Cara Menebus Data Mudah Alih Percuma Sepanjang Tempoh Pkp


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac lepas. Ia bertujuan melindungi rakyat sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid-19. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, kerajaan turut memperuntukkan pakej Internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat.
Antara inisiatif yang diambil adalah semua pengguna talian mudah alih termasuk pasca bayar dan prabayar UMobile, Celcom, Digi serta Maxis akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula 1 April ini. Penawaran data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan.
Selain daripada itu, setiap syarikat telekomunikasi turut menawarkan sejumlah pakej menarik khusus buat pelanggan mereka. Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah kekurangan data yang dihadapi pengguna terutamanya bagi mereka yang perlu bekerja daripada rumah. Tapi bagaimana untuk menebusnya?
1. Maxis  – Perlu Ditebus Setiap HariPenawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis (kecuali pengguna MaxisONE). Penebusan perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja (penggunaan di luar waktu yang dinyatakan akan diambil kira daripada data sedia ada).  Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.
Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Maxis
2. UMobile –  Daftar & Terima Secara AutomatikUMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali pengguna WeChat Go). Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet termasuk melayari web, penstrumab video serta perkhidmatan lain dan boleh digunakan untuk hotspot.
Sama seperti Maxis, data ini hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penggunaan luar julat waktu ini akan diambil daripada pakej data langganan. Bagaimanapun, pelanggan perlu memastikan talian adalah aktif untuk penggunaan data percuma ini. Untuk makluman, penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :
*118*6*7# untuk pengguna prabayar*118*7*6# untuk pengguna pascabayarUntuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Umobile
3. Celcom – Penebusan Tidak DiperlukanTidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. Data internet ini juga hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki data yang tidak digunakan akan terhapus serta tidak boleh di bawa ke lain hari.
Penggunaan untuk hotspot juga dibenarkan untuk tawaran data percuma ini. Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,
*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar*118# untuk pengguna pascabayarUntuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Celcom
4. Digi – Internet dan Panggilan Percuma
Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, semua pelanggan pascabayar dan broadband Digi akan menerima data Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari.  Malahan pemberian data percuma ini telah diumumkan oleh Digi lebih awal lagi (sejak 21 Mac) berbanding telko lain.
Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi. Selain itu, mana – mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layan menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :
Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hariPanggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.Selain daripada itu, Digi turut memberikan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, jomstudi. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli akses percuma 1 selama bulan untuk UPSR dan kurikulum SPM di Classruum dengan hanya RM1.
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Digi
5. YooDo – Tiada Had PenggunaanPenawaran YooDo nampaknya tampil lebih menarik berbanding yang lain apabila pengguna data percuma ini boleh digunakan tanpa had iaitu bila-bila masa sahaja sepanjang hari. Data percuma akan dikreditkan ke pelan anda bermula 30 Mac (hari ini) sehingga 14 April 2020 dan sila pastikan talian anda adalah aktif.
Data percuma ini akan ditambah pada baki data sedia ada – sebagai contoh, jika pelan pengguna mempunyai data sebanyak 15GB, ia akan memaparkan‘16GB daripada 15GB’ sejurus menerima data 1GB tersebut. Menariknya lagi, data yang tidak habis digunakan akan dikumpul sehingga pelan anda luput/diperbaharui.
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman YooDo
6. Unifi Mobile – Pas Hotspot 999GBBerita baik lagi! Unifi Mobile kini menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma dan penawaran ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ia tersedia untuk semua pengguna unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa ) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).
Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia diaktifkan secara automatik. Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Unifi Mobile
Menarik bukan? Kesemua data percuma ini akan mula ditawarkan bermula 1 April ini (kecuali untuk pengguna YooDo, Unifi Mobile dan Digi). Jadi apa lagi alasan anda tidak duduk di rumah? Marilah kita bersama – sama menuruti gesaan kerajaan agar duduk di rumah bagi membantu bendung wabak koronavirus dari merebak. Seperti kata Perdana Menteri kita, duduk di rumah! Marilah kita rendahkan keluk epidemik Covid-19 bersama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/03/cara-menebus-data-mudah-alih-percuma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tebus 1gb Internet Percuma Bermula 1 April Sepanjang Tempoh Pkp

Cara Tebus 1gb Internet Percuma Bermula 1 April Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 534 hits
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Pada 27 Mac Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan berkaitan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menerusi perutusan tersebut beliau turut menyatakan tentang pemberian interne
5 Langkah Penjimatan Penggunaan Data Internet Sepanjang Tempoh Pkp

5 Langkah Penjimatan Penggunaan Data Internet Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 441 hits
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sudah masuk ke minggu kedua dan akan berterusan selama dua minggu sahaja lagi Kami yakin selepas dua minggu ramai sudah mempunyai rutin bekerja dari rumah yang memastikan kelangsungan kerjaya dan mengimban...
Pakej Prihatin Beri Rakyat Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh Pkp

Pakej Prihatin Beri Rakyat Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 442 hits
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dimana meilbatkan nilai RM250 untuk diagihkan kepada rakyat Dalam pakej itu juga terdapat inisiatif kerajaan untuk menggalakan rakya...
Cara Dapatkan 1gb Internet Percuma Umobile Dalam Tempoh Pkp

Cara Dapatkan 1gb Internet Percuma Umobile Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 669 hits
Saya merupakan pelanggan pascabayar UMobile Saya telah menggunakan perkhidmatan UMobile ini lebih kurang 2 tahun sejak 2018 Selama menjadi pengguna UMobile saya boleh katakan perkhidmatan diberikan adalah memuaskan walaupun kerap juga meras...
Cara Tebus 1gb Data Percuma Maxis Dan Hotlink Sepanjang Kpk

Cara Tebus 1gb Data Percuma Maxis Dan Hotlink Sepanjang Kpk

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 465 hits
Tebus 1GB Data Percuma Maxis Postpaid Hotlink Prepaid Seperti semua sedia maklum kerajaan akan memberikan 1GB data percuma dengan kerjasama syarikat syarikat telekomunikasi di Malaysia termasuklah Maxis Sdn Bhd Berbeza dengan Celcom pelangg...
Cara Tebus 1gb Internet Setiap Hari Percuma Sepanjang Pkp Musim Covid 19

Cara Tebus 1gb Internet Setiap Hari Percuma Sepanjang Pkp Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 3158 hits
Cara Tebus 1GB Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang PKP Musim COVID 19 Hai Dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan YB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 baru baru ini internet percuma 1GB set...
Tiada Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang Tempoh Pkp Tok Ram Kongsi Video Hasil Potong Rambut Sendiri

Tiada Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang Tempoh Pkp Tok Ram Kongsi Video Hasil Potong Rambut Sendiri

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 700 hits
Baru baru ini seorang maestro muzik tersohor dan juga suami kepada Alyah iaitu Datuk Ramli MS memuatnaik satu posting di Instagramnya tokram ramlims menunjukkan hasil potong rambut sendiri Sebelah tinggi sebelah rendah gais A post shared by...
Tv Alhijrah Perbanyakkan Rancangan Baharu Sebagai Strategi Pujuk Rakyat Kekal Tenang Di Rumah Sepanjang Tempoh Pkp

Tv Alhijrah Perbanyakkan Rancangan Baharu Sebagai Strategi Pujuk Rakyat Kekal Tenang Di Rumah Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 516 hits
Rancangan Baharu Sepanjang Tempoh PKP Dari TV ALHijrah Permulaan suku pertama tahun 2020 memang memberi kejutan kepada kita semua bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia dengan serangan virus sekecil zarah bergelar Covid 19 Virus yan...
Tiada Bil Elektrik Bercetak Sepanjang Pkp Ini Cara Untuk Anda Cek Bil Tnb Secara Online

Tiada Bil Elektrik Bercetak Sepanjang Pkp Ini Cara Untuk Anda Cek Bil Tnb Secara Online

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 944 hits
small Cover image via myinformasi small Rakyat Malaysia telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan sejak dari 18 Mac lalu dan dijangka bakal mengakhirinya pada 14 April depan Susulan daripada PKP tersebut pergerakan setiap individu adalah ...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Canon Repair


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban

Kelantan Buka Kilang Beras Di Pasir Mas Dijangka Beroperasi Tahun Ini