Cara Mudah Masak Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap


 As Salam,
Cara Mudah Masak Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap- Syukur.Hari ke-19 Syawal. Misi mengembangkan badan yang sedia kembang terpaksa diteruskan.ciss.Banyak nau alasan.Inilah masalah mak-mak se-Malaya yang jadi chef kat rumah tau.Kita memang nak diet, nak jaga badan tapi tulah.Masak pun kenalah yang sedap-sedap kan.Dah kita masak, takkan kita nak nengok je.Kita tukang rasa, ambik bau, tahu-tahu asalnya segengam nasi, dah jadi sepinggan nasi.hiks.


Daging masak hitam berempah ala kenduri ni sebenarnya request Encik Suami. Saya juga suka masakan daging seperti ini sebab rasa rempah yang kita guna selain kicap yang memang sedia sebagai bahan utama yang jadikan dia hitam.heh.Bukan sebarangan ireng tau


Kalau korang masak daging hitam berempah ala kenduri ni, lagi banyak kuantiti bahan yang digunakan, lagi sedap sebab rempah ratus yang kita guna tu akan buat daging ini betul-betul lembut dan berempah

Okies.Kali ini saya nak kongsikan Cara Mudah Masak Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap. Resepi ini versi yang ala-ala kenduri berbanding resepi daging berempah yang pernah saya kongsi sebelum ini di sini : Resepi Daging Masak Hitam Berempah Yang Sangat Sedap- 



Ini pula Daging masak hitam berempah versi pertama yang saya pernah kongsi dalam blog sebelum ini.Bezanya daging hitam berempah yang ini tidak menggunakan bahan seperti serbuk kari, buah keras, lengkuas, kerisik. Tapi macam lebih kurang rupanya kann.hiks




Saya suka bagitahu yang resepi ini sebagai Resepi Daging Masak Hitam Berempah ala kenduri sebab bahan-bahan yang digunakan lebih banyak, tapi cara masaknya senang sahaja.InshaAllah. Jom, tengok resepi dulu. Saya dapat resepi ini dari sebuah page di FB iaitu Resepi Sedap-


Resepi Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap
Sumber resepi : Resepi Sedap
Olahan Resepi : Cik Matahariku
Bahan-Bahan Perapan :
1 kilo Daging dipotong kiub
2 inci halia ( tumbuk kasar )
5 ulas bawang putih ( tumbuk kasar )
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Kicap lemak manis Jalen secukupnya.( Agak-agak untuk perapan sahaja)
Gaul semua bahan dengan daging yang sudah ditoskan dan perap sekitar 30 minit sehingga 1 jam. 


Bahan-Bahan Kisar :
5-7 ulas bawang merah (ikut saiz bawang )
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 biji buah keras


Bahan-bahan lain :
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan cili kering blend
1 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh pes asam jawa
2 sudu makan kerisik
Bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan biji cengkih ( 4 sekawan )
4 tangkai daun kari
Kicap lemak manis secukupnya
1 biji Bawang Holland dihiris ( bahagi untuk tumisan pertama dan hiasan selepas kuah dah memekat ).
Cili Padi ( jika suka pedas dan sebagai hiasan )
Minyak masak secukupnya


Cara Menyediakan Daging Masak Hitam Berempah Yang Sedap
1. Perap daging dengan bahan-bahan perapan.Nak perap berapa lama, ikut korang.Kalau nak lagi berasa rempahnya, siap perap daging sebelah malam, esok pagi atau tengahari dah boleh masak.


2. Panaskan minyak.Masukkan daun kari, rempah empat sekawan dan bawang hollland yang dihiris.


3. Biarkan sehingga naik bau, masukkan bahan kisar, cili kering blend dan serbuk kari.Kacau sebati dan biarkan seketika hingga terbit minyak.Gunakan api perlahan sahaja.


4. Masukkan pula daging yang sudah diperap.


5. Masukkan kicap lemak manis secukupnya.Jangan terlebih kicap sebab kita dah perap dengan kicap.Karang terlebih masin pulak. Masukkan juga pes asam jawa.


6. Perasakan dengan gula dan serbuk perasa-saya tak letak garam sebab dah letak kicap. 


7. Masukkan satu cawan air untuk lembutkan daging.Biarkan sehingga mendidih dan pekat kuahnya.


8. Jika daging masih belum empuk, tambah air sedikit demi sedikit.Pastikan kuali ditutup supaya wap air dapat bantu daging empuk lebih cepat.


9. Jika kuah sudah semakin memekat, masukkan kerisik dan kacau perlahan.Biarkan seketika.


10. Sekiranya daging sudah benar-benar empuk, masukkan hirisan bawang holland yang dipotong sederhana tebal dan juga cili padi untuk lebih kepedasan.


11. Angkat dari kuali dan sedia untuk dihidagkan dengan nasi putih panas dan telur dadar.
 
Cara Bergambar Menyediakan Daging Masak Hitam Berempah ala Kenduri



Antara bahan tumisan pertama yang akan kita masukkan bila minyak dah panas. Masukkan separuh bawang holland yang dihiris, rempah empat sekawan, daun kari.Biarkan sehingga naik bau.


Selepas saya masukkan bahan kisar dalam kuali.Kacau hingga sebati.


Masukkan cili kering blend, serbuk kari, pes asam jawa.


Masa ni saya dah masukkan kicap, air satu cawan dan perasakan.Garam saya tak letak sebab dah guna kicap dalam masakan. Bila daging dah empuk dan kuah semakin memekat, boleh masukkan kerisik.


Masa ni kuah dah memekat, rasanya pun dah perfect dan sodap, ekau boleh masukkan bawang holland lagi separuh dan juga cili padi sebagai hiasan.Family saya kuat pedas, jadi saya tabur cili padi dah buat macam ulam je.kiki.



Daging Masak Hitam berempah by Cik Matahariku Done.hiks.Makan dengan nasi putih panas-panas, ekau tak pedulik dah diet on ke tak on.haha.Bertabahlah ya.Insof  kalau nak badan selim melim.




Selamat mencuba dan jangan lupa kongsi hasil cobaan korang dalam komen di bawah ya!










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2021/05/cara-mudah-masak-daging-hitam-berempah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Opor Daging Cara Orang Pekan Masak Sangat Sedap Boleh Cuba

Opor Daging Cara Orang Pekan Masak Sangat Sedap Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 468 hits
Opor masakan yang sangat sinonim dengan orang Pekan Pahang menu autentik ini selalu dihidangkan di majlis kenduri kendara atau Hari Raya Rasanya sangat sedap dan boleh dimakanan dengan nasi putih nasi bertumis lemang nasi impit ketupat pala...
Cara Masak Nasi Ayam Guna Beras Basmatahi Sedap Berbaloi Sangat Cuba

Cara Masak Nasi Ayam Guna Beras Basmatahi Sedap Berbaloi Sangat Cuba

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 359 hits
Macam macam jenis atau versi nasi ayam ada yang ayam goreng kukus dan ada juga yang dibakar Semuanya sesuai dengan selera masing masing Kalau anda dan keluarga pengemar nasi rasanya resipi Nasi Ayam Beras Masmathi yang dikongsikan oleh Mari...
Ikan Masak Asam Ni Sangat Sedap Mudah Sangat Masaknya

Ikan Masak Asam Ni Sangat Sedap Mudah Sangat Masaknya

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 317 hits
Anda tidak akan menyesal masak menu ikan ini kerana rasanya yang masam dan pedas ni memang membuka selera makan apa lagi kalau kena dengan nasi panas Comfirm anda sekeluarga makan bertambah tambah Untuk resipi penuh anda boleh follow resipi...
Cara Masak Soto Banjar Yang Mudah Sedap Teringin Boleh Cuba

Cara Masak Soto Banjar Yang Mudah Sedap Teringin Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 347 hits
Bila teringin menu berkuah mesti korang terbayangkan macam macam menu sup Apa kata kali ini korang cuba Soto Banjar rasa dan bahan lebih kurang soto biasa tetapi kuahnya kuning sebab ada tambah kunyit dan ia dimakan dengan sambal cili Tapi ...
Resipi Masak Lemak Cili Padi Udang Nanas Mudah Dan Sangat Sedap

Resipi Masak Lemak Cili Padi Udang Nanas Mudah Dan Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 369 hits
Masak Lemak Cili Padi Udang Nanas Bila work form home hari harilah masak sejak setahun yang lalu Bila dah hari hari masak barulah rasa macam mana surirumah yang lain rasa walaupun masak hari hari Rasa apa Rasa tak tahu nak masak apa dan ras...
Cili Kisar Tahan Lebih Lama Nak Masak Pun Senang Ini Cara Mudah Simpan Cili Kisar

Cili Kisar Tahan Lebih Lama Nak Masak Pun Senang Ini Cara Mudah Simpan Cili Kisar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 456 hits
Berbanding bahan memasak lain cili kisar antara bahan wajib ada di dalam peti ais di rumah kita Semua ini bagi menjadikan masa memasak terutama masakan bersambal jadi lebih pantas dan menjimatkan masa Pun begitu stok cili kisar yang selalu ...
Tauhu Goreng Bersama Daging Kisaryang Sedap Mudah Buat

Tauhu Goreng Bersama Daging Kisaryang Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 252 hits
Anda yang sukakan Tauhu Jepun selain dikukus ia juga sedap digoreng kemudian tumis dengan daging kisar dan tambah cili untuk memberi sedikit rasa pedas Untuk anda yang ingin mencuba resipi ini berikut diserta resipinya Anda cuba ikut dan ge...
Rahsia Buat Ayam Panggang Lada Hitam Paling Mudah Sedap

Rahsia Buat Ayam Panggang Lada Hitam Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 322 hits
Keenakan ayam panggang bergantung kepada bahan perapan jika anda dan keluarga menggemari ayam panggang boleh cuba resipi yang dikongsikan ini sangat mudah bahan perapannya juga simple Tak rugi cuba hasilnya gerenti sedap Lepas ni anda dah t...
Resepi Rendang Kerang Yang Sangat Sedap Dan Mudah Di Sediakan Di Rumah

Resepi Rendang Kerang Yang Sangat Sedap Dan Mudah Di Sediakan Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 824 hits
As Salam Resepi Rendang Kerang Yang Sedap dan Mudah Disediakan Di Rumah Yeahh Kita sudah berada di Syawal ke 9 hari ini Sekejap betul rasanya Padahal puasa sunat enam syawal baru buat dua hari Nampak nau fefeling raya ko tak habis lagi kann...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba