. Lagi sekarang kat rumah terus pakai gula organik. Hahaha, lepas ni kena improve lagi untuk dapatkan permakanan yang terbaik,
Nak lagi best, pergi buat ladang sendiri, kawal semuanya dari A sampai Z , hehehe. Oklah sahaja untuk kali nih.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/carilah-makanan-paling-suci-mengikut-surah-al-kahfi/