Kepentingan Surah Al Kahfi Agar Terhindar Dari Fitnah Dajjal
Surah al-Kahfi Dan Maksudnya | Agar Terhindar Dari Fitnah Dajjal - Pelbagai kejadian dan fenomena sejak kebelakangan ini banyak berlaku di seluruh dunia. Dan sejak insiden berlakunya kehilangan pesawat MH370 kita mula mengenali tempat-tempat tersembunyi di seluruh pelusuk dunia termasuklah lapangan terbang rahsia Diego Gracia milik Amerika Syarikat.
Dan ada sesetengah perkara yang terjadi sejak akhir-akhir ini membuatkan kita tertanya-tanya dan mahu berubah menjadi lebih baik, menurut perintahNya dan bersedia mental, fizikal dan iman yang kukuh. Salah satunya kena bersedia berhadapan dan mengelak daripada menjadi mangsa fitnah Dajjal. Na'uzubillah...
Surah al-Kahfi Ayat 1 - Ayat 110
Surah al kahfi from Aynora Nur
Surah Al-Kahf (bahasa Arab:الكهف, al-Kahf, "Gua") disebut juga Ashabul Kahf adalah surah ke-18 dalam Al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Dinamai Al-Kahf dan Ashabul Kahf yang artinya Penghuni-Penghuni Gua. Kedua nama ini diambil dari cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 sampai dengan 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini, yang kesemuanya mengandung pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat beberapa hadits RasulullahSAW yang menyatakan keutamaan membaca surah ini.
Surah al-Kahfi Ayat 1 - 10Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.” [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Surah al-Kahfi Ayat 101-110Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.” [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Ringkasan Kandungan surah al-KahfiKeagungan dan keutamaan surah al-Kahf telah banyak dinyatakan dalam banyak riwayat dari Rasulullah S.a.w dan para Imam Maksum As. Antara keutamaannya adalah bahawa terdapat tujuh puluh ribu malaikat yang melepaskan pemergian surah al-kahfi ketika diwahyukan, atau barang siapa yang membacanya pada hari Jumaat maka Allah S.w.t mengampuninya hingga Jumaat berikutnya dan barang siapa yang membaca surah al-Kahf pada setiap malam Jumaat maka ia mati syahid ketika meninggal dunia dan kelak dibangkitkan dengan para syahid dan kepentingan yang lain-lainnya.
Ajaran-ajaran dan kandungan-kandungan surah ini dimulakan dengan puji dan pujian kepada Allah Swt dan berakhir dengan iman dan amal soleh. Ayat-ayat ini lebih banyak bercerita tentang mabda (hari permulaan), ma’âd (hari akhirat), berita gembira terhadap pelbagai kurniaan dan peringatan terhadap azab-azab pada hari kiamat.
Di antara perkara penting yang menarik pada surah ini adalah menyentuh tentang tiga kisah iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Musa dan Khidir dan yang ketiga, kisah Dzulqarnain
Wallahua'lam...
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2014/04/kepentingan-surah-al-kahfi-agar.html