Cara Hilangkan Selsema
Dewasa ini, kita sering disajikan dengan berita penularan pelbagai penyakit seperti selsema melalui media massa dan media cetak. Tidak dapat dinafikan bahawa penularan penyakit selsema dapat menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat kita dan ramai yang ingin mencari tahu tentang cara-cara hilangkan selsema dengan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana selsema dapat menganggu aktiviti harian individu contohnya untuk mereka yang perlu ke sekolah atau yang perlu memenuhi tuntutan kerja.
Cara Hilangkan Selsema
Selsema ialah jangkitan virus yang berlaku pada hidung dan saluran pernafasan atas atau lebih dikenali sebagai tekak. Gejala selsema termasuklah batuk-batuk,sakit kerongkong,bersin,hidung berhingus dan demam antara tujuh hingga sepuluh hari. Dalam bahasa Inggeris,selsema juga dikenali sebagai “common cold”.
Cara Hilangkan Selsema
Tahukah anda terdapat beberapa golongan yang berisiko mendapat selsema? Hal ini kerana ia melibatkan faktor umur dan sejarah kesihatan individu tertentu.
Cara Hilangkan Selsema
Cara Hilangkan Selsema Dengan Mudah
Setiap individu semestinya menginginkan agar dapat sembuh dengan cepat daripada apa jua penyakit. Secara logiknya,kita akan pergi ke pusat kesihatan yang terdekat seperti klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Cara Hilangkan Selsema
Air putih mempunyai banyak manfaat dan perlu diamalkan setiap hari sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Hal ini bagi mengelakkan badan mengalami dehidrasi dan mengurangkan mukus dalam hidung agar tidak menjadi terlalu tebal dan meredakan selsema.
Cara Hilangkan Selsema
Selsema kebiasaanya akan menyebabkan batuk-batuk atau ketidakselesaan pada tekak. Dengan mengambil lozeng, ia akan melegakan kesakitan pada tekak sekali gus dapat menyegarkan mulut.
Cara Hilangkan Selsema
Selsema menyebabkan rasa tidak sedap badan apatah lagi jika hari pertama mendapat jangkitan selsema. Ekoran itu,individu dinasihatkan agar berehat secukupnya di rumah dan mengelakkan aktiviti luar bagi mengelakkan jangkitan menular.
Cara Hilangkan Selsema
Halia bukan sahaja digunakan dalam pemakanan tetapi juga dapat dimanfaatkan dalam bidang perubatan tradisional kerana ia dapat melegakan sakit tekak dan selsema. Hal ini kerana halia merupakan herba yang dapat membuang rasa sejuk dalam tubuh badan. Halia dan madu boleh dicampurkan dalam minuman bagi meredakan jangkitan selsema.
Cara Hilangkan Selsema
Mandi air suam mampu melegakan hidung yang tersumbat. Hal ini dikatakan demikian kerana wap yang dihasilkan daripada air panas boleh mengurangkan mukus dalam hidung agar hidung boleh bernafas dengan normal.
Cara Hilangkan Selsema
Ketika selsema, anda tidak digalakkan untuk meminum air yang sejuk kerana ianya dapat menyebabkan sakit tekak dan batuk-batuk yang teruk. Keadaan ini menyukarkan anda untuk sembuh dengan cepat.
Cara Hilangkan Selsema
Selsema merupakan penyakit yang mudah berjangkit kepada semua orang khususnya kanak-kanak. Sebenarnya, selsema berjangkit melalui titisan udara yang berlaku di mana apabila individu batuk dan bersin. Selain itu,jangkitan selsema ini dapat berjangkit kepada anda dalam tempoh satu hingga dua hari sahaja.
Cara Hilangkan Selsema
Selsema dapat memberikan kesan kepada individu bergantung dengan antibodi individu itu sendiri. Terdapat beberapa kesan selsema kepada kesihatan manusia.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |