Cara Mudah Buat Telur Dadar Yang Sedap Nipis Cantik
Anda ingin membuat telur dadar nipis dan cantik? Tak kisah untuk tujuan hiasan atau sebagai bahan gulungan, ia tidak semudah yang dilihat. Memang semua orang boleh buat telur dadar kerana nampak macam mudah. Tetapi untuk mendapatkan telur dadar yang dinipis dan tidak koyak bila digulung, ini caranya:
Gunakan Kuali Yang Tidak Melekat (Non-Stick)
Membuat telur dadar menggunakan kuali non-stick merupakan pilihan yang terbaik terutama jika anda yang jarang membuat telur dadar kerana kuali jenis ini menjadikan telur dadar tidak melekat pada kuali, mudah diterbalikkan dan tidak terkoyak. Sebagai saranan, gunakan kuali yang tidak terlalu besar atau kecil seperti kuali dengan ukuran 22cm adalah lebih sesuai.
Gunakan Sekurang–Kurangnya Dua Biji Telur
Dengan dua biji telur ini, akan menjadikan kerja mendadar telur lebih mudah kerana ia tidak terlalu sedikit. Dengan dua biji telur, anda boleh buat tiga keping telur dadar yang nipis. Kalau guna satu biji ia terlalu sedikit.
Oleskan Kuali Dengan Sedikit Minyak
Walaupun menggunakan kuali anti lekat, anda masih perlu oleskan sedikit minyak di seluruh permukaan dalam kuali. Gunakan lebih kurang satu sudu teh minyak masak, kemudian ratakan dengan tisu dapur. Ia membantu telur dadar lebih mudah untuk diterbalikan. Jika terlebih minyak, boleh tekap dengan tisu dapur. Olesan minyak perlu dilakukan setiap kali menbuat telur dadar.
Guna Api Kecil
Cara paling selamat untuk mendapatkan telur dadar nipis, tidak hangus dan masak sekata adalah dengan menggunakan api yang kecil. Telur dadar yang cantik berwarna kuning cerah.
Ukuran Untuk Sekeping Telur Dadar
Sangat penting untuk anda tahu berapa banyak telur yang diperlukan bagi satu keping telur dadar nipis. Anda boleh gunakan senduk gulai bulat sebagai ukuran agar hasil telur dadar adalah sama. Selepas itu, anda hanya perlu tuangkan telur dalam kuali, kemudian perlahan-lahan layang ke kiri dan ke kanan kuali supaya telur merata nipis dengan cantik.
Goreng Sekejap
Selain menggunakan api perlahan, telur dadar juga mesti digoreng sekejap sahaja. Elakkan daripada memasak terlalu lama kerana bimbang telur dadar menjadi terlalu garing. Sebaiknya, bila kuali panas atas api perlahan, masukkan telur. Apabila cairan telur sudah kering, terbalikkan sebelah lagi. Selepas 30 saat, angkat segera telur.
Gulung Dan Hiris Nipis
Apabila telur dadar telah siap dan kurang panas, gulung telur dan hiris nipis-nipis seperti hirisan mi. Atau gunakan telur dadar sebagai wrap makanan lain. Selain boleh digunakan sebagai hiasan, ia juga dijadikan lauk dan dimakan bersama pulut kuning, nasi goreng atau diratah begitu sahaja.
Jika anda sedang mencari SANDWICH MAKER, boleh cari DISINI.
Artikel menarik yang boleh anda baca:
Roti Telur Bersama Jem Coklat, Minum Petang Yang Cukup Sempurna
Telur Masin Homemade, Hanya Guna Telur Ayam
Telur Dadar Berkeju, Comel Sesangat Weh
Resipi yang boleh anda cuba di rumah:
[embedded content]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/cara-mudah-buat-telur-dadar-yang-sedap.html