Cara Rebus Perut Lembu Guna Periuk Noxxa
Cara Rebus Perut Lembu Guna Periuk Noxxa | Perut lembu, ramai yang suka makan tak ? Macam - macam menu yang boleh dibuat guna perut lembu ni. Kalau perut lembu segar biasanya boleh dapat masa hari raya korban.
Nak beli pun kalau kebetulan ada, memang dapat. Sebab bahagian dalam lembu ni cepat habis. Kalau korang biasa tengok perut lembu ni ada lain - lain corak dia kan.
Jangan tahu makan saja, kita kenal jenis perut lembu macam mana.
Ada 4 jenis perut lembu.
1. Perut tuala atau perut tebal2. Perut sarang lebah3. Perut kitab 4. Perut jerami
Kalau tengok gambar di bawah ni, semua jenis perut lembu ada.
Kalau tanya sis masak apa dengan perut lembu.Kat rumah ni biasanya menu air asam perut lembu paling mudah nak buat. Ada orang buat kerabu perut lembu
Nak buat air asam perut lembu memang elok sangat guna perut lembu yang segar bukannya beli di sejuk beku macam kat pasar raya tu.
Yang itu memang tak sesuai nak buat air asam perut lembu sebab tak sedap
Cara Bersihkan Perut LembuMakan perut lembu memang sedap, tapi nak cucikan tu kena usaha lebih sikit. Sebab nak bagi putih. Geli pulak kalau nampak hitam - hitam tu kan.
Sis ni kalau bab cuci perut lembu dah serah kat orang lain.
Ada 2 cara nak bersihkan perut lembu hingga putih. Ini cara basuh perut lembu ya
Cara Cuci Perut Lembu Guna Air Kapur1. Perut lembu direndam dala air kapur makan dalam 1 jam2. Selepas satu jam boleh buang hitam yang lekat di perut lembu. 3. Ambil pisau sambil kikis. Kena kikis juga tapi mudah sikit tanggal
4. Bila perut lembu dah putih, cuci dengan air limau untuk hilang bau. 5. Dah bersih, rebus sekejap untuk mudahkan proses pemotongan
Cara Cuci Perut Lembu Guna Cuka 1. Rendam perut lembu yang hitam dengan cuka makan. Tak payah campur air
2. Rendam dalam 2 jam. 3. Selepas 2 jam, bersihkan sambil kikis kat celah - celah. Kesan hitam pun mudah tanggal.
Rebus Perut Lembu Dengan Noxxa Cepat LembutJadi nak masak sekali harung guna periuk noxxa. Tak lain tak bukan resepi yang sesuai ialah air asam perut lembu
Memang sinonim dah di Kelantan semua bermenu air asam.
Lembu korban yang kena sembelih ini lembu muda, daging pun masak lembut elok tak adalah masak terlalu lama sangat
Kalau yang lambat nak masak, daging liat dan lambat nak lembut, Ini bergantung kepada usia lembu, kalau lembu tua, daging pun memang liat lambat nak lembut.
Perasan kan. Ke kita pulak cakap sorang - sorang.
Ada rezeki nak makan air asam perut lembu, terlebih dahulu kenalah bersihkan perut lembu dengan bersih buang segala kotoran.
Seperti biasa rebus guna periuk noxxa, mungkin ada lagi yang masih tak tahu kan.
Kalau atas dapur memang mahu berjam - jam lah jugak.
Gambar bawah ini perut lembu yang dah masak Cukup 30 minit high pressure. Memang dah lembut elok dah.
Perut lembu yang dah siap dihiris. Dan sedia untuk dibuat air asam perut lembu
Cara Rebus Perut Lembu Guna Periuk Noxxa 30 MinitBahan - bahan Perut lembu Air secukupnya
Cara - Cara 1. Perut lembu dicuci bersih
2. Letak dalam inner noxxa dan masukkan air secukupnya, air jangan banyak sangat cukuplah sekadar atas paras perut lembu. Tak perlu sampai tenggelam, Perut lembu akan keluarkan air. 3. Tutup tudung dan tombol ke pressure
4. Tekan High Pressure selama 30 minit dan tekan on
5. Selepas bunyi beep tekan off dan boleh lepaskan wap tombol ke steam
6. Dah siap. Memang lembut elok dah HP dalam 30 minit.
Jemput tonton di my youtube channel
Baca Juga : 1. Resepi Sup Urat Keting Sedap Dan Mudah 2. Resepi Air Asam Perut Lembu Simple Dan Sedap 3. Resepi Sambal Paru Goreng Yang Mudah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2018/09/cara-rebus-perut-lembu-noxxa-30-minit.html