
Mengikut perkongsian Dr. Latif Saad dari laman web The Diagnosa, satu kajian telah dilakukan di mana pesakit diminta berkumur air garam pekat dan menitiskan air garam di dalam hidung mereka.Dan hasil kajian itu mendapati, waktu jangkitan demam selesema dapat dikurangkan kepada dua hari sahaja — selain pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat farmasi, mengurangkan jangkitan kepada orang lain dan mengelakkan penggunaan ubat antibiotik.Hasil kajian itu ada diterbitkan di sebuah jurnal, Nature.
Dr. Latif menjelaskan lagi, demam selesema kebanyakannya adalah disebabkan oleh jangkitan virus — justeru tiada lagi rawatan untuk membunuh virus itu dengan berkesan.Dan penggunaan garam pula dikatakan berkesan kerana ia mengandungi ion klorida, yang boleh digunakan oleh sel badan untuk menghasilkan hypochlorous acid.Ia sama seperti air klorin, yang kita ketahui mempunyai sifat antiviral yang kuat.Jadi,hypochlorous acid inilah yang akan membunuh semua virus di sekitar kawasan tersebut.Sekarang ni kalau malas nak buat sendiri, dekat farmasi pun dah ada jual banyak saline solution — dalam pelbagai bentuk.Kan dah mudah kerja korang, kalau nak cari ikhtiar cepat sembuh tanpa terlalu bergantung kepada ubat klinik.Apapun, kalau demam teruk sangat tu — bolehlah pergi dapatkan rawatan di hospital dengan segera.
Active Search Results Search Engine|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |