Cara Perbaiki Gambar Thumbnail Yang Kabur Selepas Tukar Template Baru
hi there, blog mrs pip ada masalah gambar thumbnail jadi blur selepas tukar template baru. Dalam masa empat bulan ni, 3 kali tukar template! 2 template tu mrs pip beli ya, premium template. Sakit hati bila beli premium template tapi buat pageviews blog turun mendadak gila-gila. So selepas tiga bulan berusaha perbaiki konten dan susun atur blog namun tidak berjaya naikkan PV , jadi mrs pip ambil keputusan kali ini guna template percuma dulu untuk melihat sejauh mana boleh naikkan pelawat masuk blog.
Banyak sangat website yang sediakan template percuma untuk blogspot. Design semua cantik cantik. Pening mahu pilih template yang mana satu. Moreover, sekarang ni hampir semua template disediakan adalah mesra SEO, responsive, loading cepat, dan mempunyai integrasi media sosial.
mrs pip memilih template percuma daripada My Blogger Themes, dan pada asalnya mrs pip mahu gunakan theme SEO BOOST ataupun BLUEBERRY, namun memilih theme AVERIE kerana merasakan theme ini lebih nampak minimalist.
Theme AVERIE memaparkan gambar thumbnail pada front page, dan hampir ke semua gambar thumbnail di blog kelihatan blur / kabur. Jadi tak tunggu lama, mrs pip tanya kat sifu blogger iaitu Tuan Hasrul Hassan macam mana mahu atasi masalah gambar thumbnail yang tidak sedap mata memandang ni.
Tuan Hasrul Hassan bagitau cara untuk atasi masalah ini. Dan cara ini adalah untuk gambar pertama di dalam blog kerana thumbnail pada blogspot adalah gambar pertama di dalam sesebuah entry
Cara Perbaiki Gambar Thumbnail Blur Selepas Tukar Template Baru
1. Masuk entry korang 2. Klik pada gambar pertama3. Set kan gambar ke ORIGINAL SIZE4. Masuk ke dalam html view5. Cari html coding untuk gambar pertama6. Copy code dalam HREF tu, dan pastekan ke dalam SRC7. Siap dan boleh save8. Masuk ke blog korang, dan korang akan dapat gambar korang kembali cerah terang benderang :)
Sila lihat gambar di atas BEFORE dan AFTER. Sangat berbeza kan. Dan untuk gambar lain, sila setkan semua gambar anda ke ORIGINAL SIZE.
Kenapa gambar di blog perlu set ke Original Size?Menurut Tuan Hasrul Hassan, loading pada blog akan ambil masa untuk calculate balik atau resize gambar yang tidak di set ke Original Size.
Jadi korang rajin-rajinlah set semua gambar di blog korang ke saiz asal , tapi pastikan korang dah compress / resize gambar korang lebih awal sebelum masuk blog. Gambar dengan saiz yang besar akan jadikan loading blog korang lambat.
Korang boleh guna Photoshop atau Paint untuk resize gambar tu. Macam mrs pip hanya guna paints sahaja dan recommended resize ialah 1080 atau 720. Ini saiz HD kata Tuan Hasrul Hassan.
Pageviews Meningkat Selepas Tukar Template BaruBercakap balik mengenai blog template terbaru yang mrs pip tukar ni, PV kembali naik. Kalau sebelum ini (guna template premium ), PV sebulan hanyalah sekitar 400 - 700 sahaja sehari, tetapi selepas tukar template, PV meningkat cecah lebih 1K sehari. Semoga berjaya naikkan PV seperti dulu.
So kalau korang pun ada masalah pageviews turun, maybe korang boleh consider untuk guna template lain. Dan just in case thumbnail di blog korang blur , korang bolehlah guna cara yang mrs pip share kan tadi ya.
Blogging is fun.
cheers.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/09/cara-perbaiki-gambar-thumbnail-blog-blur-kembali-cantik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)