Cara Tulis Ayat Mohon Kerja Guna Emel Daripada Mula Sampai Penutup
Tidak cukup sekadar melampirkan resume/CV tanpa menulis apa-apa pada emel tersebut kerana perbuatan tersebut jelas menunjukkan anda kurang beradab dan tidak profesional.
Amalan Terbaik Hantar EmailUntuk memberi kesan yang baik kepada bakal majikan, anda perlulah mematuhi perkara-perkara berikut.
1. Guna alamat email profesional
Pastikan alamat email anda tidak mempunyai perkataan yang pelik atau terlalu kebudak-budakan seperti
[email protected] atau
[email protected]. Email seperti ini akan menggambarkan anda sebagai tidak matang atau profesional. Sebaik-baiknya letaklah nama sebenar anda dalam alamat email tersebut.
2. Tulis subjek email dengan jelas
Ramai yang tidak memberi cukup perhatian kepada subjek email. Sebenarnya inilah perkara utama yang menentukan sama ada bakal majikan akan buka email atau tidak. Jadi, anda perlu isi ruangan ini dengan tepat dan padat. Contoh subjek email yang menarik perhatian adalah “Permohonan kerja pelatih pengurusan”. Ini memberitahu bakal majikan tujuan email tersebut dan seterusnya membaca email anda.
3. Mulakan dengan salam diikuti oleh nama penerima
Sebagai tanda hormat, mulakanlah email dengan salam sejahtera. Lebih baik lagi jika anda tulis nama bakal majikan atau pengurus HR. Ini menunjukkan anda serius dan telah melaksanakan kaji selidik terhadap syarikat tersebut.
4. Pastikan isi kandungan ringkas dan jelas
Anda tak perlu tulis email yang panjang. Sebaliknya, anda hanya perlu tulis beberapa perenggan sahaja. Anda boleh jelaskan lebih lanjut dalam cover letter anda yang akan dilampirkan dalam email tersebut bersama resume profesional anda
3 Perkara Penting Yang Perlu Disertakan Dalam Email
Setelah memahami format email, anda kini perlu tahu cara mengisi kandungan email tersebut. Pastikan email anda ringkas atau straight to the point.
Nama anda dan latar belakang ringkas
Dalam perenggan pertama, perkenalkan diri anda secara ringkas. Jika anda seorang graduan segar, jangan segan untuk menyatakan nama universiti dan ijazah anda.
Pekerjaan yang diingini serta tujuan email
Perenggan kedua pula adalah untuk menyatakan tujuan email ini. Walaupun telah dinyatakan dalam subjek email, lebih baik anda nyatakan sekali lagi jawatan yang diingini supaya tidak ada sebarang keraguan. Anda juga boleh nyatakan bila anda boleh mula bekerja.
Lampiran PDF resume dan cover letter
Dalam perenggan terakhir, pastikan anda nyatakan bahawa anda telah melampirkan resume dan cover letter. Ini adalah untuk memastikan bahawa bakal majikan tidak lupa untuk muat turun kedua-dua lampiran tersebut
Contoh Email Permohonan Kerja
Permohonan Kerja Pelatih Pengurusan
Selamat sejahtera Tuan/Puan [Nama],
Saya Izzati Ahmad berumur 23 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya bulan Mei 2020 di mana saya telah menerima Ijazah BSc (Hons) Business Administration.
Saya ingin memohon jawatan yang Tuan/Puan tawarkan iaitu Pelatih Pengurusan. Saya boleh bermula dengan serta merta dan berharap untuk menyumbangkan kemahiran serta pengetahuan saya sekaligus mempelajari lebih lanjut tentang syarikat Tuan/Puan.
Dilampirkan adalah resume dan cover letter untuk pemerhatian dan penilaian Tuan/Puan. Saya harap untuk mendapat maklum balas dan dicalonkan untuk bertemuduga.
Sekian, terima kasih
-----------------------------
Contoh Email Mohon Kerja (BM)
Berikut merupakan contoh email mohon kerja dalam bahasa Melayu.
Selamat sejahtera Tuan/Puan [NAMA],
Saya [NAMA] dan kini merupakan seorang [PEKERJAAN SEKARANG] di [NAMA SYARIKAT] sangat berminat untuk memohon jawatan [JAWATAN YANG DI IKLANKAN] yang diiklankan oleh syarikat tuan/puan.
Saya berpengalaman selama [NYATAKAN PENGALAMAN] dalam bidang [NYATAKAN KERJA DAN SKILL ANDA]. Saya berharap dapat menyumbangkan kepakaran saya kepada syarikat tuan/puan dan pada masa mengembangkan lagi pengalaman saya dalam jawatan yang dipohon.
Dilampirkan adalah resume dan cover letter untuk pemerhatian dan penilaian Tuan/Puan. Saya harap untuk mendapat maklum balas dan dicalonkan untuk bertemuduga.
Sekian, terima kasih.
[NAMA]
[NO TELEFON] -----------------------------
Kenapa Perlu Sertakan Cover Letter?
Mungkin anda keliru apa bezanya tulis permohonan kerja dalam isi kandungan email dengan melampirkan cover letter. Kebanyakan syarikat memerlukan cover letter dalam format .pdf apabila anda hantar email permohonanan kerja. Ini adalah untuk tujuan merekodkan permohonan anda dalam sistem mereka. Oleh itu, lebih baik anda tulis isi kandungan email pendek dan tumpukan lebih perhatian kepada cover letter.
Sebaik-baiknya cover letter perlu ditulis dalam satu muka surat sahaja. Namun begitu, pastikan setiap perenggan adalah ringkas dan jelas. Apabila menulis cover letter, jangan segan untuk luahkan hasrat dan keinginan untuk bekerja bersama syarikat bakal majikan tersebut.
Kesalahan Biasa Hantar Permohonan Kerja Melalui Email
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu elakkan apabila memohon kerja melalui email:
• Rayuan yang berlebih-lebihan. Ini menunjukkan anda sangat terdesak atau desperate dan boleh menjejaskan gambaran positif dan profesionalisme anda.
• Hanya melampirkan dokumen tanpa menulis penjelasan dalam email. Bakal majikan takkan endah untuk memuat turun lampiran jika isi kandungan email anda kosong. Ini menunjukkan anda seorang yang malas atau tidak mempunyai tahap kesopanan asas.
• Melampirkan saiz dokumen terlampau besar. Bakal majikan anda mungkin sangat sibuk dan tidak mempunyai banyak masa. Jadi pastikan saiz dokumen itu kecil untuk memudahkan proses muat turun serta menjamin resume dan cover letter anda dibaca oleh bakal majikan
Contoh ayat & frasa untuk apply job melalui email dalam english:
1) Greeting
- Dear Sir/Madam (better letak nama orang tu kalau tahu)
2) Reason
- With reference to your advertisement on the.... website, I am interested in applying for the post of .....
3) Background & experience
- I am 25 years old and am currently studying for a degree in ..... at ..... University.
- For the last three months I have been working as a ..... at .....
4) The job itself
- I am interested in this job because ... - I feel that I would be well-suited for this job/have a lot of experience in ...
5) Referring to CV
- I have attached my CV as a PDF document. You will notice that I ..... as well as ..... You will also notice that ...
6) Final comments
- I would be grateful if you would consider my application.
- You will see from my CV that two people can be contacted as references.
- I am available for interview in ...../ by phone any weekday afternoon, and you can email me or call me on the number below.
7) Close
- I look forward to hearing from you soon. Yours faithfully
Berikut merupakan contoh email mohon kerja dalam bahasa Inggeris.
Dear Hiring Manager,
I was keenly interested in reading the job posting for the position of [POSITION ADVERTISED]. I believe my experience is a strong match for the responsibilities pertaining to this role, and I’m pleased to submit my application for the position.
My most recent [CURRENT POSITION], where I [JOB DESCRIPTION]. In addition, [SKILL].
I have attached my resume to this letter. Through it, I hope you will learn more about my background, education, achievements, and awards.
If I can provide you with any further information, please let me know. I look forward to hearing from you about this opportunity.
Thank you for your consideration.
[NAME]
[PHONE NUMBER]
-----------------------------
Tak susah pun kan nak apply kerja melalui email ni, and semoga dengan thread ni, korang berjaya dapatkan kerja.
Aminnn
Kredit : farid affyJangan Lupa Like, Share & Komen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://selongkar10.blogspot.com/2022/07/cara-tulis-ayat-mohon-kerja-guna-emel.html