5 Petua Cara Mudah Memuaskan Batin Suami
Ramai isteri tidak tahu petua paling berkesan 'mengikat' suami di kamar tidur, malah mungkin ada yang kurang peduli. Hubungan intim yang mesra dan ghairah bersama dengan suami memang ada caranya dan bukanlah sukar sangat untuk dilakukan.
Sekadar melakukan beberapa cara sederhana seperti dibawah, agar isteri terus disayangi suami tanpa terniat untuk cari yang lain..
1. Urut Tubuh Suami
Lelaki suka disentuh, dibelai apalagi jika diurut oleh tangan lembut isterinya. Sentuhlah leher suami yang tegang kerana pasangan anda telah seharian bekerja dan melewati hari yang memenatkan di tempat kerja.
Setelah itu teruskan pula menyentuh lengannya, punggung serta kaki dan jari-jemarinya. Berikan urutan ringan. Lelaki tidak selalu menginginkan urutan yang menggoda atau menghairahkan.
Kadang-kadang apa yang mereka perlukan hanya perhatian daripada isteri dan perkara sebegini bukannya sukar dilakukan oleh isteri kan.
2. Merengek, Tapi Tidak Keterlaluan
Lelaki sememangnya akan merasa ghairah dan berahi apabila pasangannya terangsang seperti rengekan kecil dan desahan.
Lelaki juga suka apabila pasangannya 'berbunyi' sebagai tanda mereka sedang terangsang ketika melakukan perhubungan seksual.
3. Bangkitkan Suami Dengan Ciuman
Kejutkan suami dengan ciuman di bibir dan bahagian leher di pagi hari sebagai pengganti jam loceng.
Sebuah cumbuan yang didahului oleh isteri akan menyebabkan mood suami meningkat beratus kali ganda! Tak percaya?
4. Kulit Isteri Yang Lembut Dan Wangi
Kulit isteri yang sihat dan lembut adalah salah satu perkara yang mampu membuatkan suami ghairah.
Jadi, biasakanlah diri anda untuk selalu merawat kulit. Gunakan losen pelembap untuk tubuh dan muka.
Wangian dari losen disertai kulit isteri yang lembut akan menyebabkan suami akan sentiasa melekat dan berfikir 15 kali untuk keluar dari rumah untuk melepak.
5. Pakai Pakaian Suami
Lelaki sememangnya suka melihat pasangannya berpakaian seksi, namun apabila melihat anda memakai pakaiannya merupakan suatu pemandangan yang sangat menggoda.
Sesekali apabila malam menjelma, pakai pakaian suami anda dan dimatanya anda akan kelihatan nakal dan ghairah.
Memakai pakaiannya juga seolah-olah anda sedang 'mencabar' suami dan yang pastinya, lelaki pantang dicabar! Awas!!
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
Isteri Tak Pandai Masak, Kena 'Terer' 3 Bab Ini!Kenapa Sakit Dan Ngilu Ketika Bersetubuh?
-Sentiasapanas.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sentiasapanas.com/2020/03/cara-mudah-memuaskan-batin-suami.html