Cara Terbaik Untuk Tidur Yang Lebih Lena
Assalamualaikum wbt...
Tidur adalah nikmat hidup yang indah selain daripada makan. Tapi ramai di kalangan daripada kita tak begitu menghargai nikmat ini dengan baik dan ada juga yang hampir-hampir kehilangan kenikmatan tidur yang lena...
Jadi, apakah cara yang terbaik untuk tidur yang lebih lena...? Jom kita semak...
Lakukan senaman pagi - Senaman awal pagi bukan saja dapat meningkatkan hormon kortisol sehingga 12 jam lamanya, malah ianya dapat membantu kita untuk tidur lebih cepat dan lena. Orang yang melakukan latihan kardio selama 30 minit pada waktu pagi juga akan mendapat 75 peratus tidur yang lena berbanding mereka yang bersenam pada lewat petang atau malam.
Yoga, jom? - Yoga juga dikatakan berkesan untuk membantu tidur yang lkena dan ianya tak kisah untuk dilakukan pada bila-bila masa. Menurut seorang profesor Madya Sar Bir Singh Khalsa, Ph.D, daripada Medicine Harvard Medical School, orang yang konsisten mengamalkan yoga akan mendapat tidur yang jauh lebih berkualiti.
Makan karbohidrat waktu malam - Eh, nanti gemuk macamana..? Sabar dulu... Karbohidrat yang dimaksudkan di sini bukannya seperti nasi beriyani, nasi lemak, nasi goreng kampung yea.. Untuk mendapatkan kebaikan insulin daripada karbohidrat, kita boleh ambil beras perang, keladi ataupun pasta (dalam saiz yang minimum). Insulin ini dapat membantu kita untuk lena dengan lebih cepat. Sasarkan untuk mengambil antara 15 ke 20 gram karbohidrat untuk makan malam, iaitu kira-kira setengah cawan quinoa atau spaghetti gandum penuh.
Dapatkan cahaya - Kira-kira lima minit sebelum kita betul-betul mahu bangun daripada katil, cuba dapatkan cahaya lampu dari bilik sebagai petanda bahawa hari sudah pagi. Kemudian dapatkan juga cahaya matahari pada waktu siangnya. Kajian baru-baru ini mendapati bahawa pekerja yang mendapat cahaya matahari akan menerima 46 peratus lebih waktu tidur berbanding mereka yang kurang mendapat cahaya matahari.
Semoga dengan tips ini, awak suma boleh tidur dengan lena...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shikinrazali.com/2020/03/cara-terbaik-untuk-tidur-yang-lebih-lena.html