Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang Ketahui



Sudah menjadi lumrah masyarakat kita, setiap rumah mesti memasang aircond , bukan? Ya, tidak salah untuk melakukan ini.

Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang Ketahui
Credit Pic : SUMBER
Walaubagaimanapun, ia mungkin akan menyebabkan pembaziran elektrik jika tidak digunakan dengan cermat. Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh anda dalam usaha jimatkan elektrik semasa menggunakan penyaman udara (Aircond)?

Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai  Orang Ketahui
Berikut adalah beberapa tips penggunaan penyaman udara ketika musim panas yang anda boleh lakukan menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

1. Laraskan Suhu Sekitar 24 Ke 26 Darjah Celcius

TNB menyarankan antara langkah utama dalam menjimatkan penggunaan peralatan elektrik seperti penyaman udara adalah dengan melaraskan ia kepada suhu yang “sedang-sedang sahaja” yakni 24 hingga 26 darjah celsius.

Dengan suhu yang sederhana (tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas) ini, sudah pasti ia sudah mampu membuat anda berasa nyaman serta membuat peralatan ini tidak mudah rosak dan tahan lebih lama. 


2. Servis Dengan Lebih Kerap

Sama seperti peralatan elektrik yang lain seperti kipas, lampu atau peti sejuk, aircond juga perlu menjalani servis sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sekali.

Tujuan ianya dilakukan adalah untuk membersihkan atau menukar penapis penyaman udara agar dapat memaksimumkan potensi penyejukan aircond ini.

Untuk pengetahuan anda, penapis yang kotor atau rosak akan menghalang laluan udara sekali gus mengurangkan kecekapan fungsinya.


3. Tutup Semua Pintu, Tingkap dan Lubang Untuk Kesan Terbaik

Ketika musim panas ini, sudah pasti kita semua mahu aircond yang dipasang dapat menyejukkan bilik kita, bukan? Jadi, apakah trik yang paling sesuai untuk merealisasikan hasrat ini?

Caranya, tutup semua pintu, tingkap dan lubang-lubang ketika aircond dipasang untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik. Cuma jangan kunci diri di dalam bilik seorang diri, ya? Takut ada emergency pula nanti, susah pula untuk berlari keluar.


4. Tetapkan Masa Untuk Aircond Terpadam Sendiri

Seiring dengan zaman teknologi kini, kebanyakan peralatan elektrik sudah mempunyai sistem ‘sleep’ atau terpadam sendiri, sama seperti komputer atau televisyen.

Tujuan sistem ini diwujudkan adalah untuk menjimatkan penggunaan elektrik sekiranya pengguna tertidur atau terlupa untuk memadamkannya di saat sudah tidak lagi mahu menggunakannya.

Jadi, sila tetapkan waktu yang spesifik bilaman anda mahu menggunakannya, okay?


 5. Guna Kipas Sebagai Alternatif

Anda tidak perlu menggunakan penyaman udara sepanjang masa, bukan?

Ini kerana penggunaan aircond terlalu lama bukan sahaja akan membuatkan bil elektrik rumah anda melambung tinggi, malahan gas klorofluorokarbon dari aircond yang dijana untuk menyejukkan isi rumah anda sebenarnya mungkin akan merosakkan kualiti udara di luar sana.

Tanya kepada diri anda, adakah anda mahu mementingkan diri anda dan tidak langsung mempedulikan alam semula jadi kita?

Jadi, kekadang tidak salah untuk anda menggunakan kipas angin bagi menggantikan aircond. Kalau tidak cukup sejuk, apa kata anda beli kipas besar seperti yang selalu diletakkan di restoran mamak dan guna ia di dalam bilik anda. Tiada lagi keluhan, bukan?

Sila tukar penyaman udara anda !!!

TNB juga menyarankan pengguna untuk menggantikan penyaman udara yang telah lama atau usang kerana ia tidak lagi relevan setelah bertahun-tahun digunakan.

Jadi, sila beli yang baru sekiranya aircond yang anda gunakan itu sudah tidak boleh berfungsi dengan baik walaupun selepas diservis secara berkala. Akan tetapi, sila baca tips berikut sebelum membeli aircond, ya? 


Tip Membeli Penyaman Udara Yang Terbaik :

Memilih model yang mempunyai bilangan bintang kecekapan tenaga paling tinggi – Lebih banyak bintang, lebih cekap dalam penjimatan tenaga penyaman udara tersebutMemilih saiz dan jenis yang tepat dan bersesuaian dengan ruang bilik anda – Ini kerana kapasiti kuasa kuda penyaman udara yang terlebih besar akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak serta lebih mahal untuk dibeli dan dipasang.Bagaimana jika tiada aircond?
Tidak semua orang mampu atau suka menggunakan peralatan ini dalam kediaman mereka. 


- Pastikan langsir rumah sentiasa ditutup.

- Letakkan ketulan ais di depan kipas, cuma pastikan ia jauh dari sebarang wayar atau punca elektrik, ya?

- Tukar cadar dan selimut anda kepada material yang lebih lembut seperti cotton atau satin.

-Tukar mentol lampu yang kurang mengeluarkan haba seperti flourscent bulb atau incandescent bulb.

- Pasang exhaust fan di dalam rumah.

- Tidur di lantai atau permukaan yang rata seorang diri.

- Kurangkan waktu berada di luar rumah.

- Banyakkan mandi dan minum air.

Dalam erti kata yang lain, anda masih boleh survive walaupun tiada aircond di rumah anda. Jadi, jangan terlalu risau mengenainya, okay? Apa yang penting adalah anda sentiasa menjalani kehidupan yang lebih sihat semasa musim panas ini.

Kesimpulannya, penyaman udara sudah menjadi seperti satu kemestian bagi kalangan masyarakat kita kerana kita tinggal di negara beriklim khatulistiwa, yang hanya ada hujan dan panas sepanjang tahun. 

Ketika musim panas yang sedang berlaku kini, ia sudah tentu boleh diumpamakan seperti ‘penawar’ kepada ‘penyakit’ untuk anda.

Namun, tidak wujud sebarang masalah jika anda tidak mempunyainya di rumah. Di dalam kereta, pejabat atau pusat membeli-belah pasti mempunyai, bukan? Jadi, tidak salah untuk anda singgah sebentar di tempat sebegini untuk menyejukkan diri anda seketika !!!

SUMBER

Baca Juga : Pengurusan Penyimpanan Barangan Dan Ubat Dalam Peti Ais



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2020/07/cara-jimatkan-bil-elektrik-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Sehingga Penghujung Tahun Ini

Kerajaan Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Sehingga Penghujung Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 376 hits
Sedia maklum kerajaan sebelum ini telah mengumumkan diskaun ke atas bil elektrik selama enam bulan bermula 1 April hingga September 2020 Peka akan situasi dan keluhan dalam kalangan pengguna kerajaan kini bersetuju untuk melanjutkan lagi di...
Tuna Scope Cara Terbaru Untuk Mendapatkan Potongan Tuna Yang Sedap Menggunakan Peranti Pintar

Tuna Scope Cara Terbaru Untuk Mendapatkan Potongan Tuna Yang Sedap Menggunakan Peranti Pintar

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 260 hits
Jika anda pernah menikmati sajian sashimi ikan tuna yang sangat sedap dan tiba dengan harga yang sangat mahal restoran restoran tersebut biasanya akan membeli potongan potongan ikan tersebut yang dipilih sendiri oleh penjual bertauliah di p...
Cara Masak Sup Ayam Sihat Menggunakan Pressure Cooker

Cara Masak Sup Ayam Sihat Menggunakan Pressure Cooker

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 514 hits
Cara Masak Sup Ayam Sihat Menggunakan Pressure Cooker Menu sup ayam adalah menu wajib untuk keluarga aku Mesti akan masak sekali seminggu terutama bila ada yang kurang sihat dekat rumah Perasaan bila dapat hirup sup ayam terus rasa macam se...
Semak Bil Elektrik Sesb Online

Semak Bil Elektrik Sesb Online

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 1602 hits
Semak Bil Elektrik SESB Online Sekarang anda tidak perlu untuk bersusah payah lagi menunggu giliran untuk membayar bil SESB anda selaras dengan pembangunan teknologi ketika ini pihak SESB menawarkan anda untuk membayar bil elektrik secara o...
Kerajaan Lanjut Diskaun Bil Elektrik 3 Bulan Lagi Sehingga 31 Disember 2020 Shamsul Anuar Nasarah

Kerajaan Lanjut Diskaun Bil Elektrik 3 Bulan Lagi Sehingga 31 Disember 2020 Shamsul Anuar Nasarah

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 320 hits
Kerajaan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik bagi semua pengguna domestik di seluruh negara selama tiga bulan lagi sehingga 31 Disember 2020 Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah ini merupakan lanjutan daripada...
Tak Puas Hati Bil Elektrik Tinggi Lelaki Didakwa Cederakan Seorang Pekerja Tnb

Tak Puas Hati Bil Elektrik Tinggi Lelaki Didakwa Cederakan Seorang Pekerja Tnb

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 381 hits
DUNGUN 1 Julai Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad Terengganu mengalami kecederaan ringan setelah dikasari seorang individu tidak dikenali di Seberang Pintasan di sini pada kira kira 11 30 pagi tadi Ketua Perkhidmatan Pelanggan Bahagi...
9 Cara Memilih Aplikasi Kasir Yang Pas Untuk Tokomu Hitungannya Valid Dan Bisa Hafal Customer

9 Cara Memilih Aplikasi Kasir Yang Pas Untuk Tokomu Hitungannya Valid Dan Bisa Hafal Customer

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 272 hits
Udah nggak zaman ngitung manual pake kalkulator apalagi kalau toko atau restoranmu udah gedean
Petua Dan Cara Merawat Rawatan Masalah Buku Lali Terseliuh

Petua Dan Cara Merawat Rawatan Masalah Buku Lali Terseliuh

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 396 hits
Petua dan Cara Merawat Rawatan Masalah Buku Lali TerseliuhPetua dan Cara Merawat Rawatan Masalah Buku Lali Terseliuh Merawat terseliuh buku lali dengan betul boleh mencegah daripada sakit kronik Merawat sendi pergelangan kaki dengan betul j...
Langsir Lama Bersangkut Tak Dibasuh Kumpul Debu Kotor Ini Cara Cuci Langsir Yang Betul

Langsir Lama Bersangkut Tak Dibasuh Kumpul Debu Kotor Ini Cara Cuci Langsir Yang Betul

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 452 hits
Biarpun langsir bersaiz besar dan mungkin agak tebal ia tetap boleh dicuci menggunakan mesin basuh Jika dibiarkan lama tergantung tanpa dibersihkan tidak elok juga untuk kesihatan ia akan mengumpul debu hama yang boleh menyebabkan masalah p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba