Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh Nazilah


Ini adalah panduan doa qunut untuk solat subuh secara bersendirian dan secara berjemaah.
Malah panduan untuk qunut nazilah juga turut disediakan.
Ejaan dalam RUMI juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.

Panduan ini mengandungi perkara berikut: Pengenalan Doa qunut solat subuh bersendirian Doa qunut untuk imam / solat subuh berjemaah Maksud terjemahan doa qunut Hukum doa qunut Doa qunut nazilah penutup  
Pengenalan Terdapat tiga jenis qunut dalam solat iaitu qunut dalam solat subuh, qunut dalam solat witir ramadhan dan qunut nazilah.
Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah dari Bahasa Arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusu’.
Manakala maksud secara istilah, qunut adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.
 
Doa Qunut Bersendirian Pada rakaat kedua solat fardu subuh, sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa (membaca doa qunut).
Bacaan doa qunut untuk solat bersendirian adalah seperti berikut:

Bacaan Doa Qunut dalam rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
 
Doa Qunut Untuk Imam / Berjemaah Sekiranya solat fardu subuh tersebut adalah secara berjemaah, bacaan doa qunutnya adalah sedikit berbeza daripada bacaan solat bersendirian.
Perbezaan ini adalah kerana kata ganti nama diri bahasa arab itu ‘Ku’ (nii) ditukar kepada ‘Kami’ (naa) untuk disesuaikan dengan bilangan jemaah yang ramai (lebih dari satu).
Doa qunut dimulakan bacaanya oleh imam.
Imam membaca ayat-ayat bertulisan biru sebagaimana di bawah dan selebihnya (tulisan hitam) dibaca sendiri oleh makmum.

Bacaan Doa Qunut berjemaah dalam rumi:
Allahhumma dinaa fiiman hadait,
Wa’aa finaa fiiman ‘aafait,
Watawallanaa fiiman tawal-laiit,
Wabaariklanaa fiimaa a’thait,
Waqinaa birahmatika syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallah hu ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
 
Maksud Doa Qunut Dalam Bahasa Melayu Berikut adalah makna terjemaah doa qunut baris demi baris:
Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
 
Hukum Membaca Doa Qunut Terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh.
Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.
Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
Walau bagaimana pun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi.
Pandangan Mazhab Syafi’e ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh Nusantara.
 
Doa Qunut Nazilah Makna Nazilah dari segi Bahasa ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak.
Manakala, dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.
Doa Qunut Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku’ (sewaktu i’tidal) pada rakaat terakhir solat.
Hukumnya sunnah hai’ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi).
Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (musibah) yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.
Kaedah pelaksanaan qunut nazilah Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.
Ada tiga cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah Peringatan: Jika  tidak menghafal Qunut Nazilah, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah.
Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.
Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah. Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana. Namun begitu, terdapat teks Doa Qunut Nazilah yang biasa diajarkan kepada kita, seperti dalam lagu kumpulan nasyid UNIC.
Doa tersebut ialah;
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعْدَائِنَا، وَنَعُوذُبِكَ مِن شُرُورِهِمْ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِن كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ، يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، اَللَّهُمَّ يَا مُنزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ Doa qunut nazilah dalam ejaan rumi:
ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fi Nuĥuri ‘A‘-Dâ ‘Innâ‚
Wa Na-‘Użu-Bika Min Syuru-Rihim,
ALLâhumma Baddid Syam-Lahum Wa Farriq Jam-‘Ahum‚ Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum,
Wa Salliţ ‘Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚
Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚
ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚
Yâ Mujriyas-Saĥâb‚
Yâ Hazimal Aĥzâb
Ihzim-Hum… Ihzim-Hum… Ihzim-Hum
Wan-Şurnâ ‘Alayhim
 
Penutup: Tidak Perlu Bertengkar Mengenai Hukum Doa Qunut Walaupun terdapat pertentangan berkenaan hukum membaca doa qunut dalam Solat Subuh, tetapi kita harus tahu bahawa doa Qunut adalah sunnah Nabi saw dan meninggalkannya juga adalah sunnah Baginda.
Orang yang bertengkar serta bermasam muka semata-mata kerana bertelagah tentang hukum bacaan doa qunut dalam solat Subuh sebenarnya tidak mengikut sunnah Nabi saw.
Ulama silam telah membahaskan secara panjang lebar tentang isu-isu ranting seperti doa qunut.
Hasilnya, para ulama dalam mazhab Syafie berpendapat bahawa doa qunut adalah sunat, tetapi pandangan ulama dalam mazhab lain tidak sebegitu.
Mereka berbeza pendapat dalam suasana harmoni.
Hukum solat Subuh tetap sah sekalipun dibaca doa qunut ataupun tidak.
Sikap mengikut sunnah adalah baik dan mulia, namun ia tidaklah sempit sebegitu.
Sunnah Nabi adalah rujukan dan ia terdedah kepada tafsiran.
Maka sikap berlapang dada dan bertoleransi adalah sifat yang paling baik yang perlu kita amalkan.
The post Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh & Nazilah appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-qunut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh

Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 3474 hits
Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh Usai solat subuh tadi saya teringat nak cari maksud penuh bacaan doa qunut sewaktu solat subuh Ya lah selalu baca faham yang maksud simple dia kali ni saya nak faham betul maksud penuh...
Doa Iftitah Yang Diajarkan Nabi Bacaan Arab Latin Dan Artinya

Doa Iftitah Yang Diajarkan Nabi Bacaan Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 586 hits
Doa iftitah adalah doa dalam sholat yang dibaca setelah takbiratul ihram sebelum membaca Surat Al Fatihah Bagaimana doa iftitah yang diajarkan Nabi Muhammad dan artinya Berikut ini pembahasannya Dari hadits hadits shahih kita mendapatkan do...
Niat Sholat Dhuha Doa Bacaan Tata Cara Dan Keutamaan

Niat Sholat Dhuha Doa Bacaan Tata Cara Dan Keutamaan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 353 hits
Sholat dhuha adalah sholat sunnah yang istimewa dengan keutamaan luar biasa Bagaimana tata cara niat sholat dhuha doa dan bacaannya Serta apa saja keutamaan dan keajaibannya Berikut ini pembahasannya Keutamaan sholat dhuha Sholat dhuha memi...
Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat

Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 2859 hits
Bagaimana bacaan doa iftitah yang betul Artikel ini akan memberi panduan mengenai bacaan doa iftitah yang betul dan dipermudahkan dengan ejaan Rumi Hukum berkaitan juga turut dinyatakan Semoga membantu mereka yang masih baru belajar solat P...
Doa Qunut Maksudnya

Doa Qunut Maksudnya

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 3209 hits
Doa Qunut adalah satu doa yang dibaca dalam solat lazimnya dibaca dalam rakaat kedua Solat Subuh semasa iktidal Selain itu ia dibaca juga dalam Solat Sunat Witir terutama pada dan selepas 15 Ramadhan Doa Qunut ada bermacam bacaan seperti bi...
Cara Solat Subuh Panduan Asas

Cara Solat Subuh Panduan Asas

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 806 hits
Bagaimana cara solat subuh Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat fardu subuh secara mudah dan boleh difahami oleh semua orang Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai Setiap bacaan akan dipermudahkan denga...
Doa Elak Kediaman Di Masuk Pencuri

Doa Elak Kediaman Di Masuk Pencuri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 301 hits
Beringatlah saat kita balik kampung perompak tak balik kampung Dia akan beraya dalam rumah yg dirompaknya Jom pakat2 pagarkan rumah kita dgn doa amalan nie DOA DAN AMALAN UNTUK MENGELAKKAN RUMAH KEDIAMAN PEJABAT KEDAI DARI DIMASUKI PENCURI ...
17 Doa Amalan Pembuka Pintu Kekayaan Dan Rezeki Melimpah

17 Doa Amalan Pembuka Pintu Kekayaan Dan Rezeki Melimpah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1010 hits
Amalan wirid untuk membuka pintu rezeki saat ini kami tuliskan untuk membantu saudara yang mungkin telah kesulitan mendapatkan rezeki Dan ingatlah bahwa rizki datangnya dari Allah SWT maka sebab itu kita sebagai umat islam selalu memohon at...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik