Panduan Lengkap Solat Berjemaah


Ini adalah panduan menunaikan solat berjemaah.
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar mengerjakan solat secara berjemaah dengan sempurna.
Apa yang menarik:
Panduan ini disertakan dengan gambar illustrasi untuk memudahkan pemahaman anda.
Bahagian soal jawab berkaitan masalah solat berjemaah juga turut disediakan.
Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat berjemaah dengan sempurna.

Panduan ini mengandungi perkara berikut: 1. Pengenalan
2. Niat solat berjemaah untuk 5 solat fardu (makmum)
Niat solat zuhur jemaah Niat solat asar jemaah Niat solat maghrib jemaah Niat solat isyak jemaah Niat solat subuh jemaah 3. Hukum solat berjemaah
4. Hikmah solat berjemaah
5. Kelebihan solat berjemaah
6. Jumlah jemaah yang sempurna
7. Susunan saf
8. Kedudukan imam dan makmum dalam solat
Kedudukan makmum lelaki Kedudukan makmum perempuan 9. Cara merapatkan saf
10. Syarat menjadi imam
Urutan kriteria dalam memilih imam 11. Apa yang perlu dilakukan makmum
Makmum masbuk & muwafiq 12. Soal jawab permasalahan solat jemaah
 
Pengenalan Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:
Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”
— HR Bukhari dan Muslim
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum.
Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam.
Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam.
Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuk
Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat sunat hari raya, solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir.
Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.
 
Niat Solat Berjemaah Solat Fardu 5 Waktu Niat Solat Fardu Zohor
 Usolli fardu zuhri arba’a rakaatin ada’an makmuman lillahi taala 
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
Niat Solat Fardu Asar
 Usolli fardhal asri arba’a raka’atin makmuman adaan lillahi ta’ala 
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat  sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala
Niat Solat Fardu Maghrib
 Usalli fardhal maghribi salasa raka’atin makmuman adaan lillahi ta’ala 
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
Niat Solat Fardu Isyak
 Usalli fardhai ‘isya’i arba’a raka’atin makmuman adaan lillahi ta’ala 
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
Niat Solat Fardu Subuh
 Usolli fardhol subhi raka’ataini makmuman adaan lillahi ta’ala 
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
 
Hukum Solat Berjemaah Solat berjemaah ialah solat beramai-ramai dengan dipimpin oleh seorang imam.
Sekurang-kurangnya ada seorang imam dan seorang makmum iaitu orang yang solat mengikut imam.
Hukum mendirikan solat jemaah adalah fardu kifayah.
Ini bermaksud, seluruh penduduk sesebuah kawasan kediaman berdosa apabila tiada satu kelompok pun di kalangan mereka yang menunaikan solat secara berjemaah.
Solat berjemaah sangat digalakkan dan lebih afdal dilakukan di masjid.
Oleh itu, sebaik-baiknya setiap ahli kariah iaitu penduduk di sesuatu kawasan penempatan berasa bertanggungjawab mendirikan solat jemaah dan berasa solat jemaah tidak boleh ditinggalkan kecuali ada hal-hal penting atau keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
 
Hikmah Solat Berjemaah Melatih orang ramai mematuhi ketua. Makmum wajib mematuhi imam mengikut adab-adab tertentu. Melatih kaum muslimin berdisiplin sepanjang masa seperti mereka lakukan dalam solat jemaah. Menimbulkan perasaan sama rata sesama umat manusia iaitu kesemuanya sama-sama menyembah Allah SWT dengan cara yang sama pula. Membuka peluang bertanya khabar antara satu sama lain dan mempereratkan ukhuwah antara kaum muslimin.  
Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Imam As-Syafi’e, orang yang bersolat mendapat pahala berjemaah walaupun hanya sempat mengikut imam seketika iaitu ketika selesai mengangkat takbir, imam memberi salam.
Orang yang bersolat mendapat pahala yang sempurna apabila dia dapat mengikut imam daripada takbiratulihram sehingga salam.
Anas r.a berkata Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang bersolat kerana Allah SWT selama empat puluh hari berjemaah dengan mendapat takbir yang pertama, ditulis untuknya dua kelepasan: Kelepasan dari neraka dan kelepasan dari sifat yang munafik 
— Riwayat Tirmizi
1. Pahala atau darjatnya 27 kali ganda daripada solat bersendirian.
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Solat jemaah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda 
— Riwayat Bukhari dan Muslim
2. Setiap langkah yang bertujuan untuk berjemaah diberi kebaikan dan peningkatan darjat, serta dijauhkan daripada keburukan.
3. Menjadi cahaya untuk orang Islam pada hari akhirat.
4. Sesiapa yang berjemaah dalam solat Isyak, seolah-olah dia telah mendirikan solat separuh malam. Sesiapa yang berjemaah dalam solat Subuh, seolah-olah dia telah mendirikan solat pada keseluruhan malam.
 
Jumlah Jemaah Yang Sempurna Sekurang-kurangnya bilangan makmum yang mengikut imam adalah seorang, walaupun hanya seorang kanak-kanak.
Bagaimana pun, bilangan jemaah yang lebih ramai adalah lebih utama.
Oleh itu, masjid yang mempunyai lebih ramai jemaah adalah lebih baik.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Solat seorang lelaki bersama dengan seorang lelaki lebih afdal daripada solat seorang diri dan solat bersama dua orang lelaki adalah lebih afdal daripada solat bersama dengan seorang lelaki. Yang lebih ramai bilangannya, adalah lebih disukai oleh Allah SWT.
— Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
 
Susunan Saf Sekiranya jemaah itu terdiri daripada beberapa kumpulan, maka saf perlu diatur seperti berikut:
Imam Makmum lelaki dewasa Kanak-kanak lelaki Khunsa Perempuan dewasa. Kanak-kanak perempuan.  
Kedudukan Imam dan Makmum dalam Solat Berjemaah 1. Apabila solat jemaah antara seorang imam lelaki dan seorang makmum lelaki, makmum perlu berdiri di sebelah kanan agak ke belakang sedikit daripada imam.
2. Makmum yang baru datang perlu berdiri di sebelah kiri imam. Imam melangkah ke hadapan dan kedua-dua makmum merapatkan saf.
Sekiranya didapati tiada ruang untuk imam ke hadapan, maka kedua-dua makmum perlu undur ke belakang dan merapatkan saf antara mereka.
Imam tetap di tempatnya.

3. Apabila makmum yang baru datang kemudian mendapati tiada lagi ruang untuknya di saf hadapan, makmum perlu solat di saf belakang dengan memulakan solat (bertakbiratulihram) dan kemudian mencuit bahu makmum yang dihadapannya supaya undur ke kebelakang dan bersama-sama dengannya di saf yang baru. 4. Terdapat dua pendapat mengenai makmum perempuan: A) Untuk imam lelaki dan seorang makmum perempuan, posisi paling tepat adalah makmum berada betul-betul di belakang imam.
B) Namun, ada juga pendapat mengatakan boleh bagi makmum wanita berada di bahagian kiri imam lelaki.

Apabila makmum seorang perempuan atau lebih bukan mahram kepada imam lelaki, makmum perlu berdiri jauh dari imam, sekurang-kurangnya tiga hasta.

Info Solat Hukum makmum perempuan dan Imam lelaki yang bukan mahram
Sekiranya seorang makmum perempuan sahaja berimamkan lelaki yang bukan mahram sekalipun terdapat makmum lelaki, hukumnya makruh tahrim (menghampiri haram) baginya untuk solat berjemaah bersama mereka kecuali terdapat mahramnya sekali
— Al-Majmu’ jilid 4 halaman 173, Imam an-Nawawi
5. Apabila jemaah perempuan diimami oleh perempuan, maka saf pertama perlu berdiri di kiri dan kanan imam iaitu pada kadar setapak di belakang imam.
6. Apabila makmum ramai, diseimbangkan bilangan kanan dan kiri dengan mengutamakan yang kanan. Contohnya, melebihkan seorang di saf sebelah kanan.
Apabila berdiri di sebelah kiri imam kesemuanya atau di kanan kesemuanya, hukumnya adalah makruh.

 
Kedudukan sebegini adalah makruh.

 
Cara Merapatkan Saf Berikut adalah kaedah untuk merapatkan saf:
Merapatkan bahu dengan bahu makmum di sebelahnya. Merapatkan lutut dengan lutut makmum di sebelahnya. Merapatkan buku lali dengan buku lali makmum di sebelahnya.  
Syarat-Syarat Menjadi Imam Antara syarat menjadi imam ialah:
Lelaki (apabila terdapat ahli jemaah lelaki). Perempuan dibolehkan menjadi imam kepada jemaah perempuan. Kanak-kanak lelaki yang sudah mumaiyiz boleh menjadi imam untuk kaum lelaki dan perempuan dewasa, sekiranya bacaannya lebih baik daripada ahli jemaah yang lain. Mumaiyiz iaitu dapat membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk. Dipersetujui dan disukai oleh seluruh ahli jemaah. Fasih dan baik bacaan al-fatihahnya (qari) daripada makmum. Faham Ilmu agama dan baik amalannya. Tidak menjadi makmum kepada orang lain dalam masa yang sama. Urutan Orang yang Afdal Menjadi Imam Terdapat beberapa urutan mengikut kriteria dalam pemilihan imam. Antaranya adalah:
Orang yang paling faqih tentang solat. Jika ada persamaan, dahulukan orang yang paling mahir bacaan al-Qurannya. Jika ada persamaan, dahulukan orang yang paling warak. Jika ada persamaan, dahulukan orang yang berhijrah atau yang telah menunaikan haji. Jika ada persamaan, dahulukan orang yang masuk Islam terlebih dahulu. Jika ada persamaan, dahulukan orang yang paling tua umurnya. Jika ada persamaan, dahulukan orang berbangsa Arab (terutama keturuan Bani Hasyim) Jika ada persamaan, dahulukan anak orang soleh atau alim. Jika ada persamaan, dahulukan orang yang masyhur dengan kebaikan. Jika ada persamaan, dahulukan orang yang lebih bersih pakaiannya. Jika ada persamaan, dahulukan yang lebih bersih badannya. Jika ada persamaan, dahulukan orang yang lebih bijak dan pandai. Jika ada persamaan, dahulukan orang yang lebih baik suaranya. Jika ada persamaan, dahulukan orang lebih elok rupa parasnya. Jika ada persamaan, dahulukan lakukanlah undian untuk memilih siapa yang paling layak. Tertib ini boleh diaplikasikan jika:
Belum ada imam yang rasmi di suatu tempat. Dalam jemaah semasa dalam suatu perjalanan atau perhimpunan.  
Syarat Menjadi Makmum Antara syarat menjadi makmum ialah:
1. Berniat mengikut imam. 2. Berada di belakang imam, sekurang-kurangnya tumit belakang sedikit daripada tumit imam. 3. Tidak mendahului pergerakan imam dengan sengaja iaitu mesti kemudian sedikit daripada pergerakan imam. 4. Tidak terlewat daripada imam melebihi dua rukun fi’li yang panjang. Terlewat dua rukun ini, solat akan terbatal.
Contohnya, makmum masih berdiri sedangkan imam sudah selesai sujud ke dua, maka terbatal solat makmum.
5. Mengetahui pergerakan imam, sama ada dengan melihat imam atau melihat makmum di belakang imam, mendengar suara imam atau suara makmum lain. 6. Berada bersama-sama imam di satu tempat, sama ada: Berada di dalam satu ruang bangunan walaupun jarak di antara kedua-duanya sangat jauh. Berada di kawasan terbuka seperti padang dengan jarak diantara imam dan makmum tidak melebihi 300 hasta (135 meter). Imam di dalam masjid dan makmum di luar, yang mana mereka dihubungkan oleh makmum lain yang bersambung sehingga sampai kepada imam.  
Makmum Masbuk dan Makmum Muwafiq Makmum Masbuk Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat solat bersama imam dari awal takbiratulihram.
Ketika makmum mula mengikuti imam, sekurang-kurangnya imam sudah pun membaca al-Fatihah dan makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah apabila imam rukuk.
Makmum Muwafiq Makmum muwafiq ialah makmum yang mempunyai cukup masa bersama imam untuk membaca al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana.
Jika makmum masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam rukuk, maka makmum perlu menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum rukuk.
Sekiranya makmum sempat menyelesaikan bacaan al-Fatihah sebelum imam melakukan sujud kedua, maka makmum perlu segera rukuk dan seterusnya sehingga sempat bersama imam semula.
Makmum dikira mendapat rakaat tersebut bersama imam
Penjelasan lanjut mengenai  apa yang perlu dilakukan  oleh makmum masbuk dan muwafiq boleh dirujuk pada pautan ini
 
Q&A Permasalahan Berkaitan Solat Berjemaah Berikut dikumpulkan beberapa persoalan yang sering timbul berkaitan solat berjemaah:
1. Bolehkah wanita ke masjid? Harus untuk wanita solat berjemaah di masjid dengan syarat mendapat keizinan suami dan tidak memakai bau-bauan.
Namun lebih afdal untuk mereka solat di rumah masing-masing.
2. Adakah sah solat berimamkan khunsa? Tidak sah seorang lelaki berimamkan seorang perempuan atau khunsa.
Tetapi khunsa boleh menjadi imam kepada perempuan dan perempuan boleh menjadi imam kepada perempuan yang lain
3. Apa hukum mengulang solat sekali lagi? Seseorang yang sudah menunaikan solat fardu secara sendirian dikira sudah memenuhi kewajipan solat.
Bagaimana pun, apabila dia mahu mengulang solat fardu tersebut secara berjemaah pula kerana ada kumpulan lain yang kemudiannya mengerjakan secara berjemaah, amatlah digalakkan.
4. Bolehkah solat di belakang imam yang berhadas? Makmum yang mengetahui imamnya berhadas atau terkena najis perlu berniat berpisah daripada imam (mufaraqah).
Apabila makmum terus bersolat mengikut imam yang diketahui sudah batal solatnya, maka solatnya tidak sah.
Sebaliknya apabila makmum tidak mengetahui imam sudah terbatal solatnya, solat makmum tetap sah.
6. Bolehkah solat di belakang imam yang tidak betul sebutannya? Seorang yang tidak dapat menyebut huruf-huruf tertentu dengan betul pada bacaan surah al-Fatihah seperti huruf ra ( ﺭ ) disebut sebagai gha ( ﻍ ), huruf tsa ( ) disebut sebagai sa ( ﺙ ), huruf dhod ( ﺽ ) disebut dal ( ﺩ ) atau kesilapan-kesilapan sebutan lain, tidak sah menjadi imam kepada makmum yang lebih baik bacaannya.
Tetapi dibolehkan apabila dia menjadi imam kepada makmum yang sama sapertinya.
7. Bolehkah datang berjemaah dalam keadaan tergesa-gesa? Sesiapa yang datang ke masjid atau surau untuk solat jemaah, perlu datang dengan tenang dan tidak terburu-buru.
Makruh hukumnya datang berjemaah dalam keadaan tergopoh-gapah dan tergesa-gesa kerana hal ini menyalahi adab dan dapat menghilangkan khusyuk ketika bersolat.
Sebaik-baiknya bersedia lebih awal di tempat solat sebelum masuk waktu supaya dapat berjemaah dengan tenang dan bersedia.
8. Bolehkah imam menunggu makmum untuk masuk berjemaah? Harus hukumnya imam memanjangkan rakaat ketika berdiri atau memanjangkan rukuk sekiranya dia mengetahui ada orang yang baru datang dan mahu menyertai solat jemaah.
9. Bolehkah menjadi imam kepada perempuan yang bukan mahram? Makruh hukumnya menjadi imam kepada perempuan yang bukan mahram apabila tidak ada jemaah lelaki lain bersamanya kecuali ada di antara makmum perempuan tersebut mahramnya.
10. Bolehkah beriman dengan seorang imam yang diragui keturunannya? Dibolehkan berimamkan anak zina, anak orang fasik dan seumpamanya asalkan agamanya baik.
Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Dan seseorang pemikul tidak akan memikul dosa orang lain…
— Fatir 35:18
11. Bagaimana jika makmum mendahului imam? Makmum tidak boleh mendahului perbuatan imam tetapi dibolehkan mendahului atau terlambat bacaannya daripada imam kecuali takbiratulihram.
Apabila makmum bertakbiratulihram serentak dengan imam atau mendahului imam, maka terbatal solatnya.
Untuk memastikan makmum tidak mendahului perbuatan imam, sebaik-baiknya makmum perlu menunggu imam melakukan perbuatan tersebut dengan sempurna, kemudian makmum mengikut imam.
12. Apakah bentuk solat yang boleh diikuti oleh makmum? Orang yang hendak solat fardu atau sunat boleh mengikuti orang yang sama jenis solat dengannya.
Contohnya, orang yang solat fardu maghrib boleh mengikut imam yang solat qada, solat sunat maghrib atau solat sunat Awwabin.
Tetapi orang yang solat sunat fardu tidak boleh mengikut imam yang solat gerhana atau solat Jenazah kerana kedua-dua bentuk solat ini berbeza tertibnya berbanding solat fardu kerana solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud, manakala solat Gerhana tidak ada sujud.
13. Bagaimana makmum yang lewat perlu mengikut pergerakan imam? Apabila dalam solat ada bacaan qunut seperti solat Subuh, maka makmum yang masuk lewat perlu mengikut imam membaca qunut.
Apabila makmum menambah rakaat akhir solatnya yang ada bacaan qunut, makmum perlu mengulang bacaan qunut kerana perbuatan itu adalah mengikut imam.
Begitu juga dalam perkara-perkara yang lain seperti duduk tahiyat, sujud sahwi dan sebagainya, makmum perlu mengikut pergerakan imam.
Namun apabila imam duduk tawarruk pada tahiyat akhir, makmum yang masbuk bolehlah duduk iftirasy kerana itu bukan tahiyat akhir untuknya.
14. Imam mengarahkan supaya meluruskan saf dan merapatkan ruang yang kosong Harus untuk imam mengarahkan makmum meluruskan barisan (saf) solat sebelum memulakan solat.
Makmum juga perlu merapatkan ruang-ruang yang kosong antara bahu-bahu mereka dan menyamakannya supaya lurus.
Senarai soalan lain akan ditambah dari masa ke semasa
 
Penutup Ganjaran bagi orang yang rajin melakukan solat secara berjemaah adalah terlalu besar.
Mafhum daripada hadis Nabi SAW mengatakan bahawa:
Sesiapa yang terlalu rindu untuk ke masjid semata-mata ingin melakukan solat secara berjemaah, sesungguhnya Allah SWT akan meletakkan hambaNya itu di bawah naunganNya di Padang Mahsyar kelak pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan Allah sahaja.
— Sahih Bukhari, hadis no 660 Jilid 2. 143
Semoga panduan ini membantu anda semua memahami dan melakukan solat secara berjemaah dengan lebih sempurna.
InsyaaAllah.
Rujukan: Ensiklopedia Solat: A -Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa Indahnya Hidup Bersyariat, Dato’ Ust Ismail Kamus. The post Panduan Lengkap Solat Berjemaah appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-berjemaah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Cara Qada Solat

Panduan Cara Qada Solat

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 668 hits
Ini adalah panduan qada solat iaitu cara menggantikan solat Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul Apa yang menarik Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qa...
Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung

Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1268 hits
Panduan Lengkap Cara Dan Tabiat Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Mengandung Apakah makanan yang baik untuk ibu hamil 1 bulan Soalan ini seringkali bermain di fikiranku dulu saat disahkan hamil oleh doktor Masa tu 1st time nak jadi ibu jadinya...
Panduan Sebenar Cara Solat Hajat Ringkas

Panduan Sebenar Cara Solat Hajat Ringkas

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 667 hits
Panduan Cara Solat Hajat Ringkas Solat hajat dilakukan apabila seseorang memiliki hajat yang tertentu untuk dipohon kepada Allah SWT Hajat tersebut bergantung kepada niat masing masing dan hendaklah hajat hajat yang membawa kepada kebaikan ...
Fatihah Tidak Lengkap Makmum Kena Qada Solat Isyak

Fatihah Tidak Lengkap Makmum Kena Qada Solat Isyak

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 383 hits
Paparan skrin jemaah Masjid Bandar Puncak Alam mendirikan solat Isyak pada Isnin SHAH ALAM 30 Mei Jemaah Masjid Bandar Puncak Alam di sini perlu menggantikan semula solat Isyak yang dibuat secara jemaah pada Isnin Ahli jawatankuasanya berka...
Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 509 hits
PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRISolat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada...
Derhaka Jahanam Gadis Tikam Bapa Bertubi Tubi Dekat Dada Mata Dan Kepala Sebab Suruh Solat Asar

Derhaka Jahanam Gadis Tikam Bapa Bertubi Tubi Dekat Dada Mata Dan Kepala Sebab Suruh Solat Asar

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 650 hits
Seorang bekas jururawat tergamak menikam bapa kandungnya selepas diingatkan untuk solat Menurut Sebelum kejadian berlaku Hilda Nurafriani 30 telah bertengkar dengan ibunya Fathiyah lebih kurang ja 5 30 petang Difahamkan Fathiyah menasihati ...
Rebah Semasa Zikir Selepas Solat Maghrib Polis Meninggal Dunia Dalam Masjid

Rebah Semasa Zikir Selepas Solat Maghrib Polis Meninggal Dunia Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 426 hits
Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor meninggal dunia selepas selesai solat Maghrib di Masjid Al Wajdi Bukit Selambau di Sungai Petani Kedah semalam selepas rebah ketika bacaan zikir pada 7 45 malam Fadzil Ahmad 60 tahun yang disen...
Video Ramai Yang Tak Sah Solat Atas Kerusi Ini Sebabnya

Video Ramai Yang Tak Sah Solat Atas Kerusi Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 656 hits
Kepada yang ada mak ayah atau nenek yang uzur dan mereka solat atas kerusi eloklah disemak dan diperbetulkan cara solat mereka seperti video di bawah ini Pihak Masjid atau surau jugak perlu ada paparan yang boleh dibaca oleh jemaah berkenaa...
Apakah Rahsia Dan Logiknya Kita Kena Solat 17 Rakaat Sehari

Apakah Rahsia Dan Logiknya Kita Kena Solat 17 Rakaat Sehari

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 409 hits
Ketahui Rahsia Dan Logiknya Mengapa Kita Mesti Solat 17 Rakaat Setiap Hari Kadang kita pun pelik dan mencari cari jawapan kepada persoalan yang bermain di minda Ada yang terjadi apakah sebabnya Kita kena buat itu ini tetapi mengapa begitu c...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba