Cara Mudah Dan Ringkas Mengenal Pelaburan Dan Aplikasi Scam


Antara soalan paling popular yang saya selalu dapat adalah sama ada sesuatu skim atau aplikasi sekian-sekian scam atau tidak. Sebenarnya, bukan tak nak jawab tapi banyak skim dan aplikasi di Malaysia tumbuh macam cendawan. Macam-macam nama. Ada tu, memang dah jelas nampak dan modus operandinya scam, tapi kami pun tak boleh cakap scam sebab kabel mereka besar dan kami tak ada duit nak bauar saman. Bab ni, boleh tanya Pendakwah Teknologi sebab dia pun ada pengalaman naik turun mahkamah walaupun cakap benda betul.
Jadi hari ini, saya ambil inisiatif untuk tulis satu garis panduan ringkas untuk kita semua mudah mengenal sama ada sesuatu pelaburan itu scam atau tidak. Boleh baca dan kongsikan semula post ini pada ahli keluarga, kawan, jiran, kucing dan sebagainya. Elakkan orang terdekat kita terjebak dan rugi.
Baik, langkah pertama untuk kita mengenal scam adalah kenalpasti dulu jenis scam. Dalam konteks pelaburan dan dapat duit, biasanya ia adalah varian daripada ponzi scam. Tak kiralah sama ada MLM, palaburan, skim, aplikasi, kripto, token, task, kebiasaannya dalam konteks scam moden, ia adalah ponzi scam. Kenapa ponzi scam? Sebab ponzi scam adalah cara scam paling moden, paling mudah, paling nampak real dan paling senang tipu orang ‘terpelajar’. Ia juga scam yang tak nampak macam tipu sampailah saat-saat akhir. Dalam istilah Malaysia, TERSONTOT.

Ponzi Scam boleh dikenal dengan beberapa tanda amaran berikut: Pulangan yang tinggi tanpa risiko atau risiko rendah Keuntungan yang konsisten dan tetap Pelaburan yang tidak berdaftar dengan badan sekuriti Syarikat yang tidak berlesen Strategi dan sistem yang rahsia dan rumit Masalah dengan dokumentasi Kesukaran mendapatkan wang Pulangan tinggi tanpa risiko dan keuntungan yang konsisten. Ini tanda yang paling ketara malah merupakan nasihat rasmi daripada kerajaan melalui agensi seperti BNM, SSC dan MKN. Adalah mustahil untuk sesebuah pelaburan untuk menjanjikan keuntungan yang pasti dalam tempoh yang tetap dan tanpa risiko. Ini adalah perangkap yang paling besar dan banyak memperdaya golongan penjawat awam dan profesional seperti guru dan pensyarah. Golongan ini begitu mudah menjadi mangsa pelaburan scam kerana norma kerja mereka yang sentiasa ‘mengajar’ orang dan dilihat sebagai orang yang sentiasa betul dan sentiasa berpengetahuan dalam pelbagai bidang.
Ponzi akan menggunakan iklan-iklan yang hebat dengan bahasa-bahasa yang moden seperti dana, bond, pelaburan, saham dan sebagainya. Malah, pelaburan ini akan disandarkan kepada aset yang biasa dijadikan pelaburan yang untung seperti hartanah, emas, kripto, bahan galian dan nilai tukaran matawang. Dalam bahasa pelaburan, ini dipanggil arbitaj.

Apa Itu Arbitaj? Arbitaj adalah sejenis pelaburan yang mengambil peluang di atas perbezaan harga sesuatu barang di dua tempat berbeza. Seperti yang dikatakan tadi, contohnya emas, matawang dan sebagainya. Ponzi akan mengiklankan arbitaj mereka kononnya membuka peluang pelaburan untuk mengeksploit julat perbezaan harga ini sebagai keuntungan mudah dengan segala risiko ditanggun oleh syarikat, bukannya pelabur. Golongan terpelajar ini apabila mendengar perkataan-perkataan baru ini akan cuba untuk Google sendiri dan dapat membaca daripada sumber-sumber kewangan yang dipercayai lalu terus percaya kepada ponzi walaupun tidak faham pun lagi apa skim yang dibawa oleh ponzi tersebut.
Ponzi pula akan sentiasa menanamkan keyakinan bahawanya pelaburan mereka tidak akan pernah rugi. Ia akan disulami dengan beberapa contoh yang moden juga dan mungkin akan disaluti dengan sentimen lain seperti sentimen agama dan bangsa. Contohnya, pelaburan kripto tidak akan rugi kerana Elon Musk juga melabur dalam kripto dan pelaburan emas tidak akan rugi kerana ia matawang akhir zaman. Golongan terpelajar ini akan merasakan bahawa merekalah yang paling pandai mengambil peluang dan merupakan sebahagian daripada sebilangan kecil umat manusia terpilih untuk mengaut keuntungan daripada sistem ini.
Pelaburan yang tidak berdaftar dan syarikat yang tidak berlesen? Ini juga strategi yang kerap digunakan dan mudah menipu mangsa yang agak ‘tech savvy’. Saya akan berikan contoh dalam bentuk sebuah senario.
Katakan saya menubuhkan sebuah syarikat dengan nama Wongso Maju. Saya kemudiannya akan mendaftarkan syarikat saya Wongso Maju dengan SSM. Jika saya ligat, saya boleh juga mendaftarkan syarikat saya sebagai syarikat yang disahkan sebagai status bumiputera. Proses ini tidak sukar cuma perlu banyak dokumen dan birokrasi. Seterusnya, katakan saya ingin berniaga dengan sah di sisi undang-undang. Maka saya akan melancarkan sebuah pelaburan, katalah dengan nama Wongso Fund. Wongso Fund ini pula akan saya ikuti segala garis panduan BNM, AMLA dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Nak lagi best, saya boleh usaha dapatkan panel syariah dan dapatkan sijil pematuhan syariah.
Wongso Fund ini akan saya jalankan selama beberapa tahun dan dapatkan kredibilti. Mungkin boleh buat majlis tahunan dan jemput nama-nama besar termasuk selebriti dalam majlis rasmi. Model perniagaan Wongso Fund sememangnya bersih, telus dan berkredibilti. Sehinggalah suatu hari, saya tubuhkan satu lagi skim pelaburan. Katalah, skim Murung Rich Academy (MRA). Saya akan jaja kata MRA ini adalah skim baru dan tempat adalah terhad tapi keuntungan dapat dijamin kerana ia tidak terbuka kepada ramai. Dalam setahun, pulangan yang diterima adalah di antara 100% ke 700%.
Saya akan jaja segala macam penarafan dan gambar-gambar majlis bisnes halal saya, Wongso Fund tadi. Bila sudah ada pelabur yang masuk MRA saya, segala kerja propaganda ini akan dilakukan secara automatik oleh pelabur MRA termasuklah lokasi syarikat utama, sijil SSM, BNM, gambar perasmian majlis dan sebagainya. Walaupun kaunter urusan MRA tiada, tapi oleh kerana MRA telah dikaitkan dengan syarikat saya yang sah, maka pelabur baru yang masuk berduyun-duyun. Selepas itu, saya bolehlah kenalkan skim sampingan yang lain seperti Murung Gold Account (MGA), Murung Cash, MurungFX dan sebagainya. Tak perlu syarikat, tak perlu daftar baru, tak perlu buat kenyataan rasmi. Segala dakwaan, saya biarkan peserta yang sebarkan sendiri.
Maklumat ini apabila sampai ke lingkaran mangsa pelaburan yang tidak kenal pun bisnes asal saya, tidak akan mencari maklumat sendiri. Yang mereka tahu, kawan mereka tunjuk syarikat saya selalu buat majlis dan dihadiri oleh pelbagai VVIP. Tak kan lah VVIP nak menipu dan mudah kena tipu? Jadi, dengan angan-angan untuk jadi kaya seperti VVIP, mereka tanpa berfikir panjang terus melabur sama.

Strategi dan sistem yang rahsia dan rumit. Ini paling pun antara perangkap yang paling ampuh. Biasanya ponzi akan pancing mangsa dengan emosi seperti impian melancong dan bina rumah idaman. Bila ditanya cara bisnes, mereka banyak berdalih dan mengelak dari bercerita di tempat awam seperti media sosial. Nak tahu? Kena masuk group WhatsApp, kena masuk kelas, kena masuk Telegram. Dia ingat di James Bond? Mat Bond? Penyelamat dunia?
Bila kita masuk ‘personal coaching’ mereka, mereka akan mula melemparkan pelbagai jargon dan perkataan-perkataan besar bagi menampakkan pelaburan mereka ini sangat wow. Compounding, blockchain, trade, exchange, dan ada pelbagain sistem dan pangkat yand boleh dicapai dalam sistem ini. Biasanya, mereka ada aplikasi ataupun laman web sendiri. Orang yang tak ada ilmu pembangunan laman web, akan mudah taksub dengan laman web ponzi. Walhal, laman web ponzi ini biasanya guna templat percuma saja. Laman web pun berat. Ada tu siap guna domain .xyz lagi dengan maklumat WHOIS yang entah apa-apa. Adalah mustahil untuk sebuah perniagaan berbilion ringgit menggunakan laman web dan server cap ayam. Ingat tu.
Dalam pelaburan, jangan semakkan kepala dan mudah termakan dengan sistem. Ingat asas utama perniagaan dan pelaburan. Apa yang dijual, apa yang dibeli dan mana aset yang dibeli. Aset mestilah berbentuk fizikal. Jika emas, mana emasnya? Jika tanah, mana tanahnya? Sijil dan gambar yang dicetak sendiri tak ada nilainya. Nak tahu ada nilai atau tidak? Cuba anda pajak ke bank sijil pelaburan anda, diterima atau tidak?
Paling akhir, bagaimana kita nak tahu skim ponzi itu sudah nazak dan sudah di hujung nyawa? Kita masuk ke point terakhir iaitu masalah dokumentasi dan kesukaran mengeluarkan wang. Apabila sudah ada masalah ini, maka beringatlah. Anda bakal TERSONTOT. Itu tandanya syarikat sudah mula bersedia untuk cabut lari membawa baki wang yang ada dalam tabung skim. Masa ini, pelabur-pelabur awal yang dah biasa bermain ponzi akan mula berdrama. Nak pencen, nak berehat, nak balik kampung, dah rasa cukup berjaya, nak hidup sederhana, ada tekanan perasaan dan sebagainya.
Masalah dokumentasi ni bila kita dah susah nak dapatkan rekod pelaburan kita. Kononnya sistem tengah maintenance, server tengah upgrade, ramai sangat orang buat pelaburan (taktik nak besarkan tabung scam sebelum cabut lari) dan macam-macam lagi alasan. Peliknya, bila kita nak tambah modal pelaburan, sistem tak jem pula? Masa ni syarikat akan kata jangan risau, pelaburan baru tetap akan ada rekod cuma lambat sikit. Siapa yang nak tambah modal, kena cepat-cepat sebab makin ramai orang masuk skim sampai server jem. Jangan lepaskan peluang kononnya.
Bila dah ada masalah dokumentasi, maka bermulalah episod susah nak keluarkan duit dari skim. Kena tunggu 3 hari, kemudian tunggu 7 hari, kemudian tunggu 14 hari dan tunggu sampai abang jamil tidak hidup. Para pentaksub dan orang atas akan mula buat propaganda supaya sabar dan jangan risau kerana jumlah duit dalam akaun skim masih ada dan tak berubah. Ayat-ayat biasa yang paling popular dalam skim ponzi Malaysia fasa hujung seperti “kita boleh sabar bertahun-tahun tunggu keuntungan, tak kan tunggu seminggu dua tak boleh?”. Lagi best, “syarikat kena akur dengan perintah BNM. Buat masa ni bursa ada masalah”. Tak pasal-pasal BNM dan bursa kena fitnah. Dia ingat bursa tu macam drive-thru McD ke ada buka tutup sampai berminggu-minggu?
Ada juga skim yang lebih berani dan mengambil risiko dengan menggantikan nilai duit kepada benda lain seperti koin, bintang, mata ganjaran, matawang kripto dan sebagainya dengan alasan penambahbaikan sistem baru. Sudahlah duit tak dapat keluar, digantikan pula dengan barang sampah yang tak ada nilai pun di dunia sebenar. Awak ingat koin tu boleh buat bayar beras di Mydin ke? Baik lagi eMadani, boleh juga buat beli makanan. Ada juga ponzi yang meminta anda membayar jumlah tambahan jika ingin keluarkan duit pelaburan. Sudahlah duit kena pegang, nak ambil semula kena bayar lagi?
Kenapa masalah ini terjadi? Biasanya sebab skim ponzi ini sudah mula popular dan dapat perhatian pihak berkuasa dan pakar-pakar kewangan dan penipuan di media sosial. Apabila banyak kritikan dan amaran dikeluarkan, persepsi dan pengikut tegar skim akan goyah. Pelabur baru akan berhenti dan ini akan meruntuhkan sistem ponzi yang pada asasnya hanyalah sebuah skim piramid. Orang baru akan bayar duit kepada orang lama. Apabila tiada lagi orang baru, maka tiadalah bayaran kepada ahli lama. Sebab itulah segala pengiklanan skim mereka dibuat secara rahsia dengan sistem yang sangat kompleks. Untuk melengahkan masa daripada dikesan oleh pihak berkuasa dan pakar-pakar kewangan untuk mengkaji skim mereka.
Jadi, sentiasalah ikuti agensi kewangan dan media sosial pakar kewangan yang banyak memerangi jenayah scam ini bagi mengenalpasti sebarang skim ponzi yang baru. Akhir tulisan, ingatlah dialog paling lagenda ketua peleburan Malaysia,
“Nama pun pelaburan, mesti ada untung rugi! Tak nak rugi, masuklah ASB! Aku tak paksa korang masuk dulu!”
Rujukan berguna:
Ponzi Scheme Arbitrage

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/cara-mudah-dan-ringkas-mengenal-pelaburan-dan-aplikasi-scam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Cara Hilangkan Selsema Dengan Cepat Dan Mudah

6 Cara Hilangkan Selsema Dengan Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 138 hits
Cara Hilangkan Selsema Dewasa ini kita sering disajikan dengan berita penularan pelbagai penyakit seperti melalui media massa dan media cetak Tidak dapat dinafikan bahawa penularan penyakit selsema dapat menimbulkan kerisauan dalam kalangan...
10 Cara Merawat Demam Denggi Dengan Sangat Mudah

10 Cara Merawat Demam Denggi Dengan Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 221 hits
merupakan satu isu hangat yang tiada penghujungnya Oleh kerana demam denggi ini amat berbahaya orang ramai tertanya tanya tentang apakah cara cara merawat demam denggi bagi mengelakkan penularan penyakit ini Tanpa kita sedari demam denggi i...
Wah Rupa Rupanya Inilah 6 Cara Mudah Hilangkan Selsema

Wah Rupa Rupanya Inilah 6 Cara Mudah Hilangkan Selsema

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 261 hits
Cara Hilangkan Selsema Dewasa ini kita sering disajikan dengan berita penularan pelbagai penyakit seperti melalui media massa dan media cetak Tidak dapat dinafikan bahawa penularan penyakit selsema dapat menimbulkan kerisauan dalam kalangan...
Rekam Sidik Jari Kini Bisa Pakai Aplikasi Ak23 Online Begini Cara Buatnya

Rekam Sidik Jari Kini Bisa Pakai Aplikasi Ak23 Online Begini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 253 hits
Aplikasi AK 23 Online diharapkan bisa meningkatkan pelayanan dalam melakukan perekaman sidik jari
Cara Melegakan Gerd Dengan Mudah Dan 7 Tanda Masalah Gerd Yang Tak Disangka

Cara Melegakan Gerd Dengan Mudah Dan 7 Tanda Masalah Gerd Yang Tak Disangka

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 179 hits
Tahukah anda bahawa penyakit GERD semakin mengganas Jom ketahu cara melegakan gerd Penyakit ini sangat sinonim dan menjadi kebiasaan kepada sebahagian individu Penting untuk kita ketahui tanpa bergantung pada ubat kerana penyakit ini akan m...
Cara Bayar Cukai Tanah Online Dengan Mudah Untuk Pejabat Tanah 13 Negeri

Cara Bayar Cukai Tanah Online Dengan Mudah Untuk Pejabat Tanah 13 Negeri

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 240 hits
Cara Bayar Cukai Tanah Online Dengan Mudah Untuk Pejabat Tanah 13 Negeri 5 Pemilik tanah adalah dituntut untuk menyelesaikan bayaran cukai samada bayar cukai tanah online atau di kaunter pejabat tanah Setiap tahun terdapat tempoh wajib yang...
Cara Menggunakan Aplikasi Si Apik Gratis Selamanya Dari Bank Indonesia

Cara Menggunakan Aplikasi Si Apik Gratis Selamanya Dari Bank Indonesia

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 181 hits
Apakah Anda seorang pelaku usaha mikro kecil dan menengah yang ingin meningkatkan kinerja bisnis Anda Apakah Anda mengalami kesulitan dalam mengelola keuangan usaha Anda secara akurat dan tepat waktu Apakah Anda membutuhkan aplikasi akuntan...
Kencing Kotor Jenis Gejala Punca Dan 6 Cara Mudah Untuk Merawatnya

Kencing Kotor Jenis Gejala Punca Dan 6 Cara Mudah Untuk Merawatnya

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 314 hits
Adakah anda selalu rasa sakit semasa membuang air kecil ataupun kencing anda adalah keruh coklat ataupun berdarah ataupun anda perlu pergi ke tandas berulang kali Jika jawapan anda Ya kepada ketiga tiga soalan tadi ada kemungkinan besar jan...
Cara Buat Duit Mudah Dengan Ecomobi Affiliate

Cara Buat Duit Mudah Dengan Ecomobi Affiliate

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 267 hits
Apa itu ecomobi affiliate ini adalah sama macam platform shopee affiliate di mana kita promote link dan bila orang beli dan dapat barang yg betul baru kita dapat komisen Tapi ecomobi lagi mudah untuk daftar Mana lagi best antara shopee laza...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa