Cara Nak Bagi Gambar Jadi Tak Kabur Dalam Blogger Baru
Tak puas hati tengok gambar dalam template New Blogger jadi kabur lepas dimuatnaik? Sila cari pinggan dan pecahkan. Tidak, penulis bergurau saja
Baru-baru ini Blogger telah bertukar kepada interface pengguna (UI) terbaru bagi mempertingkatkan pengalaman penggunaan platform Blogger. Perubahan yang dilakukan sedikit sebanyak menjejaskan keseronokan pengguna yang menggunakan template blog dibina sendiri (seperti template blog penulis punya ni) atau template ditempah selain dari template asal Blogger. Ramai pengguna Blogger mengeluh kerana perubahan interface baru Blogger telah menyebabkan gambar-gambar yang dimuatnaik menjadi kabur di muka depan blog
Hal ini berlaku kerana UI Blogger baru menggunakan kod output saiz imej yang berbeza dengan kod output saiz imej yang digunakan oleh template bukan milik Blogger. Blogger baru menggunakan kod seperti ini /h640-h426/ manakala jika anda gunakan template buatan sendiri atau template yang ditempah rupa kod itu seperti ini /s640/
Sebenarnya isu ini sangat mudah nak dibetulkan. Tengok di bawah macam mana penulis selesaikan masalah gambar kabur di blog..
Mula-mula kita muatnaik gambar yang nak dipaparkan dalam blog. Ini kucing penulis, nama dia Mimi. Comel tak
Klik pada gambar, nanti akan keluar menu macam ni
Klik pada ikon yang penulis bulatkan tu
Nanti menu ini akan muncul. Nak taip apa-apa di bahagian Alt text dan Title text pun boleh, nak biarkan kosong saja pun boleh. Ubah saiz gambar dari medium kepada saiz lain
Nak lagi senang tak payah buat macam tadi, terus klik je pada ikon yang dibulatkan ni.
Lepas tu tukar saja saiz gambar di sini.
Kemudian klik ikon di hujung paling kiri atas draf template. Pilih HTML view
Akan keluar paparan macam ni. Pening tak tengok coding ni
Perhatikan dua benda ni pada kod "href" dan "src".
Tukarkan kod "w-h" dalam bahagian "src" tu pada "s" sama macam dalam bahagian "href".
Selepas mengikut cara-cara di atas, klik Publish / Update dan lihat hasilnya. Semoga tutorial ini dapat membantu anda dengan masalah imej kabur dalam blog
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yunfila.com/2020/09/cara-nak-bagi-gambar-jadi-tak-kabur.html