Cara Mudah Mempelajari Bahasa Asing Secara Percuma



Kebanyakan kaedah atau aplikasi pembelajaran bahasa asing tidak mampu memberikan kesan terbaik. Selepas habis ‘belajar’ dari aplikasi, belum tentu mampu bertutur dalam bahasa yang dipilih.
Kenapa ini terjadi?
Ini adalah kerana kebanyakan darinya bukan ‘memberikan’ bahasa tersebut kepada ‘penerimanya’, tetapi ia mengajar, menyuruh pengguna mengingati perkataan, dan langkah-langkahnya membosankan, lagi meletihkan.
Pernahkah kita terfikir bagaimana bayi ‘belajar’ bahasa yang dituturkan ibu bapanya?
Tidak. Bayi tidak pernah belajar, sebaliknya bayi ‘mendapat atau memperoleh’ bahasa tersebut melalui perbuatan harian ibu bapanya.
Pembelajaran bahasa sepatutnya dijalankan secara separa sedar (subconscious mind) dan bukan secara paksa. Ia mesti dibuat dengan cara semulajadi.
Rujukan: Dr. Stephen Krashen, Profesor Linguistik, emeritus University of Southern California.

Adakah aplikasi seperti Duolingo, Mondly, LingoDeer, dan sebagainya lagi tidak berkesan?
Tidak juga. Aplikasi seperti ini boleh digunakan untuk mendapatkan tapak atau asas kepada bahasa yang anda ingin ‘perolehi’. Selepas kukuhkah tapaknya, anda boleh beralih kepada ‘pemerolehan’ atau ‘pemilikan’ bahasa melalui cara-cara berikut.
1. Mendengar.
2. Kenal pasti.
3. Pengucapan Dan Pengukuhan.
4. Latihan.
5. Uji diri.
Nampak seperti banyak sungguh langkahnya, tetapi tidak. Apa yang anda perlu lakukan ialah banyak mendengar perkataan harian bagi bahasa yang anda ingin pelajari dari filem-filem atau drama.
Contohnya saya ingin belajar bahasa Kantonis. Saya banyak mendengar perkataan yang sering diucapkan melalui filem Stephen Chow di Netflix.
Kalau tidak banyak yang dapat diingati pun, sekurang-kurangnya saya boleh dapat dalam 100 patah perkataan yang mudah-mudah, seperti:
1. Cheng man = Excuse me.
2. Siu ce’ = Miss.
3. Nhei hou = Hello.
4. Em goi = Thank you.
5. Gwong dong wa = Cantonese.
Dan sebagainya lagi. Saya akan ‘kutip’ pelbagai perkataan dan rangkumkan ia dalam satu buku khas. Dalam konteks kita di dunia moden, saya gunakan aplikasi Keep Notes kerana ia amat mudah diselaraskan di pelbagai jenis peranti dengan satu akaun Google.
Di peringkat awal ini anda tidak perlu pedulikan mengenai tatabahasa (grammar). Tak usah kisahkan tentang kesilapan, kerana awalan setiap sesuatu semestinya tidak sempurna.
Untuk mengingati setiap perkataan ini bagi menjadikan ia perbendaharaan kata dalam minda, maka saya terapkan perkataan-perkataan tersebut ke dalam satu gambar, yang saya lukiskan sendiri. Ada sesetengah orang memanggilnya sebagai ‘Method of Loci’, tetapi pada saya kaedah ini telah saya gunakan sendiri sejak dari sekolah menengah lagi bagi mata pelajaran bahasa Arab. Siapakah ‘Loci’ itu pun saya tidak kenal.
Caranya ialah saya akan susunkan perbualan ke dalam gambar tersebut.
Sebagai contoh, saya ingin bertanyakan di manakah tandas kepada seorang wanita berhampiran, maka saya lukiskan tandas, wanita, dan tulis pula berkataan yang berhubung dengan apa yang hendak saya tanya di sebelah setiap subjek.
Dengan cara ini, saya susunkan kesemuanya (perkataan) ke dalam bentuk visual supaya apabila saya hendak mengingati dan mengucapkannya kembali, ia menjadi lebih mudah bila saya ‘dapatkan’ perkataan itu melalui bank memori visual saya.
Dengan cara ini juga saya boleh terapkan beberapa perkataan sekaligus ke dalam satu gambar, dan akan lebih sukar untuk lupa. Jadi saya masukkan perkataan dan soalan seperti “Cheng man siu ce’, sai sau gaan, hai bin dou aa? Em goi siu ce’.”, di sebelah setiap subjek yang saya telah lukiskan tersebut.

Mungkin itu bukan lukisan terbaik yang saya boleh lukiskan, tetapi anda boleh fahamkan ideanya bagaimana?
Seterusnya saya akan mengulang beberapa patah perkataan tersebut dengan mengajuk bagaimana pengucap natif (native speaker) menyebutnya. Dalam hal ini, orang Cina yang bercakap dalam bahasa Kantonis.
Saya akan mengulanginya sehingga tidak terasa canggung ketika cuba mengucapkannya di hadapan pengucap natif. Ini boleh dilakukan di kebanyakan kedai-kedai runcit yang dimiliki oleh orang Cina, dan ketika mengucapkannya, sedar tidak sedar saya telah melakukan kesemua perkara/langkah dari satu hingga lima.
Ini adalah satu contoh sahaja, yang mana kaedah ini digunakan oleh saya sendiri ketika cuba menguasai bahasa Inggeris dari tingkatan satu yang saya rasakan sangat asing kerana saya tidak pernah bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah, tidak pula mahir walaupun sudah belajar dari darjah satu hingga enam.
Tidak lupa juga,
1. Saya banyak mendengar lagu rap dan metal, lalu saya terjemahkan.
2. Saya gunakan kembali perkataan tersebut dalam karangan dan puisi.
3. Saya banyak mendengar ayat-ayat lazim dalam filem.
4. Mana-mana perkataan yang ‘ganjil’ atau tidak difahami, saya akan tulis dalam buku nota untuk diterjemahkan kemudian.
5. Saya akan nyanyikan semula lagu rap atau metal yang diingati sebagai ‘jalan’ menuturkan perkataan dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Saya akan gunakan semula kesemua perkataan yang saya ingati kepada seorang rakan yang sudah fasih bertutur, serta tidak pedulikan tentang tatabahasa kami. Apa yang penting ialah bercakap, bercakap, dan bercakap sehingga datang keyakinan dalam diri.
Paling penting rakan anda perlulah juga ‘menikmati’ proses ini, kerana jika tidak, ia akan jadi satu perkara yang sangat membosankan, bahkan akan buat anda pula berputus asa.
Anda boleh dapatkan banyak perkataan asas dari buku cerita kanak-kanak, atau video kanak-kanak di YouTube. Dari dua sumber ini, anda akan dapat asas tatabahasa secara separa sedar, dan dari filem pula anda akan dapat pengucapan secara natif.
Ulang kesemua langkah ini sehingga anda sudah mempelajari lebih kurang 4000 patah perkataan, dan kemudian berasa selesa untuk berbual bersama mereka yang menuturkan bahasa tersebut.
Perkara pokok yang anda perlu sentiasa ingati, jangan belajar bahasa, tetapi ‘perolehlah’ bahasa tersebut sama seperti bayi memperolehinya melalui sumber sekeliling.
Selamat mencuba,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/cara-mudah-mempelajari-bahasa-asing-secara-percuma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Blog Percuma Dan Mudah

Cara Buat Blog Percuma Dan Mudah

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 349 hits
Berikut saya kongsikan cara buat blog percuma dan mudah dan video tutorial sekali jika kurang jelas boleh bertanya di ruangan komen Terima kasih moga bermanfaat CARA BUAT BLOG Install aplikasi BLOGGER Kalau di website pergi blogger com Sign...
Cara Fasih Bercakap Dalam Bahasa English Dengan Mudah

Cara Fasih Bercakap Dalam Bahasa English Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 285 hits
Tak apa bercakap english walaupun gagap Kalau kita selalu amalkan kita akan terbiasa Bukan terbiasa gagap tapi terbiasa bercakap dalam bahasa english Bangsa cina lebih suka bertutur dalam bahasa english apabila mereka bercakap dengan kawan ...
Cara Membuat Blog Cepat Mudah Dan Percuma 2020

Cara Membuat Blog Cepat Mudah Dan Percuma 2020

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 316 hits
Cara Membuat Blog Cepat Mudah dan Percuma 2020Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Aku selalu dapat rungutan daripada member 2 dan pembaca blog Amer Macam mana nak buat blog ini Saya pun nak berblog Saya pun nak generate income...
Cara Menebus Data Mudah Alih Percuma Sepanjang Tempoh Pkp

Cara Menebus Data Mudah Alih Percuma Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 943 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac lepas Ia bertujuan melindungi rakyat sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid 19 Daripada keseluruhan jumlah tersebu...
Cara Mudah Mohon Credit Card

Cara Mudah Mohon Credit Card

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 331 hits
Permohonan kad kredit selalunya memerlukan beberapa document penting untuk melayakkan seseorang memiliki kad kredit Bagi yang bekerja diperlukan penyata gaji kad pengenalan dan bank statement atau kwsp Bagi yang berniaga pula memerlukan dok...
Cara Buat Dalgona Coffee Yang Enak Mudah Dan Cepat

Cara Buat Dalgona Coffee Yang Enak Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 221 hits
Cara membuat Dalgona Coffee dari berbagai alat masak Mudah sederhana dan anti gagal
11 Cara Mudah Agar Kamu Lebih Cepat Terlelap Di Malam Hari Tanpa Rasa Cemas

11 Cara Mudah Agar Kamu Lebih Cepat Terlelap Di Malam Hari Tanpa Rasa Cemas

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 267 hits
Kecemasan dan kekhawatiran yang kita miliki terkait pandemi COVID 19 menganggu kualitas tidur yang kita miliki Hal ini membuat pada malam hari kita menjadi sulit tidur dan semakin cemas
6 Penyebab Ac Tidak Dingin Dan Cara Mudah Mengatasinya

6 Penyebab Ac Tidak Dingin Dan Cara Mudah Mengatasinya

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 221 hits
Namun dalam pemakaiananya sering kali terjadi berbagai masalah yang menyebabkan mesin AC tidak dapat berfungsi optimal Bahkan tidak jarang mesin AC yang menyala tidak dapat mengeluarkan udara dingin
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord