Cara Trace Handphone Android Yang Hilang
Cara Trace Handphone Android
========================
Saya rasa, ramai orang tahu macam mana nak cari balik phone kita yang hilang.
Kita boleh Trace phone lokasi phone kita selagi mana phone tu On.
Pernah satu kes, pekerja saya kehilangan Iphone dia. Lepas tu, saya ajar dia cara nak track balik phone tu.
Bila kami nampak lokasi phone tu, kami pi 4 orang ke rumah tu. Sekitar 5km dari rumah saya.
Bila saya pergi rumah tu, saya tanya dia cara lembut sikit.
"Ada tak, dalam sehari ni terbeli Iphone dari orang lain... Iphone pekerja saya hilang. Dan kami trace ada dalam rumah ni..."
Sambil saya tunjuk lokasi phone tu. Saya siap cakap lagi.
"Phone tu ada dekat ruang tamu sekarang ni...."
Tak cakap banyak, tuan rumah bagi tahu. "Abang dia ada beli phone ni semalam......"
Saya pun cakap lah, ini phone pekerja saya. Ada orang curi. Sekarang kami nak ambil balik.
Dia tak ada pilihan, selain terpaksa bagi balik phone tu.
Kita memang tahu, Iphone memang boleh buat benda ni.
Cumanya, macam mana pula dengan phone Android?
Ha... Saya nak share dengan anda. Apps nama dia "Find My Device". Sila cari di Play Store phone anda.
Bila dah download, senang ja. Anda register emel dan letak password di situ.
So, just in case, phone anda hilang. Atau anda tak ingat letak di mana phone tu.
Anda just log in Find My Device di telefon Android lain, then masukkan password. Dia akan bagi tahu lokasi terkini phone anda sekarang.
Even orang tu dah tukar sim kad. Selagi dia tak "Reformat" phone anda tu, bila dia online sahaja. Kita boleh tahu lokasi phone kita dengan sangat tepat.
Di rumah mana, dibilik mana. Gitulah...
Dan contoh kalau kita tak ingat letak di mana phone tu, kita juga boleh buat bagi phone kita tu bunyi melalui phone lain.
Kita juga boleh tulis message di phone yang hilang tu, "Sila Hubungi Saya di 019-578XXXX"
Jadi orang yang jumpa boleh contact saya balik.
Benda benda macam ni memang nampak simple. Kita rasa tak penting sebab kita tak pernah hilang phone.
Kalau dah hilang nanti, baru akan rasa.... "Laaa.. Awatla aku tak install apps tu haritu...."
So, sebelum menyesal. Baik install segera.
Saya sekadar berkongsi sahaja.
Beringat sebelum kena.
Wassalam.
Sila Share Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2019/11/cara-trace-handphone-android-yang-hilang.html