Cara Mudah Hafal Sifir 6 7 8 Dan 9 Guna Jari


Cara Mudah Hafal Sifir 6, 7, 8 Dan 9 Guna Jari | Salam semua, penguasaan sifir di kalangan murid - murid di sekolah tidak dinafikan ada lagi yang masih lemah. 
Ya lah subjek matematik, ada yang suka ada yang tak. Mungkin dalam fikiran mereka matematik itu susah

Sis sendiri pun zaman sekolah dulu akui lemah jugak bila nak hafal sifir ni. 
Cikgu tanya sikit mula lah mulut terkumat kamit. Bila ingat memori zaman sekolah rendah ni terasa rindu pulak. 
Sifir ni benda asas yang kena kuasai dalam subjek matematik. Ada setengah murid dia anggap sifir ni macam susah nak hafal sedangkan kalau kena dengan teknik yang betul. Senang nak ingat sifir ni. 
Lebih lagi, penguasaan sifir ni kena lah belajar untuk murid sekolah darjah 1 hingga 6. 
Lagi satu, teknik hafal sifir ni ikutkan sekarang dah macam cara cikgu ajar di sekolah. 
Cikgu pun dah cuba pelbagai kaedah nak ajar anak murid bagi mudah faham dan senang nak ingat sifir. 
Biasa korang kat sekolah dulu cikgu ajar kaedah yang macam mana. Zaman sekolah sis dulu, mesti ingat yang cikgu matematik ajar teknik hafal sifir guna jari. 
Teknik Hafal Sifir Guna Jari Sifir guna jari, teknik yang tak payah guna pen dan kertas. Bila sebut tak payah guna pen dan kertas terasa mudah kan. 
Sis pun tak berapa ingat dah, Tengok video di Youtube ada seorang cikgu ni ajar baru nampak balik dan mudah faham. 
Pada peringkat awal nak belajar darab ni memang perlu tunjuk sekali dengan teknik, supaya murid pun tak berasa bosan kan. 
Walaupun kaedah hafal tu perlu jugak

Tapi di dalam kelas cikgu pun kena lah kreatif nak menarik minat murid - murid untuk lebih suka dengan subjek matematik. 
Untuk ibu bapa sendiri pun boleh belajar sama nak kuasai sifir dengan mudah. Senang nak ajar anak nanti. 
Hafal Sifir 2,3 dan 4Untuk menggunakan teknik hafal sifir guna jari ni, kena pastikan yang anak - anak sudah boleh menghafal sifir 2, 3 dan 4. 
Sifir 2 ni sifir paling mudah dan rasanya tak adalah menjadi masalah bila dah ingat betul - betul. Sebab ia jumlah gandaan yang mudah. 
Sifir 3 dan 4 mungkin agak susah sikit, tapi masih lagi melibatkan nombor - nombor yang kecil. 
Bila dah boleh hafal sifir tersebut dengan ada sekali kemahiran asas untuk menambah, dah boleh mula untuk ajar hafal sifir  guna jari. 
Sekurang - kurangnya dengan teknik ini, ia dapat membantu untuk menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan mudah. 
Untuk hafal sifir 2,3 dan 4 tu. Kena hafal yang ini seperti di bawah : 
2 x 2 = 4 2 x 3 = 6 2 x 4 = 83 x 3 = 63 x 4 = 124 x 4 = 16
6 sahaja sifir yang kita perlu hafal untuk sifir 2, 3 dan 4 untuk guna sifir di jari ni bukan semua ya. 
Cara Mudah Hafal Sifir 6, 7, 8 Dan 9 Guna Jari Bila dah kuasai sifir 2,3 dan 4, boleh ke langkah seterusnya untuk hafal sifir guna jari. 
Cara hafal sifir guna jari ni bukan saja boleh diguna pakai untuk murid di sekolah jer. 
Kita yang dewasa ni pun rasanya kalau nak guna pun boleh bagi kerja - kerja yang melibatkan pengiraan ni kan. 
Jom kita mula. 
Guna Jari Untuk Mewakili Sifir 6,7,8 Dan 9Pertama sekali, kita guna jari untuk mewakili sifir 6,7,8 dan 9. Tunjuk gambar tangan nampak sikit. 
Kedua - dua tangan sama ya tangan kanan dan tangan kiri. 
Setiap jari mewakili nombor seperti di bawah. Kita kena ingat nombor -nombor yang mewakili setiap jari. 

Contoh 1 
Sebagai contoh nak tahu jawapan 7 x 9. 
Langkah 1 
Mula - mula sekali , tutup jari semua untuk mewakili sifir yang nak dikira. Untuk 7 x  9 ni, buka 2 jari untuk mewakili nombor 7 di tangan kiri. 

Manakala buka 4 jari untuk mewakili nombor 9 di tangan kanan. 
Langkah 2 
Tengok jari yang tertutup,tangan kiri ada 3 jari tertutup. Tangan kanan ada 1 jari tertutup. 
Kemudian, untuk jari yang tertutup ni, kita darab 3 x 1 = 3 

Langkah 3 
Tengok jari yang terbuka, tangan kiri ada 2 jari terbuka. Tangan kanan pula ada 4 jari terbuka

Kemudian, untuk jari yang terbuka ini, kita tambah 4 + 2 = 6. 

Kita jadikan 6 ini tambah kosong di belakang, maka jadilah 60 
Langkah 4 
Untuk jawapan 7 x 9 ini adalah dengan buat penambahan 
60 + 3 = 63 
Ok, dah dapat jawapan untuk 7 x 9 = 63
Untuk pengiraan sifir yang lain pun sama juga ya. 
Tips Penting Dalam Hafal Sifir Guna Jari Ini tips penting untuk teknik hafal sifir guna jari ni. 
Jari terbuka ditambah sebagai nilai puluh. Manakala jari tertutup didarab. Sebab itu penting untuk hafal 6 sifir yang penting macam sis sebut di atas. 
Hafal yang itu, automatik terus dapat. Ok faham. Bagi sis, mudah faham sikit teknik ni. 
Belajar Matematik Sambil Bermain Di Calculators.org
Pembelajaran subjek matematik di kalangan kanak - kanak, sebagai ibu bapa kita pun kena ambil berat dan kreatif jugak. 
Tak nak bagi anak - anak ketinggalan jauh di belakang. Maklumlah, peringkat awal kanak - kanak, mereka suka belajar sambil main. 
Sis nak kongsi free game online yang melibatkan pengiraan di calculators.org. Game ni tak payah download ya, buka laman web boleh terus main. 
Permainan yang melibatkan sifir ni pun ada jugak. Boleh cuba untuk anak - anak main. Nak asah kemahiran sejauh mana tahap mereka ingat sifir. 
1. Table Under Pressure 
Bukan mudah jugak main Table Under Pressure ni, rasanya memang kena ingat hafal dah sifir semua baru boleh jawab. 
Sebab game ni memerlukan kepantasan untuk berfikir dan terus klik nombor. 
Kalau tak cepat, makin dekat bomb tu, tak bagi tahu lagi jawapan, memang meletop. 
Kiranya game ni memang ada masa yang terhad. 
2. Multiplication Tables 
Game multiplication tables ni nak kata senang tu tak jugak. Game ni kena jawab dengan betul jawapan yang dia bagi. 
Jawapan dah bagi, kita cuma klik dan letak kat tempat yang betul

Nak senang, jawab ikut turutan. Yang ni pun boleh asah kemahiran untuk menghafal sifir. 
Banyak lagi games menarik untuk kanak - kanak. Boleh pergi tengok - tengok kat laman web calculators.org tu ya. 
Yang games zaman kanak - kanak dulu pun ada kat sini. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2022/08/cara-mudah-hafal-sifir-6-7-8-dan-9-guna-jari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Donat Gebu Macam Span Guna Sukatan Cawan Mudah Gerenti Jadi

Cara Buat Donat Gebu Macam Span Guna Sukatan Cawan Mudah Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 295 hits
Donat antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai Tak kira kanak kanak atau orang dewasa kuih ni tak jemu dimakan Walaupun donat sekarang telah dimodenkan dengan pelbagai topping dan perisa tetapi donat kampung masih ada peminatnya...
Tak Perlu Jerit Jerit Guna Mata Saja Paling Tegas Dengan Anak Mummy Becca Ada Cara Sendiri

Tak Perlu Jerit Jerit Guna Mata Saja Paling Tegas Dengan Anak Mummy Becca Ada Cara Sendiri

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 358 hits
Membesarkan anak ramai bukannya mudah jika tanpa didikan yang sempurna Datin Rebecca Nur Al Islam mengakui dia seorang ibu yang cukup tegas dengan anak anak namun dalam masa yang sama begitu memanjakan anak anaknya Akui Datin Rebecca yang l...
Cara Rebus Perut Lembu Guna Periuk Noxxa

Cara Rebus Perut Lembu Guna Periuk Noxxa

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 591 hits
Cara Rebus Perut Lembu Guna Periuk Noxxa Perut lembu ramai yang suka makan tak Macam macam menu yang boleh dibuat guna perut lembu ni Kalau perut lembu segar biasanya boleh dapat masa hari raya korban Nak beli pun kalau kebetulan ada memang...
Resipi Chicken Chop Homemade Mudah Sedap Menjilat Jari

Resipi Chicken Chop Homemade Mudah Sedap Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 161 hits
Semua orang suka makan Chicken Chop Kena pula dengan sos sedap coleslaw yang berlemak perghhh Memang kecur liur Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah resipi perkongsian saudari ni boleh dicuba Mudah sedap dan tak guna banyak sang...
Oh Mudah Je Rupanya Cara Buat Tosei Ni Jom Cuba

Oh Mudah Je Rupanya Cara Buat Tosei Ni Jom Cuba

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 254 hits
Seronoknya dah jumpa resipi buat Tosei yang mudah faham dan gerenti jadi ni Ternampak posting yang dikongsikan oleh di Facebook cara membuat Tosei sendiri di rumah Alhamdulillah lepasni kalau admin teringin nak makan Tosei admin dah boleh b...
Teknik Mudah Mengira Sifir

Teknik Mudah Mengira Sifir

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 304 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Sapa kat sini ada masalah susah betul nak hafal sifir ni kadang kadang memang tak ingat terpaksa la angkat beberapa jari nak kira Teringat zaman sekolah rendah dulu setiap petang balik dari kelas Kafa mem...
5 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Trafik Blog Dan Menarik Pembaca Ke Blog Kita

5 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Trafik Blog Dan Menarik Pembaca Ke Blog Kita

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 291 hits
Berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara di blog adalah untuk memberi manfaat kepada ramai orang diluar sana tetapi jika ianya tidak dibaca oleh sesiapa pun pastinya perkongsian tersebut adalah sia sia Sebagai penulis blog aku yakin kita ...
Cara Mudah Kenal Pasti Perlu Ada Takaful Ke Tidak

Cara Mudah Kenal Pasti Perlu Ada Takaful Ke Tidak

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 273 hits
Senang sahaja caranya hendak kenal pasti adakah anda memerlukan takaful hayat Cuba jawab soalan mudah ini dengan jujur dan ikhlas Soalan 1 Adakah anda akan menghadapi masalah kewangan yang serius sekiranya perlu menanggung bil perubatan hos...
Buat Bubur Asyura Utara Cara Mudah Cepat Rasa Padu

Buat Bubur Asyura Utara Cara Mudah Cepat Rasa Padu

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 235 hits
Ada yang mengidam nak makan bubur Asyura Boleh cuba cara mudah ni hanya guna dua cawan tepung dan guna santan kotak Rasa pun sedap Bubur Asyura UtaraBahan A2 cawan tepung beras2 sudu tepung jagung1 kotak santan 4 cawan air 1 sudu kecil gara...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah