Cara Setting Gambar Thumbnail Tak Keluar Di Blog
Jom k.fiezz nak tutorial cara membaikpulih thumbnail gambar yang tak keluar di blog. Ewah tutorial sangat. Kezahnya k.fiezz baru tahu trick nak membaikpulih gambar yang tak keluar di thumbnail. Mungkin blogger lain, lama dah tahu. K.fiezz ko yang ketinggalan part ni..hehe..Jadi hat mana satu geng dengan k.fiezz ada masalah yang sama, boleh cuba tips ni. Mungkin boleh membantu. K.fiezz pun try & error je ni..Alhamdulillah. Menjadiiii..
GAMBAR THUMBNAIL TAK KELUARKalau korang perasan, di bawah blog k.fiezz kat bahagian home, korang boleh nampak 3 menu iaitu Jalan-Jalan Cari Makan / Resipi Dari Dapur / Kecantikan. Kat situ ada tajuk & ruang (thumbnail) untuk gambar. Masalahnya sejak k.fiezz bertukar template baru, gambar thumbnail kat situ tak keluar. Adeh. Ada lah k.fiezz bertanya dengan blogger yang design template blog k.fiezz ni. Dia pun tak pasti apa masalahnya. Jadi k.fiezz biarkan je. Cuma tak lawa la bahagian gambar tu tak ada keluar apa-apa. Selalu orang nak baca entry dalam blog, mesti tengok gambar dulu. Ni kosong. Adeh.
Jadi macam ni kat blog k.fiezz. Lama dah. Tak cantik..Cuma nampak tajuk je. Gambar tak keluar. Hat mana keluar gambar tu, k.fiezz pun tak check kenapa boleh keluar gambar. Sejenis pemalas nak check.. hehe.. Lepas tu bising bila jadi macam ni..Tapi sokay, ni kita dah jumpa jalan penyelesaiannya, moh cuba weiiii....TERNAMPAK ENTRY MRS PIP BERKAITAN GAMBAR DI BLOG KABURKebetulan baru-baru ni k.fiezz blogwalking ke blog Mrs Pip. Ternampak satu entry dia yang dia kongsi cara membaikpulih gambar kabur di blog. Mrs pip ada masalah gambar kat blog dia kabur. La pulakkk..Macam-macam hal blogger platform ni, tau. Kitaorang yang tak expert sangat ni memang terkial-kial lah mencari jalan penyelesaian. Bila baca cara mrs pip buat tu. dia cuma tukar setting gambar kepada saiz Original. Terus k.fiezz terfikir. Cuba lah cara mrs pip ni walaupun masalahnya berbeza. Mrs Pip, gambar kabur. Yang K.fiezz langsung tak keluar gambar.
Eh..Tapi no harm cuba,kan. Kalau jadi, jadi lah. Tak jadi sokay.Jom kita cuba..
TUTORIAL EDIT GAMBAR KEPADA SAIZ ORIGINAL
Masuk kat entry. Cari gambar yang kita nak resize kepada original tu, k.fiezz resaiz semua gambar dalam entry. Klik kanan pada mouse & ambil icon yang k.fiezz highlight kuning tu.
Tick original size & update
Lepas tu klik update yang di bahagian atas tepi pula. Tunggu kejap lepas klik update tu..
Nanti gambar dalam entry akan tukar kepada saiz yang k.fiezz letak anak panah tu. Gambar yang bawah tu, sebelum di resaiz..Sebelum-sebelum ni k.fiezz pilih saiz gambar large. Rupanya bila pilih selain dari Original, gambar pula tak keluar di ruang thumbnail.
Jadi k.fiezz repair semua entry yang gambar tak keluar kat sini..Dah siap, try refresh home. Tadaaaa jadi..Gambar keluar di thumbnail.
Fuhhhh..legaaa..Sonok lah wei..Baru cantik. Orang nak baca entry pun semangat sebab ada gambar. Gambar mainkan peranan tau. Dari gambar orang tertarik nak baca entry yang kita tulis kalau berkaitan dengan apa yang dicari.
Jadi kalau korang kot lah ada masalah yang sama macam k.fiezz, boleh cuba cara ni. Harap membantu..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/09/cara-setting-gambar-thumbnail-tak.html