Cara Tahnik Bayi Lelaki Dan Perempuan Serta Doa Tahnik Bayi Ustaz Don
Panduan untuk ibu bapa berkenaan cara tahnik bayi. Tahnik atau dikenali ‘belah mulut’ yang ibu bapa akan lakukan untuk bayi yang baru lahir. Upacara tahnik ini sangatlah ringkas, mudah dan tidak memerlukan majlis yang besar.
Cukup dengan sebiji buah tamar. Belah mulut adalah satu istilah yang sudah kebiasaan diguna oleh orang dahulu dan sehinggi kini ia istilah itu digunakan.
Berkenaan Tahnik Bayi Mengikut Islam
Amalan membelah mulut ini adalah merupakan amalan yang diamalkan oleh orang dahulu untuk membantu bayi agar mudah bercakap apabila meningkat dewasa nanti. Di dalam islam, amalan ini dipanggil tahnik.
Sunnah Tahnik Bayi dalam islam
Menurut agama islam, Tahnik adalah merupakan ibadah sunnah bagi menyambut kelahiran bayi selain daripada ibadah aqiqah. Menurut bahasa, ‘Tahnik’ adalah satu perbuatan mengunyah buah tamar atau seumpamanya seperti tamar yang akan disapu atau digosok pada lelangi seorang bayi.
Hukum Tahnik Bayi
Cara Tahnik Bayi Lelaki dan Perempuan Serta Doa Tahnik Bayi Ustaz Don 6
Terdapat hukum berkenaan tahnik bayi ini. Berikut adalah hadis berkaitan cara tahnik bayi dan hukum tahnik bayi:
Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan, “Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad ﷺ. Baginda ﷺ menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”. HR Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, ianya adalah jelas bahawa hukum tahnik bayi adalah Sunnah.
Waktu Sesuai Tahnik Bayi
Cara Tahnik Bayi Lelaki dan Perempuan Serta Doa Tahnik Bayi Ustaz Don 7
Sebaiknya tahnik ini dilakukan pada hari yang sama seoang bayi dilahirkan dan tidak perlu menunggu sunnah menamakan anak pada hari yang ke-7.
Namun, jika terdapat halangan atau kekangan adalah dibolehkan bagi melenggahkan sedikit untuk cara tahnik bayi, Namun, perlu diketahui sekiranya lebih dari tempoh itu, makan tidak disunatkan lagi untuk tahnik bayi. Menurut pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tahnik masih dapat dilakukan walau melebihi tempoh kerana ia dibolehkan menurut syarak.
Panduan dan Cara Tahnik Bayi Dalam Islam
Cara Tahnik Bayi Perempuan Dan Tahnik Bayi Lelaki Menurut Ustaz Don
Bagi ibu bapa yang berhasrat untuk melakukan dan mengetahui cara tahnik, terdapat perkongsian mengenai cara sebenar tahnik bayi oleh Ustaz Don yang diambil dari perkongsian Al-Marhum Tuan Guru Dato Haron Din, Tuan Guru Taufik Mat Husin, Habib Ali Zainal Abidin dan Ustaz Muhadir Haji Joll.
Berikut adalah cara tahnik bayi perempuan dan tahnik bayi lelaki menurut Ustaz Don:
Langkah 1, Sediakan bahan-bahan seperti berikut, Kurma (ajwa terbaik) dan air zamzam.
Langkah 2, Beristighfar mohon ampun dosa kita (ibu bapa) dan berdoa agar mudah Allah kabul.
Langkah 3, mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
Langkah 4, baca ayat kursi (boleh mulakan dengan bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim’)
Langkah 5, Selawat syifa dan kamilah (boleh rujuk video)
Langkah 6, Bacaan surah al-ikhlas, al-falaq dan al-nas.
Langkah 7, Ambil sedikit kurma lalu dikunyah-kunyah lembik. Ambil jari dan disarankan guna jari kelingking kecil.
Langkah 8, sambil jari di dalam mulut baca ayat 33-37 surahb Ali Imran.
Langkah 9, Cabut jari dan suapkan air zamzam sambil baca doa yang dibaca Ustaz Don (Rujuk Video)
Langkah 10, Baca doa yang sesuai dan niatkan keikhlasan hati seorang bapa mendoakan anak (boleh rujuk doa di video dan dibahagian bawah)
Rujuk video cara tahnik bayi oleh Ustaz Don:
Doa Tahnik Bayi Lelaki dan Perempuan
Untuk doa semasa upacara tahnik bayi anda boleh membaca beberapa doa. Berikut adalah doa tahnik bayi lelaki dan perempuan berserta cara tahnik bayi:
Cara Tahnik Bayi Lelaki dan Perempuan Serta Doa Tahnik Bayi Ustaz Don 8
Cara Tahnik Bayi Lelaki dan Perempuan Serta Doa Tahnik Bayi Ustaz Don 9
Kelebihan Tahnik Bayi
Pada awalnya, bayi yang baru dilahirkan sebelum 7 hari akan disapukan di lelangit mulutnya sedikit kurma yang direndam air zam-zam. Perkara ini kebiasaanya dibawa ke rumah orang yang dianggap soleh bagi ditahnikkan seperti bayi-bayi di zaman Nabi Muhammad SAW dibawa berjumpa nabi untuk ditaknikkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Antara kelebihan dan hikmah tahnik bayi adalah:
Membantu menguatkan lidah serta mulut dan bersedia untuk menyusu.
Mengambil berkat dari orang soleh dengan harapan bayi tersebut akan menjadi soleh pada dewasa kelak.
Sunat dilakukan menggunakan kurma berdasarkan amalan nabi SAW. Sekiranya tiada, boleh mengenakan dengan makanan-makanan lembut yang manis.
Soalan FAQs Berkenaan Cara Tahnik Bayi
Siapa yang boleh melakukan tahnik?
Dibolehkan untuk sesiapa melakukan tahnik. Kebiasaannya adalah seorang bapa, imam, ulamak dan orang soleh.
Adakah tahnik wajib?
Tidak wajib, tahnik adalah sunat untuk dibuat.
Bila waktu sesuai tahnik bayi?
Tiada waktu pengkhususan. Namun terdapat tempoh, kebiasaannya dilakukan seawal 7 hari selepas kelahiran.
Bagaiman cara tahnik bayi perempuan?
Tahnik bayi perempuan adalah sama cara tahnik bayi lelaki dan ia mudah dan ringkas.
Apakah doa tahnik bayi yang boleh diamal?
Untuk doa boleh mengikut kesesuaian dan mengikut saranan ustaz atau ulamak. Boleh rujuk contoh doa tahnik bayi diatas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/12/cara-tahnik-bayi.html