Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina
Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina | Minggu lepas Fadzi pergi beli barang groceries dekat Giant. Plan nya lepas balik dariapda Giant, nak singgah nursery pokok untuk cari pokok pudina. Tujuannya nak buat props untuk kelas Phonephotography :D
Tapi tengok-tengok eh dekat Giant pun ada jugak pokok-pokok yang diaorang jual. Pokok pudina pun ada sekali. Jadi Fadzi terus beli dekat Giant je. Senang. Tak payah nak berhenti 2 3 tempat dengan bawa budak-budak ni kan.
Cara Tanam Dan Jaga Pokok PudinaSampai saja dekat rumah, Fadzi pun terfikir. Eh macam mana nak jaga pokok pudina ni. Tak pernah-pernah Fadzi tanam dan jaga pokok. Paling-paling pun tanam kacang masa projek sains sekolah dulu.
Gigih lah Fadzi Google "Cara Tanam Pokok Pudina". Puff, banyak jugak result yang keluar. So, Fadzi kongsikan jugak lah dengan korang, kot-kot korang pun nak tanam dan jaga pokok pudina jugak nanti kan.
1. Cara TanamDi Malaysia dikatakan sukar untuk dapat benih pudina berkualiti. Apa yang kita boleh buat adalah beli sahaja beberapa keratan pudina di pasaraya.
Kemudian buang semua daun pudina. Kerat sekitar 10cm batang pudina. Cucuk 1/4 keratan tersebut ke dalam pasu . Dalam masa seminggu hingga dua minggu akan kelihatan pucuk pudina baru keluar.
2. Penggunaan BekasSaiz yang ideal adalah antara bekas 2 liter hingga 5 liter. Erm erm, Fadzi guna bekas pasu yang Giant sediakan tu. Tak pastilah berapa liter.
3. Cahaya MatahariPudina boleh membesar dengan baik dengan hanya menerima 3-5 jam sehari cahaya matahari. Jadi kita boleh letak pokok pudina ni di tepi tingkap atau balkoni. Mana-mana di kawasan redup. Fadzi letak dekat sebelah tingkap.
4. Penggunaan BajaPudina adalah tanaman jenis suka jika dibaja berkala. Bubuh baja organik setiap minggu atau dua minggu sekali.
Beberapa butir tinja ayam yang diproses sudah memadai setiap minggu. Bubuh di dalam tepi bibir pasu. Jangan letak dekat batang pudina nanti batang pokok pudina tu melecur.
Setakat ni Fadzi tak letak apa-apa baja lagi. Tinja ayam tu celah mana entah nak jumpa :D
5. Penyiraman AirPudina suka air yang banyak tetapi tak boleh bertakung. Fadzi siram dua kali sehari. Awal pagi dan lewat petang. Fadzi alas pasu pokok pudina tu dengan piring.
Kalau lepas Fadzi tuang air dalam pasu pastu nampak ada air bertakung dekat piring tu, Fadzi akan buang air dalam piring tak nak bagi dia bertakung.
6. PenyelenggaraanPudina jadi tak merimbun apabila terlalu padat di dalam pasu. Akarnya jadi terlalu banyak dan membuatkan ia semakin kurang subur.
Kesan dia kita boleh lihat daun pudina tu banyak yang gugur. Banyak tinggal batang sahaja. Daun juga mula menguning banyak. Yang ni Fadzi dah perasan bila masuk ketiga Fadzi jaga pokok pudina tu.
1. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita pecahkan pudina kepada dua atau empat bahagian. Setiap bahagian masukkan ke dalam pasu baharu. Masukkan juga kompos sebagai baja.
Tapi Fadzi tak buat lagi sebab tak sempat nak keluar beli bekas dan baja. Tak tahu lah bila nak keluar beli barang ni >.<
2. Cara untuk bagi pokok pudina jadi lebih rimbun dan banyak daun, tips dia kena cubit pucuknya bila dah ada lima hingga tujuh helai daun. Nanti pokoknya tak lah tumbuh menegak saja.
Pelik jugak tips ni sebenarnya. Fadzi tak cuba lagi. Nanti Fadzi cuba :D
3. Pokok pudina ni cepat je dia membesar. Jadi tak boleh biarkan rimbunan pudina padat. Kena rajin-rajinkan diri kita buang mana-mana daun yang rosak dan kekuningan.
Setakat tiga hari ni, Fadzi dah ada buang daun-daun yang dah rosak dan daun-daun yang dah nak gugur tu. Bagi senang kerja dia nak membesar.
4. Bila kita lihat pokok pudina mula menjalar, kena cantas sehingga menjadi pendek sekitar 10-15 cm. Selepas catas, kita kena letak baja dekat pokok pudina.
Proses mencantas ni penting agar pokok pudina kita kekal sihat dan subur. Cantas je walaupun kita tak guna sangat. Kalau rasa sayang, ha korang buatlah soda herbs ke teh o letak pudina ke tetiap hari. Baru tak rasa ralat.
Itu dia sedikit tips yang Fadzi dapat dari pembacaan di Internet. Kredit sikit dekat Kebun Bandar atas tips-tips ini. Banyak pulak benda yang Fadzi kena buat nak make sure pokok pudina Fadzi ni hidup merimbun.
Ha, korang ada tanam pokok ape dekat rumah tu?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2020/03/cara-tanam-dan-jaga-pokok-pudina.html