Cara Solat Subuh Panduan Asas



Bagaimana cara solat subuh?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat fardu subuh secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah sehingga selesai.
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan RUMI bagi membantu mereka yang tidak pandai membaca jawi.
Perhatian:
Artikel ini ditulis khas untuk mereka yang baru belajar solat dan muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Jika anda rasa artikel ini untuk anda, jom kita mulakan…

Panduan ini mengandungi perkara berikut: Pengenalan Waktu solat subuh Niat solat subuh Jumlah rakaat Cara mendirikan solat fardu subuh langkah-demi-langkah. Doa selepas solat  
Pengenalan Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh
Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada
Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat.
Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.
 
Waktu Solat Subuh Waktu Solat Subuh ialah ketika terbitnya fajar sadiq:
— iaitu dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.
Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.
Rujukan lanjut mengenai kaedah penentuan waktu solat boleh dirujuk pada pautan ini.
 
Niat Solat Fardu Subuh Lafaz niat solat sunat taubat adalah seperti berikut:

 Usolli fardu subhi rak’ataini ada’an lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
 
Jumlah Rakaat Jumlah rakaat bagi solat fardu subuh adalah dua rakaat dan dibacakan doa qunut pada rakaat terakhir sebelum sujud.
 
Cara Mendirikan Solat Fardu Subuh Langkah-demi-langkah Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini:
Rakaat Pertama 1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud. Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
Kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab:

 Usolli fardu subhi rak’ataini ada’an lillahi taala 
2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Lelaki: Tangan diangkat hingga pergelangan tangan setentang dengan bahu dan hujung ibu jari mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu direnggangkan dari badan  
Perempuan: Tangan diangkat hingga setentang dengan bahu dan hujung jari mencecah paras bawah telinga. Siku dan tangan mesti dirapatkan ke badan  
3. Membaca doa iftitah
Selepas mengangkat takbir, bacalah doa iftitah:

 Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin 
Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
 
Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada  
4. Membaca al-Fatihah dan surah lain.
Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah

Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Contohnya surah al-Kafirun.

Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
 
5. Rukuk 
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
cara rukuk yang betul. Bacaan tasbih semasa rukuk:

 Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 
Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
Maksudnya: 
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
 
6. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:

 Sami Allahu liman hamidah 

 rabbana lakal hamdh 
maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
 
7. Sujud Pertama

Bertakbir lalu sujud dan membaca:

 Subhana rabbiyal a’la wabihamdih 
Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
 
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
Info Tambahan Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ketika dia sujud, maka perbanyakkan doa di dalam sujud (Riwayat Muslim)
8. Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud dan membaca:

 Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 
Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
 
9. Sujud Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.
Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar.
Cara duduknya seperti duduk iftirasy.
duduk iftirasy.  
Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
 
Rakaat Kedua Rakaat kedua sama seperti rakaat pertama kecuali tidak ada niat, takbiratulihram dan doa iftitah
1. Berdiri tegak, membaca al-fatihah 

Seterusnya membaca surah lain. Contohnya surah al-Ikhlas.

Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
 
2. Rukuk
Selepas selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Bacaan tasbih semasa rukuk:

 Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 
Maksudnya: 
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
 
3. Iktidal (bangun dari rukuk) dan membaca Doa Qunut
Setelah bangun dari rukuk, bacalah tasbih berikut:


 Sami Allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdh 
maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
 
Kemudian baca doa qunut:
Bacaan Doa Qunut dalam rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
Membaca doa qunut di dalam solat subuh juga termasuk dalam sunat ab’adh
4. Sujud Pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:

 Subhana rabbiyal a’la wabihamdih 
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
 
5. Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud dan membaca:

 Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
 
6. Sujud kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat akhir.
 
7. Duduk tahiyat akhir

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Untuk memudahkan sebutan anda, sila klik ‘listen in browser’ untuk play audio di bawah
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Semasa menyebut (illallah) sunat mengangkat jari telunjuk, membengkokkannya sedikit dan menghalakan ke arah kiblat.
 
8. Memberi salam dengan ucapan:

 Assalamualaikum warahmatullah 
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
 
Sunat memaling muka ke kanan dan berdoa:

 Allahumma inna nas aluka ridho ka waljannah 
Maksudnya:
Ya Allah, kami memohon keredhaan-Mu dan juga ke syurga.
 
Sunat memberi salam kedua dengan ucapan:

 Assalamualaikum warahmatullah 
… sambil memaling muka ke kiri dan berdoa:

 Wana u’zubika min sakhotika wannar 
Maksudnya:
Dan kami memohon perlindungan denganMu daripada kemurkaan Engkau dan juga daripada neraka.
 
Alhamdulillah, selesai sudah solat fardhu subuh.
 
Wirid dan Doa Selepas Solat Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid selepas solat pada pautan ini.
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Jika anda memerlukan lagi panduan asas seperti ini, pertimbangkan untuk subscribe blog ini pada ruangan masukkan emel di
bawah. Anda akan menerima notifikasi melalui emel setiap kali panduan baru diterbitkan.
Anda juga boleh meninggalkan komen pada ruangan di bawah jika ada apa-apa persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut.
Sumber rujukan & gambar: Ensiklopedia Solat: A-Z tentang solat, Dr. Nik Yusri Musa Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid Mizi Wahid, Sound Cloud #solat The post Cara Solat Subuh: Panduan Asas (Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-subuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Sebenar Cara Solat Hajat Ringkas

Panduan Sebenar Cara Solat Hajat Ringkas

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 666 hits
Panduan Cara Solat Hajat Ringkas Solat hajat dilakukan apabila seseorang memiliki hajat yang tertentu untuk dipohon kepada Allah SWT Hajat tersebut bergantung kepada niat masing masing dan hendaklah hajat hajat yang membawa kepada kebaikan ...
Panduan Cara Semak Bil Tnb Online Melalui Mytnb Apps

Panduan Cara Semak Bil Tnb Online Melalui Mytnb Apps

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 881 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Memandangkan ramai yang merungut bil TNB melambung naik beberapa hari ini berikut kami kongsikan cara semak bil TNB online melalui myTNB App TNB dalam satu kenyataan media menjelaskan jumlah bil TNB yang ...
Panduan Azan Cara Jawab Azan Doa Selepas Azan

Panduan Azan Cara Jawab Azan Doa Selepas Azan

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 2322 hits
Bagaimana doa selepas azan Serta bagaimana lafaz azan dan cara menjawab azan tersebut Panduan ini ditulis dengan lengkap untuk menerangkan topik lafaz azan cara menjawab azan doa selepas azan serta perkara perkara yang berkaitan dengannya A...
Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung

Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1268 hits
Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung Apakah makanan yang baik untuk ibu hamil 1 bulan Soalan ini seringkali bermain di fikiranku dulu saat disahkan hamil oleh doktor Masa tu 1st time nak jadi ibu jadinya...
Baca Ya Malikul Quddus Selepas Solat Subuh Bagi Kesihatan Organ Wanita

Baca Ya Malikul Quddus Selepas Solat Subuh Bagi Kesihatan Organ Wanita

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 3404 hits
Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Wanita Wanita antara golongan yang paling ramai dihinggapi penyakit betkaitan organ seperti kanser payudara sakit buah pinggang dan juga rabun mata Namun begitu kita janganlah patah...
Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh

Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 3474 hits
Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh Usai solat subuh tadi saya teringat nak cari maksud penuh bacaan doa qunut sewaktu solat subuh Ya lah selalu baca faham yang maksud simple dia kali ni saya nak faham betul maksud penuh...
Panduan Lengkap Solat Berjemaah

Panduan Lengkap Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 925 hits
Ini adalah panduan menunaikan solat berjemaah Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar mengerjakan solat secara berjemaah dengan sempurna Apa yang menarik Panduan ini disertakan dengan gambar illustra...
Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh Nazilah

Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh Nazilah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 4224 hits
Ini adalah panduan doa qunut untuk solat subuh secara bersendirian dan secara berjemaah Malah panduan untuk qunut nazilah juga turut disediakan Ejaan dalam RUMI juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membac...
Niat Solat Jumaat Cara Mengerjakannya

Niat Solat Jumaat Cara Mengerjakannya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 629 hits
shoes on pray by Bagaimana niat solat Jumaat Dan bagaimana pula cara mengerjakan solat jumaat Ini adalah panduan mudah untuk melakukan sembahyang fardu jumaat Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik