Cara Mudah Disinfeksi Rumah Menggunakan Pembasmi Kuman Kleenso


Cara Mudah Disinfeksi Rumah Menggunakan Pembasmi Kuman Kleenso
Memang aku sokong sangat setiap rakyat Malaysia wajib disinfeksi rumah masing-masing sebab kes baru COVID19 mendadak naik secara tiba-tiba. Disinfeksi rumah adalah salah satu cara kita membasmi kuman yang tak nampak dengan mata kasar.

Aku dah standby pembasmi kuman, KLEENSO Kills Germs Disinfectant supaya mudah aku nak sembur semua benda dalam rumah terutama apabila suami balik kerja, bila kami keluar beli barang hatta terima parcel dari posmen pun aku sembur. Perghh puas hati weh dapat disinfeksi sendiri.


Baru je nak lega setelah diberi kebebasan bergerak dan anak-anak pun dah ke sekolah tapi rupanya sekejap sahaja. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya gerimis di tengah hari. Ha begitu kau. Dek kerana kes baru COVID19 semakin laju je bercambah maka aku gigih merajinkan diri untuk spray bahagian yang kerap disentuh seperti tombol pintu dan suis dengan menggunakan KLEENSO Kills Germs Disinfectant.

Dalam keadaan yang tak menentu dan wujudnya manusia yang kurang bertanggungjawab aku jadi paranoid sebab anak-anak aku masih kecil dan tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi dijangkiti. Nauzubillah, jadi apa aku boleh buat ialah sedaya upaya untuk jaga kebersihan, kerap basuh tangan serta elak dari bersesak di tempat awam
Cara Mudah Disinfeksi Rumah Yang Betul Ikut Panduan KKM
Cara untuk disinfeksi rumah yang dicadangkan KKM adalah sangat mudah sebenarnya dan boleh dilakukan oleh semua orang. Nak baca lebih lanjut, korang boleh rujuk di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kerajaan dah lakukan tugas mereka untuk disinfeksi tempat awam maka kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab buatlah bahagian kita untuk disinfeksi rumah masing-masing. Aku percaya kalau semua lakukan bahagian masing-masing in sha Allah keadaan COVID19 ni akan terkawal.

Kalau korang kurang yakin untuk disinfeksi sendiri, banyak je syarikat swasta dia luar sana yang menawarkan perkhidmatan disinfeksi rumah dan pejabat, sediakan duit sahaja. Tapi untuk jangka masa panjang elok sangat untuk kita belajar disinfeksi sendiri.

Mengapa Menggunakan KLEENSO Kills Germs Disinfectant?
Oleh sebab aku tak selesa dan sedikit berkira nak labur duit upah untuk orang datang disinfeksi rumah maka aku buat setakat yang aku mampu. Masih lagi ikut SOP yang ditetapkan KKM aku menggunakan produk dari Kleenso untuk pastikan rumah bebas kuman. Pembasmi kuman, KLEENSO Kills Germs Disinfectant 500ml dilengkapi dengan muncung semburan untuk kemudahan korang.

Seperti yang kita tahu kalau di kawasan yang kritikal seperti hospital dan juga rumah pesakit COVID19 cecair pembasmi kuman yang mereka gunakan mempunyai kandungan alkohol yang tinggi. Hanya mereka yang terlatih sahaja dibenarkan untuk mengendalikan pembasmi kuman kerana ciri-ciri kimianya yang menghakis dan perlu memakai peralatan pelindung seperti sarung tangan. Lebih-lebih lagi, pembasmi kuman ini mahal dan dilarang dijual dalam talian kerana sangat mudah terbakar.

Sebaliknya, KLEENSO Kills Germs Disinfectant pula direka untuk kegunaan umum dan harian dan ianya selamat digunakan di kawasan awam serta harganya juga berpatutan

Ujian makmal luaran yang dilakukan pada KLEENSO Kills Germs Disinfectant mendedahkan bahawa apabila ia digunakan pada permukaan yang mengandungi 94 kumpulan kuman yang berlainan, ia berjaya menghilangkan semua kuman ini. Ini membuktikan keberkesanan Pembasmi Kuman Kleenso Kills.


Cara-Cara Disinfeksi Rumah (Permukaan, Pakaian & Peralatan)

Cara-cara nak disinfeksi seperti yang disarankan oleh KKM pun mudah sahaja:
Menggunakan bahan pembasmi kuman yang berkesan menghapuskan kuman.  Sebelum anda mengelapkan bahan atau ruang tersebut dengan menggunakan bahan pencuci, anda disarankan membersihkan dengan menggunakan air serta sabun diikuti dengan bahan pencuci antikuman.Semburkan Kleenso Kills Germs Disinfection ke permukaan untuk membasmi kuman dan lap permukaannya bersih dengan kain selepas sepuluh minit.Kleenso Kills Germs Disinfection juga boleh digunakan bagi barang-barang berasaskan kain dan direndam. Ia juga boleh digunakan untuk mengelap lantai, dengan membersihkannya dengan larutan yang terdiri dari satu cawan Kleenso Kills Germs Disinfection dicampur dengan empat liter air.Buka tingkap anda bagi menggalakan pengaliran udara.

Cara Penggunaan KLEENSO Kills Germs Disinfectant?
Terdapat beberapa cara untuk menggunakan Kleenso Kills Germs Disinfektan dengan berkesan:

Pembersihan Umum:
Sapukan KLEENSO Kills Germs Disinfectant dengan kain atau span secara langsung di permukaan yang dimaksudkan atau semburkan pembasmi kuman di permukaan. Biarkan permukaan selama sepuluh minit, kemudian lap permukaan dengan kain lembap yang bersih.

Untuk Permukaan Yang Mungkin Berhubung Dengan Makanan:Lap permukaan yang diingini dan kemudian bilas dengan air bersih.

Membersih Lantai:
Campurkan 1 cawan KLEENSO Kills Germs Disinfectant dengan 4 liter air dan bersihkan lantai menggunakan kain/mop.  

Tandas:
Tuang ½ cawan Kleenso Membunuh Kuman Pembasmi kuman di bahagian dalam tandas dan pelek mangkuk tandas. Kemudian berus kawasan dengan bersih sebelum disiram dengan air

Untuk Pakaian:
Campurkan 2 penutup KLEENSO Kills Germs Disinfectant dengan 2 liter air. Rendam kain dalam larutan selama 3 minit. Kemudian, bilas dengan air dan biarkan hingga kering

Dimana Nak Beli Kleenso Kills Germs Disinfection?

Korang boleh dapatkan produk Kleenso dalam dua saiz iaitu 500ml dan juga 4 Liter. Boleh beli secara online di laman web Kleenso atau boleh beli dari peruncit tempatan termasuk Parkson, MR DIY, TF Mart dan Family Store

Facebook: https://www.facebook.com/KleensoResources/     |    Online Store: http://kleenso.my/
Aku pernah guna Kleenso Serai Wangi untuk halau cicak & lipas. 

Latar Belakang Sumber Kleenso

Kleenso Resources adalah pengeluar dan pengedar jenama Kleenso dan Pesso yang berpusat di Malaysia untuk penyelesaian pembersihan rumah dan penghalau perosak, produk penjagaan kereta dan barang-barang yang boleh guna eko. Didirikan pada tahun 2003, ia mempunyai portfolio produk dan penyelesaian yang berkembang pesat, ditambah dengan rangkaian pengedaran yang luas. Produk dan penyelesaian Kleenso Resources dipasarkan di seluruh negara dan dieksport ke lebih dari 12 negara. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kleenso Resources, kunjungi laman web mereka



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/07/cara-mudah-disinfeksi-rumah-guna-pembasmi-kuman-Kleenso.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kleenso Agen Pembasmi Kuman

Kleenso Agen Pembasmi Kuman

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 333 hits
KLEENSO AGEN PEMBASMI KUMAN SELAMAT DAN SESUAI DIGUNAKAN DI KAWASAN AWAM UMUM Di saat Negara dilanda COVID 19 kerja kerja pembersihan dan pembasmian kuman jadi bertambah penting dan amat dititikberatkan Risau kerap kali melanda diri bagi me...
Pentingnya Self Care Saat Terlalu Lama Berada Di Rumah Aja Yuk Cintai Diri Dengan Cara Ini

Pentingnya Self Care Saat Terlalu Lama Berada Di Rumah Aja Yuk Cintai Diri Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 275 hits
Penting nih buat tahu tipsnya biar tetap sehat dan waras selama di rumah aja Yuk belajar dari ahlinya
Cara Scan Qr Code Menggunakan Aplikasi Facebook

Cara Scan Qr Code Menggunakan Aplikasi Facebook

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 331 hits
Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook Assalamualaikum dan Hai Masih belum terlambat rasanya untuk CR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Cik Renex ini Maaf zahir dan batin Jadi macam mana raya tahun ...
Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi Ini Cara Penyediaan Amp Penyimpanan Yang Mudah

Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi Ini Cara Penyediaan Amp Penyimpanan Yang Mudah

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 348 hits
Tahniah Jika anda membaca artikel ini tandanya si kecil anda sudah bersedia untuk makanan pejal pertamanya Teruja bukan untuk penyediaan makanan bayi membelek resipi dan membuat kajian apa sumber makanan yang terbaik buat si kecil Tak perlu...
Cara Mudah Buat Telur Dadar Yang Sedap Nipis Cantik

Cara Mudah Buat Telur Dadar Yang Sedap Nipis Cantik

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 505 hits
Anda ingin membuat telur dadar nipis dan cantik Tak kisah untuk tujuan hiasan atau sebagai bahan gulungan ia tidak semudah yang dilihat Memang semua orang boleh buat telur dadar kerana nampak macam mudah Tetapi untuk mendapatkan telur dadar...
Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang Ketahui

Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang Ketahui

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 487 hits
Sudah menjadi lumrah masyarakat kita setiap rumah mesti memasang aircond bukan Ya tidak salah untuk melakukan ini Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang KetahuiCredit Pic Walaubagaimanapun ia mungkin akan...
Cara Tuntut Gantirugi Pemaju Lewat Serah Milikan Kosong Dan Kecacatan Rumah Baru

Cara Tuntut Gantirugi Pemaju Lewat Serah Milikan Kosong Dan Kecacatan Rumah Baru

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 801 hits
CARA TUNTUT GANTIRUGI PEMAJU LEWAT SERAH MILIKAN KOSONG ATAU KECACATAN RUMAH BARU Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Lately susah sangat curi masa tulis post dalam blog Idea banyak sampai tak tahu nak cerita...
Rumah Impian Bangsa Johor Ysi 2020 Cara Permohonan Pendaftaran

Rumah Impian Bangsa Johor Ysi 2020 Cara Permohonan Pendaftaran

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 1367 hits
RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR YSI 2020 CARA PERMOHONAN PENDAFTARAN APA ITU RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR YSI Rakyat di negeri Johor boleh merebut peluang mendapatkan rumah impian masing masing dengan membuat permohonan pendaftaran skim perumahan ma...
Wajib Ada Kleenso Kill Germs Disinfectant Di Rumah

Wajib Ada Kleenso Kill Germs Disinfectant Di Rumah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 268 hits
Aduh makin bertambah pula kes baru Covid 19 Gerun rasanya Selain menjaga kebersihan diri persekitaran membersihkan dan mendisinfeksi kediaman merupakan salah satu cara untuk mencegah penyebaran virus Covid 19 Jadi sebab itulah kita perlu me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba