Cara Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Terlupa Doa Qunut


Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya. Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu.

HUKUM SUJUD SAHWI
Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sesuai dengan namanya, sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. 
Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut.
Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi).” (Riwayat Ahmad)
Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat. 
Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)
Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.
CARA SUJUD SAHWI YANG LENGKAP
Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila perlu. Ini kerana, cara sujud sahwi sebenarnya amat mudah, iaitu seperti berikut:
1. NIAT.
Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi.
Menurut kuliah Ustaz Don Daniyal, jika kita sudah berniat mahu melakukan sujud sahwi, duduk tahiyat akhir seeloknya dalam keadaan duduk antara dua sujud.
2. SUJUD.
Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
"Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu."
Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa.
Cara sujud sahwi bila terlupa rakaat dan terlupa doa Qunut.
3. DUDUK ANTARA DUA SUJUD.
Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat. Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.
4. SUJUD SEKALI LAGI.
Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).
BAGAIMANA KALAU TERTINGGAL PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM RUKUN SOLAT?
Setakat ini, kita dijelaskan bahawa kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13 rukun solat.
Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita terlupa melakukan perkara yang termasuk dalam rukun (contohnya membaca al-fatihah atau rukuk)?
kita tidak boleh menggantikan perkara yang tertinggal tadi dengan sujud sahwi semata-mata. Contohnya, kita terlupa membaca al-fatihah pada rakaat ketiga dalam solat maghrib.
Maka, kita perlu membaca al-fatihah yang tertinggal tadi dengan cara mengulang rakaat ketiga secara keseluruhannya (kerana rakaat ketiga tadi tidak dikira sempurna). Sebelum mengakhiri solat, barulah kita melakukan sujud sahwi.
HIKMAH SUJUD SAHWI.
Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang cela. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya.Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba banyak kekurangannya.
Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita.
Kita sebagai hamba perlu segera memohon keampunan kepada Allah jika khilaf. Hanya kepada Allah tempat kita bersujud dan memohon keampunan atas kealpaan kita. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah. Aamin.
Moga bermanfaat. 
Kredit to Owner. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2023/12/cara-sujud-sahwi-bila-terlupa-rakaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Dan Cara Ruqyah Untuk Diri Sendiri

Doa Dan Cara Ruqyah Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 349 hits
Doa Ruqyah Untuk Diri Sendiri Merawat sakit ada banyak caranya Dan kebiasaan kita akan pergi berjumpa doktor jika demam atau sakit yang berlarutan Selain dari sakit yang memerlukan kita makan ubat ada juga sakit yang datangnya dari gangguan...
Doa Iftitah Cara Dan Makna Bacaan

Doa Iftitah Cara Dan Makna Bacaan

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 307 hits
Doa Iftitah bukanlah salah satu rukun dalam solat yang perlu dilakukan oleh umat Islam sewaktu menjalankan solat fardhu Namun begitu ia merupakan salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan di dalam solat fardhu seperti doa Qunut Berikut...
Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat

Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 243 hits
Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat Solat Isyak adalah merupakan salah satu solat fardhu yang wajib ditunaikan oleh umat Islam Ia mempunyai 4 rakaat dan boleh ditunaikan secara bersendirian mahupun berjemaah apabila sudah masuk waktu...
Cara Tahnik Bayi Lelaki Dan Perempuan Serta Doa Tahnik Bayi Ustaz Don

Cara Tahnik Bayi Lelaki Dan Perempuan Serta Doa Tahnik Bayi Ustaz Don

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 378 hits
Panduan untuk ibu bapa berkenaan cara tahnik bayi Tahnik atau dikenali belah mulut yang ibu bapa akan lakukan untuk bayi yang baru lahir Upacara tahnik ini sangatlah ringkas mudah dan tidak memerlukan majlis yang besar Cukup dengan sebiji b...
Panduan Lengkap Pengeluaran Sdy Cara Mengetahui Angka Keluaran Togel Sdy

Panduan Lengkap Pengeluaran Sdy Cara Mengetahui Angka Keluaran Togel Sdy

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 201 hits
Apakah Anda seorang pecinta togel Sydney yang sering kebingungan dalam mengetahui angka keluaran togel tersebut Jangan khawatir karena kami akan memberikan panduan lengkap Pengeluaran Sdy yang akan membantu Anda dalam mengetahui angka angka...
Apa Cara Yg Berkesan Hentikan Kes Buli

Apa Cara Yg Berkesan Hentikan Kes Buli

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 143 hits
1 Alhamdulillah pelajar yg lari dari Sekolah Berasrama Penuh di Cheras ditemui selamat Pada saya dia ambil tindakan terdesak yg betul supaya didengari Guru mungkin tak suka dia buat begitu tapi sebagai parent saya anggap dia berjaya selamat...
Cara Mendapatkan Laptop Gratis Tahun 2024 Pahami Mekanismenya

Cara Mendapatkan Laptop Gratis Tahun 2024 Pahami Mekanismenya

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 384 hits
Apakah Anda sedang mencari laptop gratis Mungkin Anda membutuhkannya untuk sekolah pekerjaan atau hobi Anda Atau mungkin Anda hanya ingin menghemat uang dan mendapatkan sesuatu yang bagus tanpa mengeluarkan biaya Cara Mendapatkan Laptop Gra...
Penyakit Gout Kenali Punca Tanda Risiko Dan Cara Pencegahan

Penyakit Gout Kenali Punca Tanda Risiko Dan Cara Pencegahan

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 387 hits
Penyakit gout antara penyakit yang cukup digeruni terutama mereka yang meminati makanan laut Penyakit ini terjadi akibat dua faktor iaitu akibat asid urik yang berlebihan di dalam badan dan akibat asid urik yang tidak dibuang dengan berkesa...
Tiga Cara Kepala Bnn Marthinus Hukom Tangani Narkotika Di Indonesia

Tiga Cara Kepala Bnn Marthinus Hukom Tangani Narkotika Di Indonesia

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 145 hits
Pola menangani terorisme dan narkotika hampir mirip dengan rehabilitasi dilakukan BNN dan deradikalisasi dilakukan Densus 88 Antiteror
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki