Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung


Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung | Apakah makanan yang baik untuk ibu hamil 1 bulan? Soalan ini seringkali bermain di fikiranku dulu saat disahkan hamil oleh doktor. Masa tu 1st time nak jadi ibu jadinya memang nervous yang teramat sangat. Risau juga kalau salah makan hingga boleh menjadi penyebab keguguran. 




Selain tu bimbang juga kalau anak tidak cukup zat hingga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Eh macam-macam soalanlah yang bermain kat fikiran pada waktu tu. Sebab itu, adalah penting untuk setiap ibu hamil untuk tahu jadual pemakanan ibu mengandung berserta dengan cara dan tabiat makan yang betul semasa hamil ni. At least takdelah timbul masalah kesihatan pada ibu dan baby. 

Special untuk para ibu hamil trimester pertama, di sini daku kongsikan panduan lengkap cara dan tabiat pemakanan untuk ibu mengandung terutama untuk ibu yang baru hamil di trimester pertama yakni tmpoh hamil 1 hingga 3 bulan. Semoga dengan perkongsian ini dapatlah diketahui apa yang patut dan apa yang tidak selama tempoh mengandung ini. 

Kenali Ciri Makanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung 

Apakah amalan dan pemakanan untuk ibu mengandung yang membantu perkembangan bayi? Mesti ramai akan berkata sayur adalah makanan yang paling sihat dan berkhasiat. Tetapi sedarkah bahawa sayur yang tidak disediakan dengan betul boleh mendatangkan mudarat juga. 

Dan cara lain untuk makanan ibu hamil yang sihat berkhasiat adalah dengan memakan buah buahan namun tahukah pula yang tidak semua buah itu sesuai untuk ibu hamil di trimester pertama ini. Kerana itu, jika sekadar berpendapat dengan makan sayur dan buah sudah dapat memberi sumber makanan sihat berkhasiat untuk ibu mengandung, ternyata ianya masih belum lagi sempurna. 




Maka cadangan makanan paling bagus adalah dengan mengambil jenis makanan yang berkhasiat seperti daging, ayam, ikan dan sayur yang tinggi kandungan khasiat tanpa sebarang kemudaratan. Banyakkan juga minum air kosong dan jika rasa panas badan boleh amalkan minuman dari biji barli yang direbus sendiri di rumah. Buah seperti epal juga bagus untuk di makan tika hamil begini.

Senarai Penuh Makanan Yang Tidak Boleh Diamalkan Teruatama Semasa Awal Kehamilan

Masalah tabiat makan yang sukar untuk dibendung sepanjang tempoh hamil memang agak merisaukan. Ada ibu hamil yang dengan sendirinya akan rasa bernafsu untuk makan dan ada pula yang sama sekali tidak mampu untuk menyentuh apa-apa makanan. 

Pemakanan semasa mengandung dan di tambah dengan masalah mabuk hamil memang agak merisaukan. Apapun suka ataupun tidak, lalu untuk makan ataupun tidak, hakikatnya pemakanan adalah penting dan merupakan cara utama yang dapat bantu tumbesaran bayi di dalam kandungan.




Antara jenis makanan yang perlu dielak di awal kehamilan khususnya adalah seperti :

Antara buah-buahan yang perlu dielakkan semasa kehamilan: 

Papaya : kaya dengan susu getah yang boleh membawa kepada kontraksi rahimAnggur hitam : membina haba di dalam badan yang membahayakan bayiNanas : kaya dengan bromelain yang boleh melembutkan serviks yang membawa kepada kelahiran awal

Antara sayur-sayuran yang perlu dielakkan semasa kehamilan: 

Kubis dan salad : membawa penyakit bawaan makananTerung : ciri rangsangan menstruasi yang boleh menyebabkan pengguguran
Lain-lain makanan yang harus dielakkan :Ikan yang mengandungi merkuri : Merkuri, unsur yang terdapat di lautan, sungai, dan tasik, diubah menjadi methylmercury dalam tubuh manusia. Ia adalah neurotoxin dan dikaitkan dengan kerosakan otak dan kelewatan perkembangan pada bayi.Makanan laut yang di bakar : makanan laut yang diproses mengandungi garam yang tinggi hingga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan pembengkakan bahagian tubuh badan.Kerang mentah : Elakkan makan kerang mentah seperti tiram dan kerang untuk menjauhkan diri dari penyakit makanan laut dan keracunan makanan.Telur mentah @ kurang masak : tidak boleh makan telur mentah, kurang masak, atau telur rebus kerana ia mengandungi bakteria salmonella yang berbahaya yang menyebabkan keracunan makanan. Daging mentah dan ayam : Memakan daging / ayam mentah seperti daging merah jambu atau daging mentah yang berdarah, boleh menyebabkan toksoplasmosis kerana ia mengandungi parasit Toxoplasma.Makanan dalam tin : Lapisan tin makanan mengandungi Bisphenol A (BPA), bahan toksik yang menjejaskan aktiviti endokrin janin dan menyebabkan masalah kesuburan, kanser, penyakit hati, dan penyakit jantung pada wanita hamil 


Jom Amalkan Tabiat Makan Yang Betul Untuk Sihat Semasa Hamil 


Berbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung perlu amalkan tabiat pemakanan yang baik. Corak pemakanan sebelum dan semasa kehamilan mungkin berlainan kerana amalan makan semasa hamil memang harus di jaga dengan penuh perhatian supaya segala zat makanan dapat sampai pada bayi yang dikandung.

1. Makan Dalam Jumlah Sikit Tapi Kerap
Sebelum hamil mungkin akan makan sesuatu menu sehingga betul kenyang sebelum berhenti makan. Jumlah makanan juga kadangkala tampak banyak untuk dihabiskan. Namun tika hamil keadaan ini ternyata berbeza. 

Semasa hamil para ibu mengandung wajib tahu dan tekankan ibu boleh makan apa sahaja yang dirasakan selamat tapi dengan secara sedikit, tetapi kerap. Maksudnya makan dalam kuantiti sedikit dan ulanglah makan secara berperingkat sehingga habis.

2. Jangan Makan Makanan Yang Pedas
Elakkan juga pengambilan makanan pedas dan berminyak kerana ia boleh menyebabkan ibu mudah muntah. 

3. Elakkan Diri Dari Minum Minuman Berkafein 
Minuman berkafein seperti kopi dan teh juga tidak baik untuk ibu hamil. Jika teringin sangat nak minum sedikit sesekali, itu atas penilaian fikiran sendiri. Untuk kesegaran tambahkan halia, lemon atau asam di dalam minuman dan minum banyak air kosong. 




4. Tidak Boleh Makan Makanan Yang Ada Ciri Mentah
Sedar ataupun tidak, terdapat makanan yang boleh membahayakan ibu dan anak dalam kandungan. Ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan dengan cara menyebabkan kerosakan mata dan antara makanan yang boleh datangkan mudarat ini adalah makanan mentah yang kurang masak. Sebagai contoh daging kurang masak, telur suku masak dan sebagainya. 

5. Makan Untuk Seorang Bukannya Berdua 
Ramai dikalangan ibu hamil yang sengaja makan banyak dengan alasan patut makan lebih untuk anak. Sebenarnya cara ini salah. Apa yang patut di buat, ibu makan untuk diri sendiri dan pilih makanan untuk ibu mengandung yang organik dan tanpa bahan kimia.

Jangan makan melebihi jumlah pengambilan biasa kerana ia boleh bertukar menjadi satu tabiat makan yang buruk. Tabiat makan yang buruk ini boleh menjadi penyebab pada masalah berat badan yang berlebihan. Berat badan berlebihan ini boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis semasa hamil.  

6. Tetap Usaha Makan Sesuatu Walau Rasa Mual Walau ada rasa mual dan loya semasa mengandung, makanan tetap kena di ambil demi baby. Jika ditakdirkan tidak suka nasi mungkin boleh dicuba menu makanan yang lain. Paling tidak minumlah susu, oat, nestum, roti dan biskut. 

7. Jangan Buka Selera Makan Terlalu Besar Dengan Alasan Mengidam
Jangan juga buka selera makan terlalu besar hingga mahu itu dan mahu ini dengan alasan baby sedang mengidam. Itu semua hanyalah kerana hormon sebenarnya. Diri sendiri mengada. Letih dan mengidam ini sebenarnya adalah tabiat 'terlebih manja' yang tidak patut diikutkan sangat.

Tahu nak gunakan kesempatan sedang hamil untuk bermanja dan di manja bagai permaisuri oleh suami tapi janganlah terlalu over ye. Kan tak pasal bila lahir anak tu pula terlebih manja nak itu ini. Kan boleh susahkan diri sendiri tu. 




Jangan Lupa Makan Vitamin Yang Dibekalkan Oleh Hospital
Makanan patut di jaga dan vitamin tidak boleh dilupakan. Tak perlu susah payah beli vitamin yang mahal di farmasi kerana pihak hospital memang ada sediakan vitamin ini. Daku pernah dengar sejak dari ngandung anak pertama lain, ada di kalangan ibu beritahu vitamin yang dibekalkan hospital tidak perlu di makan kerana boleh menyebabkan aplikasi anak besar.

Hmmm itu semua hanyalah mitos. Yelah, pihak hospital bekalkan seperti asid folik, besi, dan kalsium yang bagus untuk otak bayi dalain-lain. Maka sayang sangat jika tidak di makan. Saiz berat badan bayi menjadi besar akibat makan semua vitamin ini sama sekali tidak benar. Buktinya daku sendiri amalkan vitamin ini untuk 6 kali kehamilan dan ke enam-enam anakku lahir hanya dengan saiz sekitar 2.6 ke 3.1kg sahaja. 




Semoga perkongsian ini dapat memberi serba sedikit info panduan untuk para bakal ibu di luar sana. Selamat melalui tempoh kehamilan yang penuh bermakna. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/06/panduan-lengkap-cara-dan-tabiat-makan-ibu-hamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 482 hits
Proses penyediaan susu formula bayi perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau kontaminasi kimia ke dalam bancuhan tersebut Pencemaran yang berlaku akan mengganggu kesihatan bayi khususnya boleh menyebabkan cirit...
Cara Pendaftaran Peserta Ppgj 2018 Lengkap Dengan Persyaratan

Cara Pendaftaran Peserta Ppgj 2018 Lengkap Dengan Persyaratan

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 312 hits
Cara Pendaftaran Peserta PPGJ 2018 Lengkap Dengan Persyaratan Calon peserta PPG Dalam Jabatan harus mengikuti seleksi kemampuan akademik melalui tes online Seleksi kemampuan akademik meliputi tes potensi akademik tes pedagogik tes bidang st...
Panduan Cara Qada Solat

Panduan Cara Qada Solat

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 664 hits
Ini adalah panduan qada solat iaitu cara menggantikan solat Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul Apa yang menarik Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qa...
Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 503 hits
PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRISolat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada...
Panduan Sebenar Cara Solat Hajat Ringkas

Panduan Sebenar Cara Solat Hajat Ringkas

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 661 hits
Panduan Cara Solat Hajat Ringkas Solat hajat dilakukan apabila seseorang memiliki hajat yang tertentu untuk dipohon kepada Allah SWT Hajat tersebut bergantung kepada niat masing masing dan hendaklah hajat hajat yang membawa kepada kebaikan ...
Macam Mana Cara Yang Betul Untuk Pakai Sheet Mask

Macam Mana Cara Yang Betul Untuk Pakai Sheet Mask

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 472 hits
Salam dears Sejak umur makin meningkat ni Mama semakin ambil peduli tentang penjagaan kulit wajah Kalau boleh nak laa kulit nampak muda walaupun umur dah senior hahaha Dan salah satu rutin Mama sekarang ialah pakai facial sheet mask Masa mu...
Ibu Obes Turun 5 7 Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat Bayi Meninggal

Ibu Obes Turun 5 7 Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat Bayi Meninggal

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 559 hits
Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan Menurut Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit R...
Helang Ini Ikut Cara Yang Betul Dituduh Bela Haiwan Eksotik Ini Respond Padu Tunku Idris

Helang Ini Ikut Cara Yang Betul Dituduh Bela Haiwan Eksotik Ini Respond Padu Tunku Idris

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1016 hits
Helang Ini Ikut Cara Yang Betul Dituduh Bela Haiwan Eksotik Ini respond padu Tunku Idris Helang Ini Ikut Cara Yang Betul Dituduh Bela Haiwan Eksotik Ini respond padu Tunku Idris
Buku Pink Lesen Besar Ibu Mengandung Wajib Ada Dalam Beg Sampai Bersalin

Buku Pink Lesen Besar Ibu Mengandung Wajib Ada Dalam Beg Sampai Bersalin

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1315 hits
Buku pink dan ibu mengandung berpisah tiada Ibaratnya seperti anak dan ibu Buku pink akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung Bila Waktu Sesuai Buka Buk...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp